Pengundi muda lebih dipengaruhi klip video dalam talian

CG Sponsors




balqis07

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KUALA LUMPUR: Pengundi muda lebih dipengaruhi video-video yang disiarkan dalam talian menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang berbanding dengan iklan biasa.

Ini kerana klip-klip video seperti itu lebih menyentuh perasaan mereka, kata para pengamat perhubungan, semalam.

Sebuah klip video bertajuk Sehari dalam hidup rakyat Malaysia, misalnya, tersebar secara meluas di laman YouTube.

Antara lain, ia menunjukkan watak seekor panda yang melakonkan kehidupan harian seorang karyawan, dengan setiap pergerakannya dipengaruhi nama hartawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary - dalam bentuk bol lampu, pada sudu teh gula, kereta Proton, minyak masak dan gas, menurut laporan sebuah portal berita.

"Orang ramai amat ghairah (menontonnya) kerana mereka berasa seolah-olah memiliki media sosial itu," kata bekas pensyarah kewartawanan, Encik Wong Chin Huat, kepada The Malaysian Insider (TMI), semalam.

"Perasaan anda tidak mungkin dicuit oleh iklan biasa. Yang satu emosional, tetapi yang satu lagi tidak... Ia (klip itu) tersebar luas kerana ia menyentuh perasaan mendalam anda," tambah pengamat politik itu, semasa merujuk kepada klip video yang agak kritikal terhadap penguasaan Tan Sri Syed Mokhtar dalam ekonomi Malaysia.

Video tersebut, yang menarik lebih 20,000 tontonan sejak ia dimuat naik pada Ahad lalu, bermula dengan soalan, "Anda bekerja untuk siapa hari ini?", sebelum menonjolkan pelibatan Tan Sri Syed Mokhtar dalam pelbagai perniagaan, daripada pengeluaran gula kepada perbekalan tenaga.

Klip selama dua setengah minit oleh pertubuhan bukan milik kerajaan (NGO) Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu berakhir dengan kekata: "Sudah tiba masanya untuk menamatkan pemerintahan kroni. Undilah untuk perubahan."

Klip-klip video yang mempromosi Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR) kini kerap muncul dalam YouTube menjelang pilihan raya umum yang dianggap paling sengit dalam sejarah politik Malaysia pada 5 Mei ini.

BN sendiri telah membelanjakan berjuta ringgit untuk membeli ruang iklan dalam talian di laman-laman web dan portal terkenal di Malaysia - sebelum ini ia dikuasai PR kerana pihak media arus utama Malaysia umumnya dikuasai perikatan yang memerintah itu.

Pengamat media, Dr Mustafa Kamal Anuar, berkata golongan muda lebih tertarik kepada klip-klip ringkas dan mudah difahami berbanding dengan analisis yang panjang lebar.

Baru-baru ini, Parti Tindakan Demokratik, salah satu parti komponen PR, melancarkan stesen televisyennya dalam talian, Ubah.TV, untuk mengambil kesempatan penembusan Internet dan penggunaan media sosial yang tinggi di Malaysia.

Terdapat 13 juta pengguna Facebook di Malaysia, atau 45 peratus daripada 29 juta penduduknya, menurut laman pengawas media, Socialbakers.





sumber
 
Sponsored Post

qubs

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2010
Messages
9,454
Reaction score
178
Points
73
yg penting ABU
 

MHaffiezMNazri

Super Active Member
Joined
Jul 23, 2012
Messages
5,493
Reaction score
1,167
Points
171
Zaman dahulu mereka kawal 100% media...

Kini dengan internet, ia tidak terkawal :) Maka golongan muda dapat membezakan antara yang batil dan yang benar :)

Wallahu alam! :)
 

emasmoden

Super Active Member
Joined
Aug 7, 2007
Messages
7,373
Reaction score
23
Points
65
tau takpa.
dulu boleh lah duk harap radio nasional, tv1, tv2, tv3. utusan malaysia, berita harian. apa dicakap ditulis org percaya bulat2.
 

balqis07

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
tau takpa.
dulu boleh lah duk harap radio nasional, tv1, tv2, tv3. utusan malaysia, berita harian. apa dicakap ditulis org percaya bulat2.
setuju tu....media putar belit.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register