Peniaga lemang ditipu RM96,930 melalui pelaburan 'syarikat kapal'

CG Sponsors

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,362
Reaction score
4,423
Points
601
MELAKA: Percaya dengan pulangan yang tinggi, seorang wanita peniaga lemang kerugian RM96,930 menerusi pelaburan sebuah syarikat perkapalan swasta .

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintendan E Sundra Rajan, berkata pada Jun 2020 mangsa berusia 47 tahun itu menerima panggilan telefon daripada suspek mempelawa menyertai pelaburan dengan syarikat perkapalan swasta.

Katanya, mangsa yang menetap di Bukit Katil dijanjikan menerima keuntungan dalam tempoh dua minggu berdasarkan hasil aktiviti syarikat perkapalan berkenaan.

Selepas tertarik dengan tawaran terbabit, mangsa memasukkan wang berjumlah RM96,930 dalam tiga akaun bermula 5 Jun 2020 sehingga 25 Januari 2021 sebagai bayaran modal, caj termasuk stamping.

"Selepas memasukkan wang, suspek masih lagi meminta wang daripada mangsa tetapi dia enggan mengikut arahan kerana masih tidak menerima sebarang keuntungan yang dijanjikan hasil pelaburan sebelum itu.

"Menyedari ditipu mangsa membuat laporan polis pada 26 Januari lalu. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu," katanya.

Hasil semakan polis melalui laman web http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ didapati nombor telefon yang digunakan suspek terbabit dengan empat modus operandi sama.

Beliau berkata, kerugian yang dialami secara kumulatif mencecah RM774,430 membabitkan empat mangsa yang ditipu suspek sama.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya membuat semakan nombor telefon dan nombor akaun yang diragui dalam laman web http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ atau muat turun aplikasi 'check scammers ccid'.

Sponsored Post

Emy_Ezra

Super Active Member
Joined
Sep 2, 2012
Messages
5,615
Reaction score
272
Points
96
LOL kalau ada byk tu baik la bukak restoran ke jual nasik lemak ke, dah confirm ada pulangan.
"Orang tamak selalu rugi"
 
GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,343
Reaction score
1,549
Points
201
Ni peniaga lemang harian ni.. memang kayo
 
Mrsham

Active+ Member
Platinum Member
Joined
Jul 10, 2007
Messages
3,717
Reaction score
101
Points
43
satu yang saya tak faham dari dulu, kenapa susah sangat nak tangkap penipu2 macau scam ni ye? sedangkan no akaun dah tentu di Malaysia, bukti masuk keluar semua ada di bank.. andai dikeluarkan pun, mesti boleh track duit tu ke mana, siapa pemilik akaun, siapa penerima duit dsb.. Follow the money..
 
theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
7,011
Reaction score
742
Points
121
satu yang saya tak faham dari dulu, kenapa susah sangat nak tangkap penipu2 macau scam ni ye? sedangkan no akaun dah tentu di Malaysia, bukti masuk keluar semua ada di bank.. andai dikeluarkan pun, mesti boleh track duit tu ke mana, siapa pemilik akaun, siapa penerima duit dsb.. Follow the money..

scammer ada bantuan dari orang dalam di bank.

untuk create akaun palsu, ataupun guna akaun betul orang lain.

option 2 (guna akaun org lain). contoh akaun si Abu, si scammer guna akaun Abu. mangsa deposit duit ke akaun Abu. Abu tak tau apa2. scammer ada akses untuk akaun Abu (terima kasih kepada orang dalam Bank). so lesaplah duit di dalam akaun Abu. polis cari Abu. Abu tak tau apa2.

mesti curious kan "kenapa scammer x curi je duit2 org dalam bank tu kalau dia ada orang dalam" .

sebab kes macau scam ni tak memberi kerugian pun di pihak bank. kalau ada kes duit lesap dari dalam, tu baru pihak Bank rugi dan akan bertindak dgn tegas.

polis nak dapat akses ke Bank pun byk birokrasi. so mmg melambatkan dan merumitkan kerja.

lagilah kalau stakat kes2 bawah 1 juta ni, mmg 50 tahun pun tak selesai, berdoa je la. lainlah kalau duit juta2 lesap.

p/s: saja nak bagitau, politaik lagi banyak songlap duit rakyat hahahahaha..
 
Nampak logik juga.. Kes penipuan macam ni makin menjadi2 dan sepertinya takde kesudahan.. Andai birokrasi jadi penghalang, sampai bila? Dah tiba masanya pihak polis diberi special clearance untuk kes2 seperti ini.. Mana2 bank yang menyusahkan tu patut dikenakan tindakan sebab ini melibatkan kepentingan awam
 
nokia3210

Active Member
Joined
Sep 6, 2012
Messages
2,485
Reaction score
377
Points
46
scammer ada bantuan dari orang dalam di bank.

untuk create akaun palsu, ataupun guna akaun betul orang lain.

option 2 (guna akaun org lain). contoh akaun si Abu, si scammer guna akaun Abu. mangsa deposit duit ke akaun Abu. Abu tak tau apa2. scammer ada akses untuk akaun Abu (terima kasih kepada orang dalam Bank). so lesaplah duit di dalam akaun Abu. polis cari Abu. Abu tak tau apa2.

mesti curious kan "kenapa scammer x curi je duit2 org dalam bank tu kalau dia ada orang dalam" .

sebab kes macau scam ni tak memberi kerugian pun di pihak bank. kalau ada kes duit lesap dari dalam, tu baru pihak Bank rugi dan akan bertindak dgn tegas.

polis nak dapat akses ke Bank pun byk birokrasi. so mmg melambatkan dan merumitkan kerja.

lagilah kalau stakat kes2 bawah 1 juta ni, mmg 50 tahun pun tak selesai, berdoa je la. lainlah kalau duit juta2 lesap.

p/s: saja nak bagitau, politaik lagi banyak songlap duit rakyat hahahahaha..
ada satu lg keadah lain..
ini kisah bener..
ada sorg kawan pompuan aku sangkut kes scam, dimana akaun dia digunakan utk tujuan scam..
bermulanya, bila dia berkenalan ngn sorg mamat ( FB ) ..siap jatuh cintan..so mamat ni mintak pinjam akaun dia, buat online, dan guna .. minah ni jenis buta IT, tau FB je..
sampai skng kes blm selesai..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register