BTC USD 63,621.8 Gold USD 2,328.06
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peniaga Bazar Ramadan Tolong Jangan SCAM Pembeli!

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
447,635
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
447,635
Reaction score
36,013
Points
2,836
Awards
2

Peniaga bazar Ramadan tolong jangan scam pembeli!​


01 MAR 2024

2556819.jpg

Bulan puasa sinonim dengan bazar Ramadan yang menjadi tumpuan ramai di negara ini. Gambar hiasan


RAMADAN bakal menjelma tak lama lagi. Kalau sebut bulan puasa, mesti sinonim dengan bazar Ramadan dan kes makanan ‘pelik-pelik’ yang datang sekali dengan pakej tak sedap tapi harga tak nak kalah.

Setiap tahun, isu melibatkan makanan di bazar Ramadan terus berputar dan berulang-ulang. Itulah masanya juga kita akan dapat lihat kebanjiran peniaga segera yang mencari rezeki tambahan dalam tempoh sebulan.

Jadi, jika kita ada terdengar ada rakan, jiran atau saudara-mara yang memang kita dah tahu skil masaknya memang tak sedap tapi merancang nak berniaga di bazar Ramadan, tolonglah halang niat mereka.

Kasihan orang puasa rasa tertipu. Sebenarnya bukan bulan puasa sahaja, ada juga peniaga makanan sedia ada sekarang yang ‘scam’ pembeli. Merak Jalanan dengar kisah terbaharu pelanggan yang tertipu dengan peniaga donut.

Hampa rasanya bila nak makan donut tapi rupa-rupanya roti burger yang menyamar donut. Kreatif dan inovatif tak bertempat. Tolonglah jangan tipu pembeli, nanti tak berkat rezeki yang diterima.

Apa pun, Merak Jalanan nak pesan kepada semua peniaga makanan terutama di bazar Ramadan nanti. Kalau tak pandai masak tapi acah-acah pandai, panaskan lauk dua tiga hari, jual harga yahudi, air paip terus letak kordial, jual makanan tapi basi, karipap inti oksigen dan segala jenis makanan nak letak cheese leleh, tak payahlah berniaga.


 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register