Peniaga didakwa sembunyi 216,500 pelitup muka

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
46,142
Reaction score
3,175
Points
201
PETALING JAYA: Seorang peniaga didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menyembunyikan barang kawalan iaitu 216,500 keping pelitup muka, Mac lalu.

Teoh Khai Lin, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Faiz Dziyauddin.

Mengikut pertuduhan, Khai Lin dan seorang lagi yang masih bebas didakwa menyembunyikan barangan itu daripada dijual di pasaran di sebuah premis di Kota Damansara, di sini, pada jam 2.15 petang, 25 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1 juta atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya boleh didenda sehingga RM3 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Atiqah Abdul [email protected] menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam Nur Hannan Ishak, yang mewakili tertuduh, merayu jaminan rendah dengan alasan anak guamnya menanggung ibu bapa, memberi kerjasama baik ketika ditahan selain perniagaannya merosot kerana Perintah Kawalan Pergerakan sebelum ini.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 September ini untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

 
Sponsored Post

faeyzul

Active Member
Joined
Feb 2, 2010
Messages
2,002
Reaction score
108
Points
43
sembunyi ke dia oda stok byk tp x laku sbb da murah :unsure::LOL:
 

Penbiru

Legendary Member
Joined
Jan 12, 2008
Messages
19,989
Reaction score
1,713
Points
201
padan muka ...nak ambik untung sgt...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register