BTC USD 27,919.4 Gold USD 1,978.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengusaha restoran disaran guna tenaga kerja sambilan – Rafizi

Sponsored Post

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,746
Joined
Apr 15, 2012
Messages
34,746
Reaction score
3,007
Points
266
Awards
1
Kenaikan kos sampingan lain seperti kos pekerja terpaksa ditanggung pengusaha restoran akibat pelaksanaan gaji minimum RM1,500.
https://www.utusan.com.my/.../pengusaha-restoran-disaran.../


Pengusaha restoran disaran guna tenaga kerja sambilan – Rafizi​

Fizi-1.jpg


RAFIZI RAMLI

  • 27 Januari 2023, 5:21 pm


PUTRAJAYA: Golongan peniaga dan pengusaha restoran disaran menggunakan khidmat tenaga kerja sambilan berbanding pekerja tetap dalam sektor perkhidmatan makanan dan minuman (F&B) bagi menangani cabaran kesan kenaikan kos lain sehingga memberi impak kepada harga akhir yang ditawarkan kepada pengguna.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, kenaikan kos sampingan lain seperti kos pekerja terpaksa ditanggung pengusaha restoran akibat pelaksanaan gaji minimum RM1,500.
Kata beliau, ia antara beberapa langkah yang sedang diperhalusi pelaksanaannya iaitu potensi menyebar luas model tenaga kerja sambilan (gig workforce).

“Ia adalah sebahagian daripada usaha untuk menyelaraskan pasaran kerja dengan tuntutan sektor ekonomi, yang menjadi sebahagian dari usaha menyeluruh menstrukturkan kembali ekonomi negara.

“Dalam masa terdekat ini, saya akan bertemu dengan wakil-wakil pengusaha restoran dan peniaga makanan untuk membincangkan secara dua hala langkah-langkah yang boleh diambil bersama kerajaan dan pengusaha restoran dan peniaga makanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rafizi pada masa sama menyambut baik pandangan Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Datuk Jawahar Ali Taib Khan mengenai peranan yang perlu dimainkan kerajaan, peniaga dan pengguna dalam menangani kenaikan harga makanan dan minuman.

Menurut beliau, sebagaimana perangkaan inflasi yang diumumkan Jabatan Statistik Malaysia (DOSM) baru-baru ini, walaupun inflasi bagi Disember 2022 mereda kepada 3.8 peratus berbanding 4 peratus dalam bulan sebelumnya, kategori harga di restoran dan hotel adalah satu-satunya kategori harga yang masih belum mereda.
Ia mengalami kenaikan 7.4 peratus pada Disember 2022 berbanding 7 peratus bulan sebelumnya.

Katanya, pandangan Jawahar itu adalah selari dengan pandangan kerajaan supaya pengguna peka kepada kenaikan harga makanan dan minuman yang dibeli dan bijak memilih kedai dan restoran yang menawarkan harga lebih baik berbanding pesaing-pesaing.

Ini kerana, kata beliau, usaha mengekang inflasi memerlukan semua pihak menggembleng usaha bersama di samping usaha meningkatkan akses pengguna kepada maklumat harga yang boleh membantu pengguna membeli dari kedai harganya lebih seiring dengan harga purata setempat. – UTUSAN

Ya stuju, Sbg permulaan kito amik rapizi Sbg pekerja sambilan gerai tomyam, Sbg tukang cuci pinggan kojo 1pm sampai 1am.

Ko basuh smuo, cuci mop lantai susun krusi meja sblm close up smpi patah pinggang ekekeke 😁
 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
128,507
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
128,507
Reaction score
22,006
Points
2,866
Awards
1
Ya stuju, Sbg permulaan kito amik rapizi Sbg pekerja sambilan gerai tomyam, Sbg tukang cuci pinggan kojo 1pm sampai 1am.

Ko basuh smuo, cuci mop lantai susun krusi meja sblm close up smpi patah pinggang ekekeke 😁
setuju tn dloanman, saya pun rasa Rafuzi ni kena terjun bidang bisnes dulu jalan bisnes dlm 10 tahun baru boleh bercakap hal rega
 

Jackhalid

Super Active Member
gem
Messages
7,387
Paid Membership
Joined
May 24, 2008
Messages
7,387
Reaction score
1,787
Points
151
part ime...hari kerja....Boss. nak balik awal..ada hal......esok...boss hari saya tak masuk...bla..bla.....sebab tu ramai sekarang yg cari kerja...gaji hari...lepas kerja nak dibayar cash...esok atau lusa berhenti...dan cari kerja lain pula ....sebab tak kena dgn selera dia....

siap ada yg mintak advance setengah bulan gaji tu huhuhu...
 

pelitaminyak

Legendary Member
gem
Messages
13,539
Top Poster #8
Joined
Aug 13, 2008
Messages
13,539
Reaction score
3,937
Points
261
Awards
1
naya tokey...dapat advance...esok tak datang kerja dah..
Itu perkara biasa la..................... Ada juga yg fikir.......... Malas nak datang keja sebab gaji hari, tak pergi tak payah la kira gaji, majikan tak leh marah bila pekerja tak komit pada keja
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
37,738
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
37,738
Reaction score
4,903
Points
261
Awards
1
Kenapa Rafizi gagal dalam formula turunkan harga barang?

January 27, 2023
PERTAMANYA kita melihat isu penurunan harga barangan dari perspektif yang lebih profesional, jauh daripada sentimen politik. Rafizi sejak sebulan lepas meyakini bahawa harga barangan akan turun dalam masa sebulan dan kelihatan begitu yakin sehingga membuat kenyataan yang ahli politik PN akan terduduk dalam masa sebulan. Hari ini terbukti gagal dan Rafizi ditroll dengan dahsyat sehingga 25 Januari 2023 diisytiharkan hari terduduk sedunia.

Saya cuba ulas isu ini dari perspektif yang lebih profesional atau dengan kata lain ulasan secara BPMS. Kita yang gelakkan Rafizi adakah jika berada di tempatnya kita akan berjaya? Sememangnya sikap ahli politik akan ambil peluang troll musuh yang gagal sekalipun jika dia berada di tempat musuh politiknya, belum tentu dia berjaya. Dengan kata lain, jika nak turunkan harga barangan, kita mesti mempunyai kaedah dan formula yang tepat. Jika kaedah dan formula yang salah atau formula selapis sedangkan punca masalah adalah berlapis-lapis, maka masalah tidak akan selesai. Bila masalah tak selesai, hari ini aku gelakkan kamu dan esok pula kamu gelakkan saya. Pepatah Arab ada menyebut “كيف يستقيم الظل والعود اعوجاجا”. Maksudnya: Bagaimana bayang boleh dibetulkan sedangkan yang bengkok itu adalah tiang (yang membentuk bayang).

Satu sudut, formula Rafizi turunkan harga barangan bertepatan dengan formula rule of demand and supply, iaitu apabila permintaan tinggi, barangan sedikit, maka harga akan melambung. Maka seruan Rafizi supaya pengguna memboikot kedai-kedai yang menjual harga tinggi adalah bertepatan dengan kaedah ini. Tetapi persoalannya, kenapa harga tidak turun?

Jawapannya ialah kerana rule of demand supply bukan hanya bergantung kepada formula ‘permintaan tinggi harga akan naik’, tetapi di sana terdapat masalah di peringkat lapisan lain yang melibatkan Price Floor di mana sekuat manapun peniaga ditekan mereka tak akan turunkan harga kerana harga dah sampai ke Beam Price, bukan lagi Price Floor. Dengan kata lain, jika harga diturunkan lagi, maka peniaga akan mengalami kerugian. Contohnya pemborong dan pemborong ayam ditekan dengan kawalan harga manakala perbekalan untuk produksi ayam dicemari oleh unsur monopoli melalui AP dan lesen, seperti pengimport jagung yang menjadi kos tertinggi pengeluaran ayam, iaitu sebanyak 60 peratus. Yang mempengaruhi harga lantai juga ialah kos statik pengeluaran dan kos sara hidup penternak seperti installment rumah, kereta, utiliti dan sebagainya.

Semua kos-kos ini mempengaruhi beam price di mana, ditekan macam mana pun, peniaga tidak akan menurunkan harga barang, dan sampai satu tahap, baik tutup bisnes daripada turunkan harga barang.

Kenapa? Jawapannya sebab rule of demand and supply dirosakkan oleh monopoli di peringkat huluan manakala ditekan ialah di peringkat hiliran. Sebenarnya, rules of demand and supply ini adalah kaedah hukum alam seperti hukum fizik; yang kecil boleh masuk ke dalam yang besar, yang bulat bergolek, yang ringan terapung dan sebagainya. Kaedah hukum alam ini disebutkan oleh Nabi S.A.W sebagai “إن الله هو المسعر” (Sesungguhnya Allahlah yang menentukan harga). Sebab itu di dalam sistem ekonomi Islam, hukum alam berkaitan rule of demand and supply ini perlu dipastikan tidak dicemari oleh تلقى الركبان (Hari ini dikenali sebagai AP), الحمي (hari ini dikenali sebagai sistem tanah yang kuasanya mutlak milik kerajaan), الاحتكار (hari ini dikenali sebagai kartel yang kawal dan control supply) dan lain-lain pencemar kepada hukum alam rule of demand and supply.

Jadi tugas kerajaan dalam Islam ialah memastikan semua unsur-unsur perosak kepada natural of demand and supply itu dihapuskan sama sekali, barulah rakyat sama ada peniaga (supply power) dan pembeli (demands power) dapat membentuk harga menjadi equilibrium price. Bukan terbalik sebagaimana yang dibuat oleh Rafizi iaitu kerajaan do nothing terhadap pencemar-pencemar harga sebaliknya kerajaan buat kerja rakyat iaitu ajak boikot kedai jual mahal. Memang formula terbalik habis. Sebab itu barangan tidak akan turun.

Insya-Allah saya akan terangkan dari masa ke semasa berkenaan isu harga barangan ini. PAS melalui Dokumen Hijau telah memperkatakan isu ini melalui Dokumen Hijau di dalam poin ‘local production and local consumption’ serta 5 prinsip teras ekonomi Islam yang membentuk Dokumen Hijau.

Sekian, terima kasih.

ZAHARUDIN MUHAMMAD,
Pengarah Dokumen Hijau,
27 Januari 2023 – HARAKAHDAILY 27/1/2023
 
Sponsored Post

Top
Log in Register