BTC USD 36,313.7 Gold USD 1,839.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengubahan wang haram: Syed Saddiq didakwa

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
332,786
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
332,786
Reaction score
17,750
Points
2,536
Awards
1
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,766
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,766
Reaction score
15,835
Points
2,066
Awards
1
#BHnasional Pendakwa maklumkan Mahkamah Tinggi, Syed Saddiq buat kenyataan di Facebook seolah-olah pembelaan awal kes sedang dihadapi
https://bit.ly/34SN0au

'Bukan larang, cuma nasihat orang lebih matang kepada Syed Saddiq'​

Januari 19, 2022 @ 12:55pm


SYED_SADDIQ_SYED_ABDUL_RAHMAN_1642568889.jpg
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman keluar dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selepas mendengar pertuduhan menganai kes berkaitan pecah amanah, menyalahgunakan wang sumbangan dan pengubahan wang haram hari ini.

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi hari ini, menasihati Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, supaya lebih berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan berhubung kes pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram yang sedang dihadapinya di media sosial.

Ketika prosiding sebutan kes itu hari ini, Hakim, Mohamed Zaini Mazlan, berkata beliau memahami keadaan sukar dialami bekas Menteri Belia dan Sukan itu, bagaimanapun dia perlu membezakan kedudukannya di antara seseorang yang didakwa dan sebagai ahli politik.
Sehubungan itu, Mohamed Zaini menasihatkan peguam bela, Gobind Singh Deo, yang mewakili Syed Saddiq, untuk mengingatkan anak guamnya mengenai perkara itu dari masa ke semasa.

Hakim memberikan nasihat itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin, memberitahu mahkamah, Syed Saddiq sebelum ini ada membuat hantaran di Facebook mengenai perjalanan kesnya di media sosial, seolah-olah ia adalah pembelaan awal dalam kes sedang dihadapi beliau.



Wan Shaharuddin berkata, beliau hendak mengingatkan Syed Saddiq supaya lebih berhati-hati kerana apa-apa kenyataan yang dikeluarkan itu boleh digunakan terhadap beliau (di mahkamah).

"Ini bukan satu permohonan gag order (perintah larangan), cuma nasihat daripada orang yang lebih matang daripada tertuduh," katanya.
Sementara itu, Gobind berkata, anak guamnya perlu diberi lebih fleksibiliti bagi menjelaskan kepada orang ramai yang hendak mengetahui mengenai kes yang dihadapinya di mahkamah.

Bagaimanapun katanya, beliau mengambil maklum mengenai teguran hakim itu.

Sementara itu, Syed Saddiq mengekalkan pengakuan tidak bersalah selepas tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan harta dan dua tuduhan pengubahan wang haram ketika dibacakan sekali lagi terhadapnya, hari ini.

Beliau sebelum ini didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan Johor Bahru, bagaimanapun mahkamah tinggi pada 25 November tahun lalu membenarkan permohonannya untuk memindahkan kes itu (ke mahkamah tinggi).

Kesemua kes itu juga akan didengar bersama yang ditetapkan selama 22 hari bermula 10 Jun ini.

Mahkamah turut menetapkan pada 24 Mac ini bagi pengurusan kes.

Syed Saddiq, 28, didakwa sebagai Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) BERSATU), yang diamanahkan penguasaan ke atas dana ARMADA, melakukan pecah amanah ke atas dana itu, dengan membuat pengeluaran wang berjumlah RM1 juta melalui cek CIMB Bank Berhad, tanpa mendapat kebenaran daripada Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU.

Tuduhan itu adalah mengikut Seksyen 405 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 406 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Beliau juga menghadapi tuduhan menyalahgunakan wang sumbangan untuk kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 sebanyak RM120,000 yang dikutip melalui akaun Maybank Islamic Berhad, milik Armada Bumi Bersatu Enterprise, mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pada 5 Ogos tahun lalu di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Syed Saddiq didakwa atas dua pertuduhan pengubahan wang haram, iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 di dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang juga hasil daripada aktiviti haram yang didakwa dilakukan di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, pada 16 Jun dan 19 Jun 2018.

Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama, dan sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau hasil daripada aktiviti haram.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,766
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,766
Reaction score
15,835
Points
2,066
Awards
1
Empat pertuduhan yang dibacakan ke atas Bekas Menteri Belia dan Sukan itu hari ini, melibatkan pecah amanah dan jenayah (CBT), penyalahgunaan dana, dan pengubahan wang haram melibatkan jumlah RM1 juta.


CBT: Bicara Kes Syed Saddiq 7 Jun, Dilarang Buat Kenyataan Di Media Sosial​



19/01/2022


Syed-Saddiq.jpg

Foto: BERNAMA


KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes di Mahkamah Tinggi, melibatkan empat pertuduhan ke atas Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, akan bermula 7 Jun ini, manakala pengurusan kes pada 24 Mac ini.

Empat pertuduhan yang dibacakan ke atas Bekas Menteri Belia dan Sukan itu hari ini, melibatkan pecah amanah dan jenayah (CBT), penyalahgunaan dana, dan pengubahan wang haram melibatkan jumlah RM1 juta.

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan sewaktu memutuskan perkara itu hari ini berkata, tarikh perbicaraan adalah antara 7 hingga 10 Jun; 20 hingga 22 Jun; 27 hingga 28 Jun; 4 hingga 8 Julai; 13 hingga 15 Julai; dan 18 hingga 22 Julai.

Syed Saddiq diwakili Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, manakala Wan Shaharuddin Wan Ladin bertindak sebagai Timbalan Pendakwa Raya.

Dalam pada itu, Mohamed Zaini mengingatkan Syed Saddiq untuk tidak menggunakan kedudukannya sebagai ahli politik dalam membuat sebarang perkongsian berkaitan kes di platform media sosial.

Peringatan itu dibuat susulan hujah Wan Shaharuddin bahawa Syed Saddiq perlu lebih berhati-hati membuat kenyataan mengenai kes terbabit, kerana ia mungkin boleh digunakan terhadapnya sewaktu perbicaraan.

ā€œ(Permintaan) ini bukan ā€˜gag orderā€™ terhadap tertuduh, cuma ada beberapa perkongsian di Facebooknya mengenai kes dan pembelaan beliau. Saya ingin mengingatkan beliau, sebagai seorang yang lebih berusia, dan berpengalaman, kenyataan itu boleh digunakan terhadapnya,ā€ kata Wan Shaharuddin.

Bagaimanapun Gobind memohon sedikit kelonggaran kerana Syed Saddiq merupakan figura politik yang terkenal, dan sudah pasti beliau harus memberi komen atau reaksi sekiranya ada soalan dari pihak lain.

ā€œBeliau (Syed Saddiq) akan diminta menyatakan pendiriannya, masyarakat sudah tentu mahu tahu tentang perincian kes. Saya sentiasa berhujah kelonggaran harus diberikan kepada tertuduh untuk bercakap mengenai pertuduhan.

ā€œBagaimanapun kami mengambil maklum tentang tarikh sudah pun ditetapkan untuk perbicaraan, dan kami mengambil maklum mengenai (ketetapan) ini,ā€ katanya lagi.

Mohamed Zaini ketika membuat keputusan berkata, Syed Saddiq harus membezakan kedudukannya sebagai ahli politik dan orang kena tuduh, dan Gobind juga harus memberi nasihat yang bersesuaian.

Bagi pertuduhan pertama, Syed Saddiq, didakwa melakukan pecah amanah jenayah sewaktu beliau menjadi Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), dengan mengeluarkan wang sebanyak RM1 juta melalui cek CIMB Bank Bhd pada 6 Mac, 2020.

Beliau didakwa mengeluarkan wang tersebut tanpa kebenaran Majlis Pimpinan Tinggi Bersatu, dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan sebatan, di bawah Seksyen 405 Kanun Keseksaan.

Bagi pertuduhan kedua, Syed Saddiq didakwa menyalahguna wang RM120,000 dari hasil derma di bawah akaun bank Armada Bersatu Enterprise untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-14 antara 4 hingga 18 April, 2018.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun, dan sebatan, di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan.

Dua lagi pertuduhan berkaitan aktiviti pengubahan wang haram, melibatkan dua traksaksi bernilai RM50,000 setiap satu dari akaun bank beliau, yang didakwa dilakukan pada 16 dan 19 Jun, 2018, bagi tujuan aktiviti haram.
-ASTRO AWANI

 

Jedi

CG Top Poster Club
gem
Messages
47,872
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Feb 15, 2009
Messages
47,872
Reaction score
2,825
Points
261
Awards
1
Seksa jiwa wei bila jurusan lawyer tapi kena kunci mulut.
 

Jedi

CG Top Poster Club
gem
Messages
47,872
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Feb 15, 2009
Messages
47,872
Reaction score
2,825
Points
261
Awards
1
Kita tengok nanti dia berhujah.

Sebab lidah bercabang šŸ¤­

Lawyer kan pandai putar.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register