BTC USD 37,742.8 Gold USD 1,792.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Pengusaha restoran, kedai makan gulung tikar, tutup kedai bisnes bungkus

azham

Super Active Member
gem
Messages
7,649
Joined
Dec 20, 2012
Messages
7,649
Reaction score
2,224
Points
216
Awards
1
Kedai² makan di negeri Fasa 2 & 3 pun tak berani lagi nak bagi dine in
Maksudnya masyarakat lebih takut pada wabak dari ambil risiko buka kedai.
Tapi bila hari perayaan, rasa takut pada wabak tu hilang entah ke mana.
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
333,495
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
333,495
Reaction score
17,855
Points
2,536
Awards
1
Maksudnya masyarakat lebih takut pada wabak dari ambil risiko buka kedai.
Tapi bila hari perayaan, rasa takut pada wabak tu hilang entah ke mana.

Masa raya wabak takde bang
 

zackpenang

Fun Poster
Messages
552
Joined
Jan 9, 2010
Messages
552
Reaction score
235
Points
33
~Milik Rubiah Suparman, Habsah Hassan

Restoran Puteri cawangan Brickfields tutup selepas 37 tahun

KUALA LUMPUR: Restoran Puteri cawangan Brickfields, di sini, milik bersama dua sahabat karib iaitu pelakon veteran, Rubiah Suparman dan penulis lirik tersohor, Datuk Habsah Hassan, ditutup selepas 37 tahun beroperasi.

Ditutup sejak semalam, Rubiah berkata, keputusan menghentikan operasi restoran yang terkenal dengan masakan kampung itu dibuat selepas mengambil kira impak penularan wabak COVID-19 terhadap perniagaan.

"Memanglah sedih kerana restoran itu sudah beroperasi sejak 1984. Namun, sejak dua tahun lalu, iaitu ketika pendemik COVID-19 melanda, bisnes kami merudum.

"Keadaan menjadi bertambah teruk, tahun ini. Walaupun kami cuba pelbagai cara termasuk menggunakan khidmat penghantaran makanan kepada pelanggan, namun, gagal kerana pendapatan diperoleh tidak memberangsangkan.

"Kami cuba merayu pemilik kedai untuk menurunkan harga sewa premis RM15,000 sebulan, namun, tidak berhasil.

"Dengan pendapatan harian merosot dan tidak mahu dibebani hutang disebabkan kos operasi yang tinggi setiap bulan, dengan berat hati, kami ambil keputusan menghentikan perniagaan," katanya kepada BH Online.

Rubiah yang popular melalui filem Bila Hati Telah Retak dan Di Ambang Kasih pada era 1980-an berhasrat menjual restoran berkenaan kepada mana-mana pihak berminat.

"Premis itu bagus kerana lokasinya sangat strategik. Namun, disebabkan pandemik dan pelanggan pun tidak boleh datang makan di kedai, terpaksalah kami menamatkan operasinya.

"Jika sesiapa yang berminat mengambil alih atau meneruskan operasinya, bolehlah hubungi saya untuk perbincangan lanjut," katanya.

Sementara itu, Habsah atau lebih akrab disapa Kak Chah meluahkan rasa sedih kerana gagal mempertahankan perniagaan mereka.

"Ini keputusan yang amat berat dan menyedihkan, tetapi, kami tiada pilihan lain. Pendapatan yang turun mendadak sejak hampir dua tahun ini menyukarkan kami untuk meneruskannya.

"Pendek kata, berniaga hanya untuk bayar sewa kedai dan melunaskan gaji pekerja. Walaupun cuba bertahan, namun, akhirnya kami terpaksa mengaku kalah," katanya.

Dengan penutupan cawangan Brickfields, hanya ada dua Restoran Puteri yang masih beroperasi iaitu di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) dan Pencala, Petaling Jaya.
- BH

FB_IMG_1628722266006.jpg
Padan muka pemilik kedai, orang mintak turun sewa, tak mau turun, bertimbang rasa la sikit time covid ni, last melepas, sewa pun dah tak dapat dah...
 

otaida00taj

Legendary Member
gem
Messages
10,665
Joined
Apr 4, 2007
Messages
10,665
Reaction score
104
Points
123
selama 37 tahun berniaga, sepatutnya beli kedai sendiri...
 

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
163,460
Joined
Jan 13, 2009
Messages
163,460
Reaction score
22,262
Points
1,831
Awards
1
Yang menyewa terus terkesan

FB_IMG_1628860303971.jpg
 

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
163,460
Joined
Jan 13, 2009
Messages
163,460
Reaction score
22,262
Points
1,831
Awards
1
Luahan peniaga dihimpit bayaran sewa.

FB_IMG_1628927745329.jpg
FB_IMG_1628927756753.jpg
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
333,495
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
333,495
Reaction score
17,855
Points
2,536
Awards
1
Yang menyewa terus terkesan

FB_IMG_1628860303971.jpg

Ada jumpa pekerja² carwash dah tukar ke bidang kedai runcit lak
Sebab carwash kena tutup
 

otaida00taj

Legendary Member
gem
Messages
10,665
Joined
Apr 4, 2007
Messages
10,665
Reaction score
104
Points
123
sepatutnya, terus tutup bisness. cut loss...
kalu bayar sewa kedai je, mampus la...
 

notepad

Super Active Member
gem
Messages
9,833
Joined
Sep 17, 2011
Messages
9,833
Reaction score
889
Points
126
Ada jumpa pekerja² carwash dah tukar ke bidang kedai runcit lak
Sebab carwash kena tutup
apa logiknya carwash tak boleh buka ? carwash bukan tempat orang ramai berkumpul.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register