BTC USD 27,583.9 Gold USD 1,978.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengundi Muar tahu Syed Saddiq proksi Pakatan Harapan

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
37,598
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
37,598
Reaction score
4,892
Points
261
Awards
1
Pengundi Muar tahu Syed Saddiq proksi Pakatan Harapan

November 7, 2022

PENAMAAN calon bagi P.146 Muar pada Sabtu, Syed Saddiq Syed Abd Rahman kembali bertanding sebagai calon penyandang kerusi Parlimen tersebut.

Beliau yang dulu bertanding dalam PRU14 mewakili Pakatan Harapan(PH) atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini bergerak solo dengan parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).

Beliau nampaknya nekad bertanding untuk mempertahankan kemenangannya di Muar.

Kembali memperjudi nasib kali kedua di saat beliau sendiri sedang berhadapan dengan kes mahkamah yang masih dalam perbicaraan.

Kali ini akan bertemu dengan calon daripada PERIKATAN NASIONAL, Ustaz Abdullah Hussin dan dari Barisan Nasional, Mohd Helmi Abd Latif.

Namun dengan situasi penerimaan rakyat yang berbeza tidak seperti gelombang PRU14, mampukah Saddiq mendapatkan kembali kepercayaan warga Muar?

Hasil tinjauan kaji selidik yang dibuat secara maya, rata-rata orang Muar sudah mula hilang kepercayaan kepada PH terutama golongan muda.

Walaupun tidak lagi atas tiket khemah PH, namun ternyata MUDA adalah dilihat sebagai parti sekutu PH.

Soal selidik dilakukan di DUN Sungai Balang, ramai pengundi lebih memilih calon daripada parti. Dengan isu pemimpin negara yang terkait mahkamah, mereka akan memilih calon yang bersih dan berintegriti tidak kira tua atau muda.

Ciri-ciri pemimpin yang berakhlak, beragama menjadi pilihan mereka. Lebih-lebih lagi mereka yang mengutamakan kebajikan rakyat serta tidak menipu dengan janji-janji kosong.

Berhadapan saingan juga dengan orang muda dari Barisan Nasional, Mohd Helmi yang agak masih baru dalam lapangan politik, memungkinkan juga untuk Saddiq ‘bimbang’ kerana first voters adalah orang muda yang jumlahnya agak banyak juga.

Namun beliau juga tidak harus memandang ringan calon dari PERIKATAN NASIONAL (PN), Ustaz Abdullah Husin yang juga mantan wakil rakyat DUN Puteri Wangsa selama satu penggal (2013-2018).

Ustaz Abdullah 61, meski bukan orang muda tapi kaya dengan pengalaman bergelumang dalam politik hampir tiga dekad.

Memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi PERIKATAN NASIONAL Johor dan juga pernah menjadi calon bertanding dalam PRN Johor lepas di DUN Pulai Sebatang.

Beliau juga aktif membantu masyarakat bersama Lajnah Kebajikan PAS Johor yang sentiasa turun membantu khususnya golongan asnaf juga membantu memberi tajaan kepada pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran ke universiti.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Johor juga menyandang beberapa jawatan lain seperti bekas Pengetua di Sekolah Menengah Agama Al Masriyah, Pengerusi Penyelaras Khas Dun Pulai Sebatang, Penasihat kepada Pertubuhan Kebajikan Bakti Pontian, Kelab Anak Tebrau dan Pertubuhan Kasih Maharani.

UMMU WASILAH
Muar, Johor – HARAKAHDAILY 7/11/2022
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register