BTC USD 63,248.6 Gold USD 4,332.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peniaga Islam hidang arak

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


NGO Pantai menemui kotak botol arak di luar premis milik peniaga Muslim. Gambar kecil: Botol arak ditemui di sekitar premis milik pengusaha Islam.
GEORGETOWN - Ada di antara peniaga Islam di sekitar negeri ini didapati menghidangkan arak kepada pelanggan dan trend itu berlaku dalam kalangan pengusaha rumah inap desa terutama chalet berdekatan pantai yang menjadi lokasi tarikan pelancong asing.

Yang Dipertua badan bukan kerajaan (NGO) Pantai, Saiful Lizan Yusof berkata, dia menerima aduan berkenaan daripada orang ramai dan juga melalui hasil tinjauan sendiri.

"Hanya kerana mahu untung, mereka sanggup memperjudikan agama untuk wang," katanya kepada Sinar Harian.

NGO Pantai pada 2011 turut membantah tindakan pembinaan semula sebuah chalet milik orang Islam yang menjual arak secara terbuka.

Saiful berkata, pihaknya bukan mahu menutup pintu rezeki pengusaha bumiputera di negeri ini.

"Hal ini diketahui apabila saya dan beberapa rakan lain memantau kawasan pantai di Batu Feringgi sendiri.

"Bagi saya, ia seolah-olah menggalakkan maksiat. Saya harap kawasan pantai ini dapat kembali 'dibersihkan' dari sebarang pencemaran," katanya.

Pengunjung pantai, Rahmat Ismail, 32, berkata, dia membantah tindakan peniaga Islam yang cuba menjual arak kepada pelanggan.

"Tak kisah yang minum itu bukan Islam sekalipun, tapi ia tetap mencemarkan imej agama sendiri. Peniaga macam ini tak patut dibiarkan," katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/peniaga-islam-hidang-arak-1.502697
 
Ada syarikat penerbangan nasional dalam negara yang menghidangkan arak semasa penerbangan.
 
malaysia kan negara islam
 
Ada syarikat penerbangan nasional dalam negara yang menghidangkan arak semasa penerbangan.

tu lar pasai...
yg jauh di ceruk gerogetown nampak..

yg terpampang di depan mata..
tak nmpak...

donia.. donia...:D
 
Ada syarikat penerbangan nasional dalam negara yang menghidangkan arak semasa penerbangan.

Yg ini mmg betul memalukan...negara yg mengaku Islam tapi masih mengamalkan cara bukan Islam..
 
kt mesia ni dimana2 saja ada di jual arak halal..
 
tu lar pasai...
yg jauh di ceruk gerogetown nampak..

yg terpampang di depan mata..
tak nmpak...

donia.. donia...:D

Bergantung kepada pemikiran sekular pemimpin yang ada hari ni.
 
Ada syarikat penerbangan nasional dalam negara yang menghidangkan arak semasa penerbangan.

ringkas, padat dan tepat..senang nk hadam...tp ade jgk puak2 mangkuk ayun yg masih tak boleh hadam..bala..bala..
 
Back
Top
Log in Register