BTC USD 97,285.3 Gold USD 2,867.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penguasaan Bahasa Melayu Syarat Permohonan Kewarganegaraan - KDN

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
65,194
Top Poster #2
Joined
Nov 23, 2012
Messages
65,194
Reaction score
7,151
Points
916
Awards
1
12.12.2023 - Penguasaan Bahasa Melayu kekal menjadi syarat bagi permohonan taraf kewarganegaraan seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata dalam perkara itu, beberapa proses saringan dilaksanakan antaranya melalui ujian bertulis, temu duga secara lisan dan bersemuka melalui ujian pengetahuan Bahasa Melayu pemohon.

“Sepertimana yang disyaratkan dalam Perlembagaan Persekutuan, pemohon kewarganegaraan di bawah Perkara 16 hendaklah mempunyai tahap pengetahuan asas Bahasa Melayu manakala pemohon kewarganegaraan di bawah perkara 19 pula hendaklah mempunyai pengetahuan mencukupi Bahasa Melayu. Ini bermakna, tahap penguasaan Bahasa Melayu bagi pemohon taraf kewarganegaraan ini diberi keutamaan kerana syarat ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Senator Abdul Nasir Idris yang ingin tahu sejauh mana tahap penguatkuasaan Bahasa Melayu diberi perhatian untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan. Shamsul Anuar berkata setakat November lepas, sebanyak 32,000 permohonan kewarganegaraan diterima Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Setakat Oktober lepas, KDN telah mengeluarkan sebanyak 10,381 keputusan permohonan kewarganegaraan dan jumlah ini melepasi sasaran yang ditetapkan setiap tahun iaitu sebanyak 10,000,” katanya.
1702359194369.png
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register