BTC USD 57,088.7 Gold USD 1,788.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengunjung Pantai Irama Di Bachok Gempar Dengan Penemuan Mayat Reput

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
BACHOK, 18 Dis (Bernama) -- Pengunjung Pantai Irama dekat sini pagi Jumaat gempar selepas satu mayat reput yang lengkap dengan pakaian ditemui terdampar di persisiran pantai.

Ketua Polis Daerah Bachok DSP Yahya Salleh berkata mayat lelaki yang dipercayai berumur sekitar 40-an itu ditemui pada kira-kira pukul 7.30 pagi dengan bahagian kepalanya hampir tinggal tengkorak sahaja.

Beliau berkata mayat itu ditemui terdampar di persisiran pantai tidak jauh dari kawasan tapak ekspo di tepi pantai oleh beberapa penduduk kampung.

"Ketika ditemui mayat itu berpakaian t-shirt berlengan panjang berwarna coklat bersama seluar trek berwarna hitam," katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.

Katanya polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri pada mayat itu, yang kini berada di Hospital Raja Perempuan Zainab Dua (HRPZII) untuk dibedah siasat, dan polis percaya lelaki itu meninggal dunia lebih daripada seminggu.

Yahya berkata polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut, dan sedang menyiasat punca kematian.

Beliau seterusnya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok dengan menelefon 09-7788222 bagi membantu siasatan.
 
Sponsored Post

emoney

Super Active Member
Messages
8,574
Joined
Feb 13, 2007
Messages
8,574
Reaction score
86
Points
70
Dekat dgn umah ayah pokcik dulu nih...:D
 

atlantis

CG Top Poster Club
Messages
35,221
Paid Membership
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
berita camtu je pehtu minta maklumat orang awam. ingat sumer orang baca paper ke
 

irsaffy

CG Top Poster Club
Messages
42,957
Joined
May 13, 2007
Messages
42,957
Reaction score
268
Points
131
owhh..ada expo rupanya kt pantai irama..kene kelik kg nih.:D
 

CoffeeCupp

Fun Poster
Messages
239
Joined
Dec 15, 2009
Messages
239
Reaction score
1
Points
15
mati seminggu tinggal tengkorak ? Hmm.... "Mana cermin mata hitam ku" ?
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register