Peniaga Maut Akibat Letupan Alat Pemadam Api Kenderaan

CG Sponsors




eizzbizz

Super Active Member
Joined
Sep 2, 2009
Messages
8,659
Reaction score
595
Points
116
kat dapur rumah ada jenis tank besar ABC... kat belakang main door ade yg kecik ABC jgk... tapi mcm dh expired je... risau jgk
 
Sponsored Post

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
21,179
Reaction score
2,355
Points
201
uik bahaya betul... time kursus gan consultan bomba.. memang dia kata pemadan kecik ni leh meletup klu model yg tiada safety valve ( tekanan) dalam keta kan panas.. so ada kene ada safty valve tu release teknan tu.. klu tak meletup aaa
ingat nak beli...tapi bahaya juga mcm ni...
 

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
21,179
Reaction score
2,355
Points
201
kat dapur rumah ada jenis tank besar ABC... kat belakang main door ade yg kecik ABC jgk... tapi mcm dh expired je... risau jgk
hantar servis je boss......
 

penhitam

Active Member
Joined
Mar 26, 2008
Messages
1,952
Reaction score
33
Points
40
Puteri Jaya. Mangsa dipercayai bekerja separuh masa membaiki peralatan elektronik di hadapan rumah mereka untuk menambah pendapatan sampingan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Adzli berkata, sebelum kejadian, saksi kejadian memberitahu dia bersembang di hadapan rumah sambil memerhati mangsa membaiki radio yang dihantar olehnya.

Beliau berkata, saksi juga memberitahu pemadam api itu adalah untuk kegunaan di dalam kenderaan namun dikeluarkan dan berada tidak jauh dari tempat mereka berbual.

"Pemadam api itu dilihat sudah berada di situ sejak dua hari yang lalu ketika saksi menghantar radio untuk dibaiki.

"Saksi memberitahu ia kepunyaan mangsa dan tidak mengetahui di mana mangsa memperolehnya," katanya.

Adzli berkata, siasatan mendapati alat pemadam api itu secara tiba-tiba mengeluarkan asap putih menyebabkan mangsa mengambil untuk membuangnya tetapi meletup.

"Akibat letupan itu, mangsa mengalami kecederaan di paha, kaki dan lengan kiri.

"Sewaktu kejadian saksi dan mangsa saja yang berada di tempat kejadian dan tiada saksi lain yang melihat kejadian itu dan tiada unsur jenayah didapati di lokasi kejadian," katanya.

Adzli berkata, pihak Bahagian Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sampai di tempat kejadian namun belum dapat dipastikan punca letupan pemadam api berkenaan setakat ini.

Beliau berkata, Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menjalankan siasatan pada pemadam api itu dan mendapati ada kesan potong pada alat berkenaan.

"Siasatan lanjut tempat kejadian tidak menemui alatan yang digunakan untuk memotong pemadam api berkenaan.

"Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar dan akan dibedah siasat esok," katanya.
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,739
Reaction score
3,779
Points
236
kat dapur rumah ada jenis tank besar ABC... kat belakang main door ade yg kecik ABC jgk... tapi mcm dh expired je... risau jgk
setahun sekali kena check, boleh hantar balai bomba berdekatan ..
 

eizzbizz

Super Active Member
Joined
Sep 2, 2009
Messages
8,659
Reaction score
595
Points
116
setahun sekali kena check, boleh hantar balai bomba berdekatan ..
sekarang pun pemaju perumahan kena sedia kan dry powder @ ABC utk setiap rumah projek perumahan . utk requirement Bomba
 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Apr 18, 2010
Messages
36,297
Reaction score
2,389
Points
206
Alat pemadam api meletup mungkin diubah suai

891756.jpg


SUNGAI PETANI - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah tidak menolak kemungkinan alat pemadam api kereta yang meletup sehingga mengakibatkan seorang maut semalam telah diubah suai.


Pengarahnya, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon bagaimanapun berkata, siasatan masih diteruskan setakat ini bagi mengenal pasti punca kejadian.

"Siasatan forensik bomba lebih menjurus kepada kemungkinan alat pemadam api tersebut telah diusik atau cuba diubah suai sehingga mengakibatkannya meletup," katanya ketika membuat pemantauan di lokasi kejadian hari ini.

Beliau bagaimanapun menasihatkan orang awam agar tidak panik untuk menyimpan alat pemadam api tersebut ke dalam kereta kerana ia telah direka sebagai alat yang selamat disimpan melainkan jika strukturnya telah diubah suai.

"Alat pemadam api telah direka sebagai alat yang selamat untuk disimpan di dalam kereta serta tidak mudah meletup walaupun cuaca di negara panas," katanya.


Sinar Harian semalam melaporkan seorang peniaga warung maut apabila alat pemadam api kereta yang diletakkan di hadapan rumahnya meletup sehingga terkena pada kaki, paha dan lengan kiri. Dalam kejadian kira-kira 1.15 petang di Bandar Puteri Jaya di sini itu, mangsa, Mohamad Yusri Omar, 43, dikatakan sedang membaiki radio milik rakannya sebelum alat pemadam api berkenaan mengeluarkan asap putih sehingga mendorong mangsa untuk mengambil dan membuangnya dan berlaku letupan.

 

akuehebat

Super Active Member
Joined
Jan 12, 2012
Messages
7,740
Reaction score
494
Points
81
y takut kata FE ni bole meletup, baca ayat ni - forensik polis yang menjalankan siasatan awal pada pemadam api berkenaan mendapati ada kesan potong pada alat berkenaan dan siasatan lanjut di tempat kejadian tidak menemukan sebarang unsur jenayah.

maknanya FE tu mgkin da d usik fizikalnya. da berjuta FE d guna pakai dlm kenderaan, so far xde lg dgr FE meletup sendri..
 

zackpenang

Fun Poster
Joined
Jan 9, 2010
Messages
252
Reaction score
124
Points
23
Semua komen risau takut, ramai takut mati rupanya. Itu Allah nak tunjuk bermacam cara Allah ambik nyawa manusia, bila-bila masa sahaja, kadang fikir tak masuk akal, tiba-tiba saja mati, ikut logik akal kecederaan pada bahagian kaki tak membawa maut. Sebab tu Allah suruh bersedia dan selalu ingat mati... tak tunggu tua baru nak mati, anak tak besar lagi tak mati lagi kot, beringatlah sebelum datang hari tersebut...
 

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
7,682
Reaction score
549
Points
121
Kalau setakat panas matahari, susah nak meletup lah alat pemadam api ni.
Kalau pemetik api tinggal dalam kereta, memang ada harapan meletup. Den dah kena haritu.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register