Peniaga Maut Akibat Letupan Alat Pemadam Api Kenderaan

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,793
Points
236
ada 2 jenis FE (jenis Co2 untuk kenderaan) ni, dalam 10 tahun dulu ada satu kampeni member i kerja promote FE yang fungsinya boleh sembur dan dalam pada masa sama jika api terlalu marak, FE ni boleh dibuang kedalam kenderaan, lepas beberapa minit ianya ada upaya untuk meletup sendiri keluarkan gas yang oleh matikan api yang marak .. jenis silinder yang biasa kat premis ofis / kampeni tu susah nak meletup ..
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,793
Points
236
ni contoh dari luar negara, jenis boleh sembur dan berupaya untuk meletup sendiri;

201610061001_Page_1.jpg


damage ..

201610061001_Page_2.jpg
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,793
Points
236
Peniaga Maut Alat Pemadam Api Meletup !

Betul ke Alat Pemadam Api senang meletup? Ini fakta yang anda perlu tahu! Baru-baru ni kita lihat, terdapat kes di mana alat pemadam api meletup dan menyebabkan seorang mangsa yang berada berdekatan telah maut akibat letupan tersebut. Apa tunggu lagi, buang je semua alat pemadam api yang ada, bahaya! Eh sekejap, betul ke alat pemadam api ni senang meletup? Ini fakta yang anda perlu tahu!

Secara amnya, alat pemadam api terbahagi kepada dua jenis, yang diperakui oleh Jabatan BOMBA dan Juga yang tidak diperakui oleh Jabatan BOMBA. Antara syarat utama pemadam api yang perlu diluluskan oleh Bomba adalah alat pemadam api tersebut mestilah telah diuji oleh pihak SIRIM dan mematuhi standard yang ditetapkan diantaranya ialah MS 1539. Alat Pemadam Api Mudah Alih atau Portable Fire Extinguisher perlu lulus ujian yang dijalankan oleh SIRIM dengan mengikut standard ujian yang telah ditetapkan iaitu MS 1539 Specification for Portable Fire Extinguisher.

SIRIM akan menjalankan ujian terhadap ketahanan alat pemadam api termasuklah ujian hidtrostatik untuk menguji ketahanan tong/silinder alat pemadam api. Silinder alat pemadam api akan diberikan tekanan tertentu sehinggalah ianya meletup. Walaupun Tekanan akan terus dimasukkan ke dalam alat pemadam api tersebut, ianya hanya akan pecah namun tidak berkecai. Manakala corossion test pula bahagian yang susah untuk untuk dilepasi semasa ujian alat pemadam api dijalankan.

Untuk pengetahuan pembaca, alat pemadam api yang telah lulus ujian dan mematuhi MS1359 boleh digunakan sehingga 10 tahun dari tahun pemadam api tersebut dibuat. Apabila sudah melebihi 10 tahun barulah ia akan dilupuskan menggunakan kaedah pelupusan yang sesuai. Perlu diingat, bahawa pemadam api sepatutnya mendapat perakuan dari Jabatan Bomba dan memliki sijil perakuan yang dipanggil SIJIL PERPASANGAN KESELAMATAN KEBAKARAN bagi memastikan pemadam api tersebut mematuhi standard, mampu memadam api dan juga selamat dipakai.

Bagi tujuan perniagaan, pemilik bangunan hanya dibenarkan memasang pemadam api mudah alih yang telah diperakui oleh pihak Bomba sahaja untuk dipasang di premis mereka. Oleh itu, amatlah disyorkan bahawa sekiranya kita mahu meletakkan pemadam api dirumah atau kenderaan, kita hendaklah memilih pemadam api yang telah diperakui oleh pihak jabatan bomba sahaja kerana ianya lebih terjamin.

Bagi tujuan bangunan komersial, Jabatan Bomba meletakkan syarat alat pemadam api mereka mestilah diservis setiap tahun sepertimana yang telah digariskan oleh MS 1539 Part 4. Ya, setiap tahun. Terima kasih kepada Jabatan Bomba yang menjaga keselamatan kita. sekiranya tidak, banyaklah pemadam api yang tidak diservis di negara kita. Namun, sebagai pemilik pemadam api persendirian, anda juga boleh mengambil langkah untuk memeriksa alat pemadam api seperti berikut:

Pemeriksaan hendaklah dilakukan 3 bulan sekali;

- Pastikan silinder tidak berkarat
- Plunger boleh digerakkan
- Vent hole tidak tersumbat
- Washer boleh bergerak
- Discharge tube tidak tersumbat
- Nozzle tidak tersumbat


Elakkan dari cahaya matahari terik kerana ianya akan memberikan kesan kepada kandungan alat tersebut Sekiranya anda ingin tahu, pemadam api yang telah diluluskan oleh SIRIM dan diperakui oleh Bomba ini bukanlah jenis pemadam api yang mudah meletup. Ia mampu menahan kepanasan sehingga 60 celcius dan mampu menahan tekanan sehingga 24Bar (bagi pemadam api jenis debu kering).

Manakala pemadam api jenis gas CO2 mampu menahan tekanan sehingga 200 bar!. Ianya tetap selamat kerana berada di dalam silinder yang direka bentuk bagi tujuan heavy duty. Pernah nampak pelekat berwarna putih yang ditampalkan pada badan alat pemadam api? Ya, inilah sijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba sekiranya alat pemadam api anda telah diservis oleh kontraktor yang diiktiraf oleh mereka. Sijlil BOMBA ini terdapat tarikh luput dan perlu diperbaharui setiap tahun.

Pemeriksaan terhadap alat pemadam api oleh kontraktor bertauliah perlu dijalankan. Ianya bagi memastikan alat pemadam api anda dalam keadaan baik dan tip top! Cuba cek alat pemadam api anda, lulus atau tidak? Selamat atau tidak?

Sekarang ni, alat pemadam api api boleh didapatkan dengan mudah. Boleh dibeli dikedai serbaneka mahupun diperolehi dihujung jari anda dengan harga yang amat murah. Tetapi, ada diantaranya yang tidak mematuhi piaiwaian yang ditetapkan dan tidak diperakui oleh Jabatan BOMBA.

Jadi, betul ke alat pemadam api senang meletup?

Jawapannnya, tidak .. ia sangat sukar untuk meletup selagi anda tidak membuat modifikasi pada alat tersebut, mendapatkan alat pemadam api yang mengikut piawaian dan melakukan servis secara berkala. Ingat, jangan disebabkan kejadian ini menyebabkan anda tidak menyimpan pemadam api di rumah atau kereta untuk keselamatan anda. Ini kerana kes kebakaran yang meragut nyawa lebih banyak dari kes pemadam api yang meletup kan. Kongsikan info bermanfaat ini kepada semua.

Sumberasal AITO Firework aito.com.my
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,591
Reaction score
1,902
Points
201
Semua komen risau takut, ramai takut mati rupanya. Itu Allah nak tunjuk bermacam cara Allah ambik nyawa manusia, bila-bila masa sahaja, kadang fikir tak masuk akal, tiba-tiba saja mati, ikut logik akal kecederaan pada bahagian kaki tak membawa maut. Sebab tu Allah suruh bersedia dan selalu ingat mati... tak tunggu tua baru nak mati, anak tak besar lagi tak mati lagi kot, beringatlah sebelum datang hari tersebut...
bukan takut mati tuan
Tp kita nak tau punca kematian
Kalau tong tu yg kasi mati
Kita jgn simpan dlm kete

kalau tong tu da modified
Kita tukar tong lain

mati memang di mana2
Hidup lawan nya mati
Tak mau mati, jgn hidup

jaga nyawa pun amanah tuhan jg
 
Sponsored Post
Top
Log in Register