BTC USD 28,154.3 Gold USD 1,980.04
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peniaga online perlu papar nama dan no syarikat, RM5000 jika gagal

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,138
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,138
Reaction score
22,840
Points
1,831
Awards
1
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) nampaknya sudah mula memandang serius isu perniagaan-perniagaan online yang tidak berdaftar.

Melalui sebuah notis yang dipaparkan E-Commerce Milo, pihak SSM sudah mula mengadakan pemantauan kepada beberapa peniaga di laman Facebook bagi memeriksa sama ada mereka ini memaparkan nama dan nombor pendaftaran syarikat.

ssm-notice-facebook-page.png


Sebenarnya, SSM telah sudah mula menekankan tentang perkara ini di dalam Peraturan Peniaga Dalam Talian sejak Julai 2013 lagi. Tetapi setelah melihat peniaga-peniaga online seperti tidak mengendahkan perkara ini, kerajaan akhirnya mula mengambil serius bagi menguatkuasakan peraturan ini.

Selain dari perniagaan di Facebook, apa-apa perniagaan yang berlaku di atas rangkaian termasuklah di laman perkongsian gambar Instagram juga perlu memaparkan nama serta nombor pendaftaran syarikat mereka.

Sekiranya gagal, pemilik perniagaan tersebut akan dikenakan penalti sehingga RM5,000.

Sekiranya anda sudah mempunyai syarikat yang berdaftar tetapi tidak tahu dimana sepatutnya nama dan nombor syarikat anda diletak, berikut adalah cara yang betul(mengikut SSM) untuk meletakkan maklumat tersebut di Facebook Page anda. Anda hanya perlu meletakkan maklumat-maklumat tersebut di dalam ruangan "About" seperti di dalam gambar dibawah.

facebook-about-company-pgmall.png


Sekiranya anda belum mendaftar, dinasihatkan supaya mendaftar dengan segera kerana harganya bukanlah mahal mana pun, hanya RM60 bagi satu tahun bagi perniagaan kecil-kecilan. - Siakap.Keli.com
 
Sponsored Post

lantana

Active+ Member
Messages
4,036
Joined
Jul 30, 2012
Messages
4,036
Reaction score
25
Points
30
ada kebaikannya jugak diorang suruh buat macam ni

Betul tu.At least kalau ada apa2 isu/kes,senang nak report/cari.

Patutnya dah lama dah buat.Cuma,pihak berkuasa di Malaysia ni failed utk recorgnise yg alam maya juga seumpama alam nyata.

Maksudnya,kena ada accountability sama ada berniaga,ataupun bersosial di alam maya,seperti mana di alam nyata jugak.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register