BTC USD 40,337.0 Gold USD 1,800.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peniaga 'Online' Tak Letak Harga Jualan ?

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
30,304
Reaction score
4,104
Points
236
Peniaga 'Online' Tak Letak Harga Jualan? Ini Yang Patut Anda Lakukan;

Situasi pandemik COVID-19 yang masih berlarutan hingga kini membuatkan peniaga dalam talian bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Terlalu banyak produk yang dijual tidak kira di platform Facebook, Twitter, Instagram, TikTok dan sebagainya.

Seperti yang diketahui, pasti anda biasa berhadapan dengan peniaga yang menyuruh "PM Tepi". Sebenarnya, peniaga boleh untuk "PM Tepi" dengan syarat memenuhi kriteria seperti memaparkan:
  • Nama penjual/syarikat
  • Nombor pendaftaran perniagaan
  • Keterangan produk
  • Harga perlu dibayar
  • Maklumat untuk dihubungi
  • Kaedah pembayaran
  • Anggaran masa penghantaran
  • Terma dan syarat
Namun, sehingga kini masih ada lagi segelintir peniaga yang degil dengan tidak memaparkannya terutama harga jualan. Apabila pelanggan bertanya, mereka akan menjawab "PM Boss".

Oleh itu, sebagai pembeli 'online' yang tegar, ini yang patut anda lakukan terhadap peniaga yang berdegil ini.

Terdapat beberapa cara yang anda boleh lakukan, iaitu:
  1. Membuat aduan di pautan - https://e-aduan.kpdnhep.gov.my/kepenggunaan
  2. Menghubungi talian - 1800886800
  3. E-mel ke [email protected]
  4. Menggunakan aplikasi telefon pintar - Ez ADU KPDNHEP
  5. WhatsApp ke - 019-2794317
Kepada anda yang sedang menjalankan perniagaan dalam talian, pastikan anda mematuhi peraturan tersebut. Jika tidak, anda boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara dua tahun bagi individu serta denda maksimum RM100,000 bagi syarikat.

1625874710108.png
 
Sponsored Post

dausbiz

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 27, 2015
Messages
51,849
Reaction score
1,686
Points
596
Kalau sembang direct whatsapp tak leh ke nan peniaga

Tak payah la report

Report kalau kena tipu ok la

Nie sebab tak letak harga jualan ke

Nak tau kontek la seller kalau betul nak beli
 

cariemas100

Fun Poster
Joined
Oct 24, 2020
Messages
700
Reaction score
246
Points
23
contact seller guna 2 3 akaun. contoh mcm mudah, aku pernah nk beli laptop.
seller haprak ini sembang mengalahkan laku keras.

aku guna akaun 1 waktu petang, dia kata aku org ke-2 yg nak beli. kena cod sekarang jugak, jika tak buyer pertama nak terus dtg beli. minta depo utk hold barang

malam aku chat lagi guna akaun lain, sekali lagi aku org ke-2 nak beli. kena dtg sekarang juga, jika tak buyer pertama nak dtg amik. dan2 tu jugak suruh aku gerak gi tempat dia. pon minta depo utk hold barang.

pastu aku chat guna akaun lain akaun ke-3, saje nk test sebab rasa fishy, sekali lagi aku jadi org no 2.kena dtg segera jugak.
modua operandi sama

seller mcm nie jika jumpa, minta pijak2 sampai mam.pus. tak etika, menipu je keje.
 

Emy_Ezra

Super Active Member
Joined
Sep 2, 2012
Messages
5,952
Reaction score
372
Points
96
Kalau sembang direct whatsapp tak leh ke nan peniaga

Tak payah la report

Report kalau kena tipu ok la

Nie sebab tak letak harga jualan ke

Nak tau kontek la seller kalau betul nak beli
Tak salah tak perlu takut
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
30,304
Reaction score
4,104
Points
236
Jangan Mudah Terpedaya Gimik Jualan Murah Di Internet - MCMC

23.07.2021 - Kuala Lumpur, Orang ramai untuk tidak terpedaya dengan sebarang gimik jualan murah yang terdapat di dalam Internet kerana Kebanyakan produk itu dijual dari laman sesawang atau aplikasi tidak berdaftar di dalam negara. Ia juga tidak tertakluk kepada akta di dalam Malaysia, kata kenyataan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini.

Sesetengah produk yang dipromosikan di platform tersebut mempunyai kecenderungan untuk menyerupai produk berjenama dan pengguna juga akan menghadapi masalah untuk mendapatkan hak pengguna dari platform berkenaan jika kualiti produk yang telah dibeli melalui gimik jualan murah tersebut gagal memenuhi jangkaan yang dikehendaki oleh pengguna.

“Justeru, sebagai langkah yang lebih selamat, orang ramai adalah digesa untuk lebih bijak dalam menilai jualan dan promosi di platform e-dagang sedemikian. Sentiasa berwaspada dengan promosi yang dijalankan dan platform yang digunakan ketika melakukan transaksi,” kata kenyataan yang sama.

Di samping itu, teliti juga syarat-syarat perkhidmatan dan polisi yang berkaitan dengan pembayaran balik dan pampasan yang ditetapkan oleh penyedia platform edagang, bagi melindungi diri daripada terdedah kepada risiko yang tidak diingini.​

1627008224273.png
 

simplest_box

Super Active Member
Joined
May 21, 2012
Messages
5,276
Reaction score
274
Points
91
Kalau betul nak kontek jer seller

Nak takut pe plak

Zaman sekarang ramai main harga

Tue la seller iklan biz tak letak harga
Bro daus. Just nk tnya ko sbg seller, apa sbb utama seller online x letak harga? Aku kerap jgk beli brg online, selalu tertanya2 knapa ada yg x letak harga
 

dausbiz

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 27, 2015
Messages
51,849
Reaction score
1,686
Points
596
Bro daus. Just nk tnya ko sbg seller, apa sbb utama seller online x letak harga? Aku kerap jgk beli brg online, selalu tertanya2 knapa ada yg x letak harga

Kalau betul nak beli

Kontek seller

Kalau kena tipu seller tak dapat barang baru report polis

Bukan seller tak nak letak harga

Contoh harga jual rm70

Seller letak rm70

Lepas tue ade seller lain main harga letak rm62

Jadi kes tue ramai main harga

Jadi sebaiknya

Nak beli kontek terus seller

Kalau tak nak tak payah deal

Pi cari seller lain
 

simplest_box

Super Active Member
Joined
May 21, 2012
Messages
5,276
Reaction score
274
Points
91
Kalau betul nak beli

Kontek seller

Kalau kena tipu seller tak dapat barang baru report polis

Bukan seller tak nak letak harga

Contoh harga jual rm70

Seller letak rm70

Lepas tue ade seller lain main harga letak rm62

Jadi kes tue ramai main harga

Jadi sebaiknya

Nak beli kontek terus seller

Kalau tak nak tak payah deal

Pi cari seller lain
Oh gitu. Maksudnya adakah harga tak tetap, boleh berubah menjadi lg murah kalau buyer pm terus ke seller?
 

dausbiz

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 27, 2015
Messages
51,849
Reaction score
1,686
Points
596
Oh gitu. Maksudnya adakah harga tak tetap, boleh berubah menjadi lg murah kalau buyer pm terus ke seller?

Bukan setakat murah malah leh dapat offer lagi

Kalau serius nak deal ngan seller tue

TERUS WHATSAPP KONTEK
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register