Ask/Help Pengkomputeran Sistem Perakaunan

CG Sponsors




Megat Sri Rama

CG Top Poster Club
Joined
Aug 28, 2007
Messages
20,277
Reaction score
506
Points
161
Assalamualaikum,

Saya ini orangnya sangat buta-akaun dan kelam kabut dalam hal pengurusan dokumen dan perakaunan.

Dulu sekolah tak pernah belajar perakaunan kecuali sebagai topik kecil dalam subjek Kemahiran Hidup.



Untuk satu projek akan datang ni, aku merancang untuk memasang sistem ERP untuk streamline-kan workflow dalam organisasi.

Pilih punya pilih, aku pilih OpenERP sebab dia OSS (open source software) yang cuma satu versi (tiada kasta, biasanya dikastakan Community vs Enterprise), jumlah modul yang banyak dan juga connector yang membolehkan komunikasi antara ERP dan Shopping Cart Software (aku guna Magento).

Yang penting pada aku cuma bab :
1. Fulfilment - Stock, Packaging, Delivery
2. Purchasing
3. Sales
4. CRM (Customer Relation Management)

Aku cuma nak mengautomasikan penghasilan dokumen (Quotation, Sales Order, Invoice, Receipt, Purchase Order, Packaging List iaitu termasuk pencetakan label & barcode pembungkusan, Delivery Order) dan mengawasi pergerakan stok. Tak ada kisah langsung pasal perakaunan.



Tapi kemudian aku sedar bahawa majoriti perisian ERP akan configure workflow antara modul menggunakan setting perakaunan dalam software.

Mereka gunakan apa yang dipanggil sebagai Chart of Accounts, yang me-mapping-kan hubungan antara akaun-akaun dalam sistem.

Kat sini aku jammed.


Macam mana aku nak buat Chart of Accounts kalau aku tak reti akaun.

Default template dan juga custom charts yang ada di internet tiada yang khas untuk Malaysia.

Yang ada adalah Belgium, France, Switzerland, UK, USA, India, Australia, dll.






Soalan aku :

1. Seberapa jauhkah beza antara chart of accounts yang ada ni?

2. Adakah mereka berbeza antara negara (jika untuk industri yang sama)?

3. Apakah bezanya hanya nama panggilan untuk akaun-akaun tertentu?

4. Apakah negara yang sistem perakaunannya paling hampir sama dengan sistem Malaysia?





Ada sistem ERP OSS lain yang menyediakan Chart of Accounts untuk Malaysia iaitu OpenBravo (tapi aku tak boleh pakai OpenBravo ni atas sebab teknikal), tapi ada setting yang tiada untuk penggunaan dalam OpenERP.

Jadi kalau aku nak suaikan CoA OpenBravo ke format OpenERP aku terpaksa bandingkan dulu CoA OpenBravo Malaysia ke CoA OpenERP negara yang paling hampir dengan sistem Malaysia. Kemudian baru aku boleh copy-paste entry untuk data yang tiada tu.


Ada pandangan?
 
Sponsored Post

Megat Sri Rama

CG Top Poster Club
Joined
Aug 28, 2007
Messages
20,277
Reaction score
506
Points
161
muahaha.... takkan tak ada seorang akauntan pun kat CG ni?
 

ed_zero

Super Active Member
Joined
Sep 24, 2009
Messages
5,193
Reaction score
161
Points
73
bgs thread ni..aku pun tgh usha software utk manage stok & akaun..1 lg nk cr software yg siap leh guna bar code utk scan harga & brg..sp2 yg tau psal ni tlg2 la share info ye..:)cgrock
 

Megat Sri Rama

CG Top Poster Club
Joined
Aug 28, 2007
Messages
20,277
Reaction score
506
Points
161
bgs thread ni..aku pun tgh usha software utk manage stok & akaun..1 lg nk cr software yg siap leh guna bar code utk scan harga & brg..sp2 yg tau psal ni tlg2 la share info ye..:)cgrock
Implementasi barkod paling mudah sebenarnya.

Untuk masalah integrasi (nak kawinkan 2 software berlainan, dlm kes ni software barkod dan software POS) paling teruk pun, kita boleh set pengimbas barkod tu jadi macam keyboard.

Ia akan scan barkod (seperti kita baca dengan mata) dan key-in apa maklumat yang dibaca tu ke "field" seolah-olah ia adalah keyboard (tapi kali ni keyboard yang automatik).




Bila maksud saudara nak scan barcode untuk harga & stok tu, untuk guna sewaktu di kaunter atau di stor/gudang?

kalau untuk ketika membuat jualan kepada pelanggan (sales), tidak kira di kaunter macam kat supermarket atau di meja (jualan melalui telefon) ia dipanggil POS, Point-of-Sale.

OpenERP pun boleh dipakai untuk buat POS.

OpenERP punya module tambahan ada lebih 600.


Kalau nak pakai POS lain pun boleh... boleh sync data dengan OpenERP. Kalau tak pandai programming, kena cari software POS yang dah ada sync-module. Tapi kalau pandai Python, nak develop module tak susah sebab diorang punya architecture (OpenObject) memudahkan coding (lebih kurang macam Rails, tapi diorang develop OpenObject sebab waktu mulakan projek OpenERP tu Rails tak ada lagi).
 

Jeb

CG Top Poster Club
Joined
Jan 2, 2007
Messages
39,505
Reaction score
124
Points
123
apa nama erp sistem tu???negara paling dekat kalau nak tgk sistem aussie...tapi normally most country using the same flow..
 

Megat Sri Rama

CG Top Poster Club
Joined
Aug 28, 2007
Messages
20,277
Reaction score
506
Points
161
apa nama erp sistem tu???negara paling dekat kalau nak tgk sistem aussie...tapi normally most country using the same flow..
OpenERP : http://www.openerp.com


Kat atas saya ada lampirkan 2 Charts of Account.

yang malaysia (tapi versi openbravo)
yang UK (versi openERP).


bro,
kalau aku mintak orang buatkan custom charts of account, janji aku punya workflow fulfilment, delivery, sales, purchase, boleh pakai... tapi untuk accounting aku biarkan seasas yang boleh, apa pandangan bro?

maknanya setahun sekali nanti aku panggil la akauntan tolong kira balik. untuk sewa, claim minyak, apa jadah semua aku lum sum kat satu akaun je...

ok tak?
 

Jeb

CG Top Poster Club
Joined
Jan 2, 2007
Messages
39,505
Reaction score
124
Points
123
OpenERP : http://www.openerp.com


Kat atas saya ada lampirkan 2 Charts of Account.

yang malaysia (tapi versi openbravo)
yang UK (versi openERP).


bro,
kalau aku mintak orang buatkan custom charts of account, janji aku punya workflow fulfilment, delivery, sales, purchase, boleh pakai... tapi untuk accounting aku biarkan seasas yang boleh, apa pandangan bro?

maknanya setahun sekali nanti aku panggil la akauntan tolong kira balik. untuk sewa, claim minyak, apa jadah semua aku lum sum kat satu akaun je...

ok tak?
ssebenarnya chart of account tu la paling asas untuk semua tu,Delivery,Purchasing,dan juga stock.kalau CA pun dah kelam

kabut,yg lain mmg tak match trus melainkan kalau ade manual procedure yg record setap transaction tu.kalau transction bnyak

smpai milion mmg truk nak buat.itula yg dihadapi aku skarang ngan erp company baru ni.3 tahun tak apply beb,ko bayangkan

bang.auditor pun naik pening.dah dekat 8 bulan sangkut auditor takleh kuarkan report.yg paling penting,kalau nak mula buat

tu,mintak advice akauntan DULU Seblum setup apa2, jadi caj takdala mahal sangat berbanding nanti ko panggil dia suh kira

balik.:D
 
Sponsored Post
Top
Log in Register