BTC USD 64,095.7 Gold USD 2,368.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peniaga Maut Langgar Lembu Di Lebuh Raya

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,785
Top Poster #8
Joined
Nov 23, 2012
Messages
58,785
Reaction score
6,533
Points
916
Awards
1
18.06.2024 - Pemandu kereta maut selepas melanggar seekor lembu yang berada di lorong kanan di Kilometer 24.9 Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) dari arah Plaza Tol Jalan Duta menghala ke Sungai Buloh, di sini, hari ini. Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kemalangan berlaku pada jam 4.55 pagi membabitkan seorang lelaki berusia 30 tahun. Menurutnya, siasatan awal mendapati ketika memandu di lorong paling kanan, mangsa terlanggar seekor lembu yang berada di lorong kanan lalu terbabas melanggar besi tengah pembahagi jalan. "Pemandu yang berniaga sendiri mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam kenyataan hari ini.​

Screenshot-30.jpg
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register