BTC USD 63,621.8 Gold USD 2,328.06
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peniaga bazar Ramadan mengeluh harga barang naik

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
51,221
Top Poster #9
Joined
Jun 17, 2007
Messages
51,221
Reaction score
6,251
Points
881
Awards
1
Peniaga bazar Ramadan mengeluh harga barang naik

shaheedul.attamimMarch 16, 2024

Mat Salehan Hassan, menjual Nasi Arab Mandy dan sate di bazar Ramadan Bandar Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR: Terpaksa membeli bahan-bahan mentah bagi menghasilkan produk jualan di bazar Ramadan tahun ini dalam harga yang telah bertambah naik di pasaran, tetapi masih mengekalkan harga jualan.

Itu keluhan seorang peniaga bazar Ramadan, Mat Salehan Hassan, 53, yang ditemui HarakahDaily di Bandar Hussein On, di sini, mengenai harga jualan Nasi Arab Mandy dan sate yang dijualnya di situ berbanding harga barangan mentah untuk menghasilkan produk jualannya.

- -

“Harga barang (bahan mentah) memang naik tetapi kami terpaksa membelinya untuk hasilkan produk makanan untuk dijual di bazar Ramadan, dan masih mengekalkan harga jualan, walaupun memang payah untuk mencapai untung besar,” katanya.

Menurutnya, kenaikan harga barang tempatan kini sudah setaraf dengan kenaikan harga import iaitu sebanyak lima peratus atau kira-kira RM10.

“Kenaikan harga barang juga tidak menentu dan sentiasa turun, naik tanpa disedari pembeli. Kenaikan harga barang import juga bergantung kepada kadar kemasukan barang

“Jika barang import yang sukar didapati, kenaikan harganya akan lebih daripada biasa,” jelasnya.

Mat Salehan menyatakan bahawa keuntungan hasil jualan Ramadannya hanya cukup untuk membeli barangan basah (mentah) dan ia juga bergantung keadaan cuaca yang tidak menentu.

“Susunan bahan jualan di bazar Ramadan juga memainkan peranan kerana ramai yang datang ke bazar Ramadan pada tahun ini hanya ingin membeli sekadar keperluan sahaja, tidak seperti dulu yang ingin mencuba pelbagai jenis makanan,” katanya. – HARAKAHDAILY 16/3/2024

- -
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register