eishen
Active+ Member
- Joined
- Nov 26, 2007
- Messages
- 3,545
- Reaction score
- 82
- Points
- 30
KUALA LUMPUR: Hanya kerana mahu menambah ahli di sebuah syarikat jualan langsung, seorang pengurus wanita syarikat itu disamun dan hampir dirogol seorang lelaki yang kononnya berminat menyertai syarikat terbabit di sebuah tasik di ibu kota.
Mangsa berusia 30-an dikatakan baru mengenali lelaki terbabit tiga hari lalu itu mengajak suspek menyertai syarikat jualan langsung berkenaan.
Menurut sumber, selepas tiga hari mangsa dan lelaki itu berhubung melalui telefon, akhirnya suspek mengajak mangsa keluar makan malam untuk berbincang lebih serius mengenai hal terbabit.
“Wanita itu mahu keluar selepas dia percaya lelaki terbabit yang bersikap baik dan beria-ia mahu menyertai syarikat jualan langsung,” katanya.
Katanya, pada Khamis lalu itu, mangsa bersama anak lelakinya berusia dua tahun keluar bersama lelaki terbabit dan dibawa menaiki kereta ke Taman Tasik Perdana di sini.
“Apabila sampai di situ, lelaki terbabit mencabul wanita itu dan mangsa tidak mampu melawan disebabkan fizikal suspek yang besar,” katanya di sini, semalam.
Sumber itu berkata, mangsa mendakwa selepas mencabulnya di depan anak lelakinya, suspek merampas barang berharga miliknya termasuk barang kemas, telefon bimbit dan beg duit.
“Selepas merampas barangan berharga milik mangsa, lelaki tidak berhati perut terbabit terus meninggalkan wanita itu bersama anaknya.
“Mangsa mendakwa dia cuba menghubungi telefon bimbit suspek selepas kejadian itu, namun tidak dijawab,” katanya.
Mangsa membuat laporan di Balai Polis Tun HS Lee.