Pengurus Cawangan Bank Mati Ditikam Depan Lif

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Seorang pengurus cawangan sebuah bank maut selepas ditikam seorang lelaki ketika sedang menunggu lif di Pangsapuri Lagoon Perdana dekat Bandar Sunway malam Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.45 malam itu, Andy Teoh, 48, ditikam pada bahagian belakang badannya sebelum mukanya dilibas dipercayai menggunakan pisau celoret oleh lelaki berusia 30-an.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor ACP Omar Mammah berkata sebelum kejadian, Andy bersama isterinya yang berusia 38 tahun baru pulang dari menikmati makan malam di pusat membeli belah Sunway Pyramid sebelum diserang suspek.

"Ketika mangsa dan isterinya menunggu lif di tempat letak kenderaan tingkat bawah pangsapuri terbabit, mangsa tiba-tiba diserang oleh lelaki tidak dikenali namun dia tidak mengapa-apakan isteri mangsa," katanya ketika dihubungi, pada Sabtu.

Beliau berkata dalam keadaan cedera parah akibat ditikam, Andy cuba menyelamatkan diri dengan berlari kira-kira 80 meter dan lelaki terbabit mengejarnya.

Omar berkata isteri Andy yang tergamam dengan kejadian itu mengekori mereka dan menjerit meminta tolong, manakala suspek melarikan diri setelah melihat Andy rebah dan mati di tempat kejadian.

"Berdasarkan siasatan awal, mangsa dan isterinya tidak mengenali suspek kerana ketika mereka menuju ke lif sebaik keluar dari kereta, mereka terlihat suspek namun tiada sebarang reaksi yang ditunjukkan kedua-dua mereka.

"Motif pembunuhan mangsa yang bertugas di Damansara itu masih dalam siasatan dan kami menolak ia bermotif samun memandangkan tiada barangan mangsa dilarikan," katanya.

Beliau berkata pemeriksaan mendapati sekitar lif serta kawasan meletak kenderaan di tingkat bawah pangsapuri berkenaan tidak dilengkapi CCTV dan pihaknya juga sedang menyiasat bagaimana suspek boleh melepasi kawalan keselamatan pangsapuri terbabit.

Mangsa yang fasih berbahasa Malaysia difahamkan seorang yang peramah dan tidak mempunyai musuh serta telah berkahwin sejak lima tahun lepas dan tidak mempunyai anak.

Dalam kejadian lain, seorang lelaki Indonesia maut setelah lehernya dijerut dengan tali dan kepalanya diketuk dengan objek keras oleh sekumpulan lelaki dipercayai kerana mempunyai hubungan sulit dengan isteri seorang daripada suspek.

Omar berkata kerana cemburu isterinya bermain kayu tiga, lelaki itu bersama tiga rakannya sanggup membunuh mangsa yang bekerja sebagai konduktor bas dan menimbus mayat mangsa di Taman Damai Utama malam Jumaat.

Beliau berkata empat lelaki berusia antara 30 dan 40 tahun itu ditahan kira-kira pukul 3 pagi dan hasil sisatan terhadap mereka, mayat konduktor bas itu ditemui selepas kerja menggali dilakukan kira-kira pukul 7 pagi.

"Pemeriksaan awal mendapati, mangsa yang mati itu mengalami kecederaan di bahagian kepala akibat diketuk dengan objek keras dan di leher mayat itu turut terdapat kesan jerutan kuat akibat tali yang digunakan," katanya.

-- BERNAMA
 
Sponsored Post

S.Y.E.D

Banned
Joined
Jun 6, 2008
Messages
18,685
Reaction score
588
Points
161
konklusyen nye xley lari dari matii...
 

atlantis

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
byk tul bunuh2 minggu ni
 

atlantis

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
err.. ada kah masih rendah dibandingkan dgn negara jiran
 

shila70

Active Member
Joined
Oct 21, 2008
Messages
1,650
Reaction score
0
Points
20
bahaya betui ni....kejadian kat area tempat tinggal saya, tapi camna leh x tau ek? tau pasal ni pun kat berita tv3 tghari tadi :-?
sungguh mengerikan ler
 

Brad Pitt

Active Member
Joined
May 11, 2007
Messages
1,281
Reaction score
0
Points
20
gila.....cam2 hal manusia sekarang nie...
 

donlot

Junior Member
Joined
Sep 1, 2009
Messages
75
Reaction score
0
Points
6
Takde yg ckp lg ke? Xpe aku ckp dulu..

Hmm dunia akhir zaman.
 

tudung87

Legendary Member
Joined
May 30, 2008
Messages
12,870
Reaction score
69
Points
120
aku xtau nk ckp peee...

cume, skrg ni byk sgt kes bunuh.. main tikam2.. main sembelih2..

ngeri2... takut p0n ada duk malaysia niiiii..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register