BTC USD 24,291.5 Gold USD 1,803.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peniaga bakso didenda RM100,000 cuba rasuah polis

notepad

Legendary Member
gem
Messages
10,719
Joined
Sep 17, 2011
Messages
10,719
Reaction score
1,084
Points
206

Peniaga bakso didenda RM100,000 cuba rasuah polis​

Jun 30, 2022 @ 1:11pm


SEREMBAN: Seorang peniaga bakso didenda RM100,000 atau penjara 24 bulan jika gagal membayar selepas mengaku bersalah memberi rasuah kepada anggota polis bertujuan supaya tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap lima rakannya yang ditahan dalam satu serbuan, November tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Zaed Asan, 34, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Rushan Lutfi Mohamed, selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa.

Mengikut pertuduhan pilihan, dia bersama seorang suspek yang masih bebas didakwa dengan niat bersama telah secara rasuah memberikan suatu suapan, iaitu wang tunai RM200,000 kepada seorang ejen kepada PDRM sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap lima rakannya yang ditahan ketika serbuan oleh polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai.

Lima rakan itu ditahan atas kesalahan jenayah penipuan pelaburan di sebuah aparment di Bandar Baru Nilai, Nilai pada 13 November 2021.


Kesalahan itu dilakukan di dalam sebuah kereta di tepi jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Nilai Square Commercial Centre kira-kira jam 1.20 pagi, 14 November 2021.

Sehubungan itu, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan (Akta 574) dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai satu perempat daripada tempoh pemenjaraan yang lama sekali diperuntukkan bagi kesalahan itu atau dengan denda atau dengan kedua-duanya.

Tertuduh yang diwakili Peguam Kamal Adha Mohd Harozi merayu mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk denda memandangkan tertuduh mempunyai seorang isteri dan dua anak berusia setahun serta dua tahun.

"Tertuduh juga perlu membayar ansuran pinjaman kereta, sewa rumah dan memberi wang kepada orang tuanya. Tertuduh hanya menurut arahan suspek iaitu rakannya yang masih bebas," katanya.

Manakala pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin meminta mahkamah menjatuhkan hukuman dengan mengambil kira kepentingan awam serta kesalahan serius yang dilakukan tertuduh.

Wan Shaharuddin turut memuji tindakan tiga anggota polis yang terbabit dalam kes berkenaan yang tidak terpedaya dengan wang rasuah bernilai ratusan ribu ringgit.

Mahkamah turut menetapkan wang berjumlah RM200,000 berkenaan dilucut hak melalui Ketua Pesuruhajaya SPRM kepada kerajaan Malaysia.

Mohd Zaed Asan dibawa ke Mahkamah Sesyen Seremban atas pertuduhan menawarkan dan memberi rasuah wang tunai RM200,000 kepada seorang lelaki yang mendakwa ejen kepada polis Diraja Malaysia - Foto NSTP/Azrul Edham
Mohd Zaed Asan dibawa ke Mahkamah Sesyen Seremban atas pertuduhan menawarkan dan memberi rasuah wang tunai RM200,000 kepada seorang lelaki yang mendakwa ejen kepada polis Diraja Malaysia - Foto NSTP/Azrul Edham

 
Sponsored Post

Emy_Ezra

Super Active Member
gem
Messages
6,737
Joined
Sep 2, 2012
Messages
6,737
Reaction score
595
Points
126
Hehe kene tengok jugak berapa kau nak suap tu
Kau scam orang juta2, takkan kek nak kasi dia halus sangat
Pakai otak la brader
 

shah_ae

Legendary Member
gem
Messages
17,215
Joined
Oct 27, 2008
Messages
17,215
Reaction score
1,224
Points
201
tak cukup ke @ mmg berintergiti...
ape2 pong tahniah la dpt pujian...
 

SMI6

Super Active Member
gem
Messages
5,162
Joined
Jan 3, 2016
Messages
5,162
Reaction score
1,328
Points
156
Niaga bakso rasuah 200k mantap.

Swap tanah 250 juta, rasuah 100k muka atak sinyum wo..walawei.
 
Sponsored Post

Top
Log in Register