BTC USD 28,566.2 Gold USD 1,966.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peniaga bina ramp ikut suka

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Keadaan ramp yang dibina secara haram oleh pengusaha bengkel, aksesori kereta dan restoran sekitar Wangsa Maju dan Sri Rampai.
< 1 / 1 >
KUALA LUMPUR - Kawasan pusat perniagaan biasanya menyediakan kemudahan parkir yang banyak, namun tidak nafikan ia terhad untuk satu-satu masa kerana menjadi tumpuan orang ramai berurusan.

Namun di sebalik masalah itu, masih ada yang mengambil kesempatan menggunakan ruang parkir yang sepatutnya dimanfaatkan oleh orang awam, untuk kepentingan perniagaan.

Tinjauan Sinar Harian di sekitar pusat perniagaan Sri Rampai dan Wangsa Maju mendapati, terdapat pengusaha bengkel dan pusat aksesori kenderaan mengguna pakai petak parkir di hadapan premis mereka tanpa rasa bersalah.

Lebih teruk mereka seolah-olah memonopoli kawasan berkenaan sehinggakan membina ‘ramp’ secara haram untuk kemudahan perniagaan mereka.

Terdapat juga cubaan mengaburi mata pihak berkuasa apabila menggunakan petak parkir melebihi daripada petak khas yang disewa dengan PBT.

Pekerja swasta, Nuri Shakirah Radzuan, 25, berkata, situasi itu bukan perkara baru malah dilihat seolah-olah menjadi tradisi buat pengusaha jenis perniagaan berkenaan.

Menurutnya, tindakan penguatkuasaan perlu dibuat dengan lebih serius agar mereka tidak terus memonopoli tanpa rasa bersalah.

“Kita sebagai pengguna kadangkala jadi serba salah, sedangkan ruang parkir memang untuk orang awam,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagi pengguna motosikal, Mohd Aliff Asyraf Mohd Wadzir, 24, ruang parkir motosikal turut menjadi mangsa kerakusan mereka.

Katanya, ia tidak wajar kerana pemilik bengkel sepatutnya mengeluarkan modal untuk menggunakan ruang berkenaan.

“Pemilik bengkel tak bolehlah letak ramp sesuka hati, ruang itu kan dikhaskan untuk pengguna awam.

“Kalau nak juga, kenalah sewa parkir awam dengan PBT," katanya.
 
Top
Log in Register