hiduprakyat
Legendary Member
- Messages
- 16,373
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 16,373
- Reaction score
- 1,040
- Points
- 201
Peniaga besi buruk hempuk peniaga buku guna topi keledar ditahan polis
Seorang peniaga besi buruk ditahan selepas bertindak merosakkan kereta dan mencederakan seorang peniaga buku di hadapan Central Square, Sungai Petani pada tengah hari semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa berusia 50 tahun sedang memandu keluar kereta Nissan Cefiro dari tempat kejadian.
Beliau berkata, secara tiba-tiba sebuah motosikal yang ditunggangi suspek melintas di hadapan mangsa lalu masuk ke parkir motosikal.
“Mangsa yang tidak sempat mengelak kemudian melanggar motosikal tersebut.
“Suspek berusia 29 tahun itu kemudian mengambil topi keledar lalu memecahkan cermin kiri penumpang, cermin hadapan, cermin sisi kanan, lampu kiri dan bonet hadapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, suspek kemudian memukul mangsa dengan menggunakan topi keledar sehingga cedera di tangan kanan, bengkak kepala kiri, bahu dan belakang badan.
“Mangsa kini menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani,” ujarnya.
Zaidy berkata, kejadian dipercayai berpunca daripada suspek yang tidak berpuas hati dengan mangsa kerana telah melanggar motosikalnya sehingga jatuh.
Katanya, suspek direman selama empat hari dan kes disiasat dibawah Seksyen 324/427 Kanun Keseksaan.
UtusanTV