BTC USD 57,393.5 Gold USD 1,794.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengurusan Lif Mesti Diambil-alih Oleh PBT

steveorlando79

Active+ Member
Messages
3,880
Joined
Jul 8, 2007
Messages
3,880
Reaction score
56
Points
30
Sedih!!! Cuba bayangkan jika pengurusan Lif adalah di bawah PBT dan dimasukkan dalam bayaran cukai pintu............ pasti kes ini berjaya kan. Sebab PBT tak boleh bagi alasan penghuni tak bayar cukai pintu............ kalau tak bayar cukai pintu PBT ada kuasa lain seperti menyita premis berkenaan.... kan...... kesian kalau flat tu 12 tingkat apalah nasib OKU...........:mad:

Sentral: Tuntutan penghuni Flet Sentul Murni ditolak


JAWATANKUASA bertindak meneliti dokumen di Mahkamah Tribunal Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di sini, semalam menolak tuntutan ganti rugi RM20,000 oleh 31 penduduk Flet Sentul Murni berhubung masalah lif rosak sejak enam bulan lalu.

Pengerusi TTPM, Rungit Singh dalam penghakimannya berkata, penduduk Flet Sentul Murni yang juga plaintif gagal membayar semua yuran perkhidmatan penyelenggaraan yang diperlukan defendan iaitu, pihak pengurusan flet, Sentul Murni Management Sdn Bhd.

Terdahulu, katanya, keputusan itu dibuat selepas mendapati defendan sudah bertindak secara profesional dalam menangani masalah itu selain berjaya mengemukakan surat penyata tuntutan, laporan polis serta mengeluarkan notis kepada penduduk adalah betul dan teratur.

Pada 17 September lalu, penduduk Flet Sentul Murni memfailkan tuntutan ganti rugi RM20,000 di Mahkamah TTPM ke atas pemaju Sentul Murni berikutan kegagalan pemaju menyediakan perkhidmatan sempurna.

Plaintif juga menuntut bayaran penyelenggaraan yang sudah dibayar antara November 2005 hingga Jun 2008 dikembalikan sebanyak 50 peratus kepada mereka.

Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa Bertindak Blok 211 Flet Sentul Murni, Azmi Abdul Aziz, 37, menitiskan air mata kerana terlalu kecewa dengan keputusan mahkamah, bagaimanapun, akur dengan keputusan itu.

Katanya, pihaknya tidak akan berhenti bertindak sebaliknya akan berbincang bersama semua penduduk untuk membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi.

Masalah lif rosak sejak enam bulan lalu terlalu perit dan ia akan menjadi semakin meruncing menjelang musim persekolahan pada bulan depan, katanya.

“Kami mahu Perdana Menteri turun padang dalam menangani masalah ini kerana sehingga ke saat ini tiada pihak tampil menghulurkan bantuan,” katanya.
 
Sponsored Post

akimaizu

Fun Poster
Messages
711
Joined
Oct 1, 2008
Messages
711
Reaction score
0
Points
10
paklah kene turun padang?...huhuhu..nak ke dilayan permintaan rakyat
 

endingman86

Legendary Member
Messages
11,492
Joined
Jun 5, 2008
Messages
11,492
Reaction score
61
Points
120
betul lah...aru nie apartment tempat aku tinggal lif rosak....kebetulan ade mamat ni baru kuar hospital....ber jam-jam tunggu kat bawah tu...at last aku n kawan2 aku tolong angkat....tingkat 10 tue...patutnye kene pihak berwajib cam bomba jer yang kawal semue lif...ni tidak...management flat...dah le lembab lak tue...
 

pak borhan

Fun Poster
Messages
194
Joined
Dec 17, 2008
Messages
194
Reaction score
0
Points
10
tu la,ble kene byr maintenance berat je duit nk kua poket,tp ble da jadi mcm ni pandai la nk slh org tu la,org ni la..

sian la kt org yg da byr,yg x byr tu halau je kuar soh gi cr umah len..
 

shane

Legendary Member
Messages
14,051
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,051
Reaction score
245
Points
133
Boleh buat security access card pada yg bayar maintenance fees untuk guna lift ke floor masing2. Yg tak bayar tak boleh guna & ada security overide for emergency/special cicumstances. Projek hirise patut ambilkira semua ni...
 

@sap_plan

Fun Poster
Messages
128
Joined
Dec 20, 2008
Messages
128
Reaction score
1
Points
15
lift pun ada mockup..macamane nak tahan lama.. x sampai 6 bulan mesti rosak...hehehe..biasalah..nak reduce cost lift yang standard coz budget dah larie ke tempat lain..
 

1305

Super Active Member
Messages
9,731
Joined
Sep 19, 2008
Messages
9,731
Reaction score
136
Points
73
Boleh buat security access card pada yg bayar maintenance fees untuk guna lift ke floor masing2. Yg tak bayar tak boleh guna & ada security overide for emergency/special cicumstances. Projek hirise patut ambilkira semua ni...

ni salah satu idea yang sangat bagus... perluaskan access card tu, bukan setakat palang pagar jer....

ni kalau tak bayar m.f, dgn palang tu sekali tak leh naik.. huhuhuhu... tak leh masuk rumah la...:)):))

mesti tiap2 bulan berebut nak bayar m.f...
 

udainosor

Fun Poster
Messages
779
Joined
Aug 12, 2008
Messages
779
Reaction score
38
Points
20
tu la,ble kene byr maintenance berat je duit nk kua poket,tp ble da jadi mcm ni pandai la nk slh org tu la,org ni la..

sian la kt org yg da byr,yg x byr tu halau je kuar soh gi cr umah len..

stuju bro...but yg halau tuh kasar sgt..hahaaku tgk berite kes nih,yg gi jumpe pemaju tuh yg kalah kes nih sume yg bayar,yg jenis 'mangkuk' xnak bayar nih,sume dok umah xbuat ape...kalau diletak bawah pbt pon,sama je...nanti org komplen gak cukai tinggi...org mesia,biasa ar,duit xnak kuar ,servis nak yg terbaik...:)cgrock
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register