BTC USD 19,849.1 Gold USD 1,709.03
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peniaga ditahan tuduh polis ambil rasuah di facebook

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,786
Top Poster #8
Joined
Jun 17, 2007
Messages
30,786
Reaction score
4,128
Points
261
Awards
1
Peniaga ditahan tuduh polis ambil rasuah di facebook

Oleh ROSMIZAN RESDI
4 Ogos 2022, 5:10 pm

KOTA BHARU – Tindakan seorang peniaga memuat naik status menghina dan menuduh anggota polis mengambil suapan di laman Facebook mengundang padah apabila ditahan malam kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, tangkapan ke atas lelaki berusia 40 tahun itu dibuat pada pukul 11 malam di sebuah rumah di Kuala Krai selepas pihaknya menerima laporan kira-kira pukul 1 tengah hari hari sama.

Menurutnya, suspek dipercayai memuat naik hantaran berunsur penghinaan yang ditujukan kepada polis yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) Kuala Krai sehingga tular dalam media sosial.

“Polis merampas telefon pintar yang digunakan suspek untuk memuat naik hantaran tersebut di Facebook dan kad sim.

Tangkap layar hantaran yang dibuat oleh suspek yang menghina dan menuduh anggota polis mengambil rasuah di Kuala Krai kelmarin.

“Sebenarnya, kawasan SJR di Kuala Krai itu kerap berlaku kemalangan kecil dan tempat orang ramai membuat pusingan U,” katanya pada sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.

Muhamad Zaki, mengingatkan pengguna media sosial supaya berhati-hati mengeluarkan kenyataan yang dikhuatiri boleh menjatuhkan imej, kredibiliti dan maruah individu atau jabatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955. – KOSMO! ONLINE

 
Sponsored Post

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
10,736
Top Poster #1
Joined
Jun 5, 2022
Messages
10,736
Reaction score
1,526
Points
191
lain kali buat laporan pada sprm
bukan viralkan kat medsos
 

kopirait

CG Top Poster Club
gem
Messages
40,580
Joined
Apr 18, 2010
Messages
40,580
Reaction score
3,344
Points
266
Awards
1
nak post dalam faceook boleh.
set je only me.

ni bagi seluruh pelusuk alam tengok memang mendapat la.
 

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
164,529
Joined
Jan 13, 2009
Messages
164,529
Reaction score
22,453
Points
1,831
Awards
1
Kalau xkuat bukti toksah la post
 
Sponsored Post

Top
Log in Register