Peniaga Maut Akibat Letupan Alat Pemadam Api Kenderaan

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,246
Reaction score
3,651
Points
236
22.11.2020 - Sungai Petani, Seorang peniaga warung makanan maut selepas alat pemadam api kenderaan yang diletakkan di hadapan rumahnya meletup dan terkena pada bahagian kaki, paha dan lengan kirinya di Bandar Puteri Jaya, di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzli Abu Shah berkata ketika kejadian pada jam 1.15 tengah hari itu, mangsa, Mohamad Yusri Omar, 43, sebelum itu dikatakan sedang membaiki radio milik rakannya yang turut berada bersama mangsa.

"Bagi menambah pendapatan sampingan mangsa telah bekerja separuh masa membaiki peralatan elektronik di hadapan rumahnya. Sebelum kejadian berlaku, saksi (rakan mangsa) memberitahu, sedang duduk bersembang di hadapan rumah sambil memerhati mangsa membaiki radio yang dihantar olehnya. Saksi juga memberitahu pemadam api tersebut adalah untuk kegunaan di dalam kenderaan tetapi telah dikeluarkan dan berada dalam jarak tiga kaki dari tempat mereka berbual. Secara tiba-tiba pemadam api tersebut telah mengeluarkan asap putih menyebabkan mangsa terus mengambil untuk membuangnya tetapi (pemadam api) terus meletup" katanya dalam kenyataan di sini.

Adzli berkata isteri mangsa yang berada di dalam rumah terus meluru keluar sebaik mendengar letupan itu dan mendapati suaminya terbaring berlumuran darah.. Katanya, isteri mangsa bersama dengan rakannya kemudian telah membawa mangsa ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini dan ketika itu mangsa masih sedarkan diri, namun 20 minit kemudian doktor bertugas memaklumkan mangsa telah meninggal dunia. Adzli menambah, forensik polis yang menjalankan siasatan awal pada pemadam api berkenaan mendapati ada kesan potong pada alat berkenaan dan siasatan lanjut di tempat kejadian tidak menemukan sebarang unsur jenayah.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian mangsa akan dilakukan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, esok.

Screenshot-3261.jpg


Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1904065
 
Sponsored Post

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
29,636
Reaction score
1,177
Points
201
uik bahaya betul... time kursus gan consultan bomba.. memang dia kata pemadan kecik ni leh meletup klu model yg tiada safety valve ( tekanan) dalam keta kan panas.. so ada kene ada safty valve tu release teknan tu.. klu tak meletup aaa
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
29,636
Reaction score
1,177
Points
201
den nak beli letak dalam kereta tapi tak berani takut meletup punya pasal.
lagi satu kereta memang berjemur bawah panas. tak bahaya ke?
ada model yg ada valve release tekaanan.. mahal sikit dari model yg tiada valve
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,246
Reaction score
3,651
Points
236
den nak beli letak dalam kereta tapi tak berani takut meletup punya pasal.
lagi satu kereta memang berjemur bawah panas. tak bahaya ke?
beli camgini, saya ada simpan tuk kecemasan Co2 dengan Serbuk Kering ..

img].jpg
 

myrayyan

Legendary Member
Joined
Apr 12, 2010
Messages
12,290
Reaction score
50
Points
130
mmg ada niat saje nak simpan dlm kete benda ni utk safety tp memikirkan tekanan ada pada dia tmbah lokasi parking plak bwh terik matahari so x jadi beli.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register