Pengkhianatan UMNO terhadap Tanah Rezab Melayu

CG Sponsors




kuhik

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,311
Points
191
Melayu Hilang Tanah Angkara UMNO Penghianat Melayu

Para pemimpin UMNO adalah
- broker
- juru jual dan
- perampas TANAH ORG MELAYU.


UMNO telah bertindak mengambil tanah-tanah rezab Melayu tanpa digantibalik sepertimana yang diperuntukan perkara 153 Perlembagaan.

Melalui Pindaan Kanun Tanah Negara pada tahun 1992, memberi peluang kepada kerajaan-kerajaan negeri mengambil tanah-tanah rezab Melayu dengan alasan untuk pembangunan. Dua perkara besar menyebabkan menyebabkan hak milik tanah rakyat tidak terjamin.Pertama, kerajaan berkuasa mengambil tanah rakyat tanpa halangan dan rakyat tidak berhak mendakwa kerajaan di mana-manan mahkamah. Kedua, tanah rakyat boleh dijual kepada warga asing. Harus diingat sebelum akta ini dipinda, kerajaan tidak sewenang-wenangnya boleh mengambil tanah-tanah ini, tanah-tanah ini hanya boleh diambil untuk kemudahan awam, sekolah dan hospital.

Kerajaan Negeri Kedah
- Merampas tanah sawah 2,000 ekar di Kerpan dan diserahkan kepada Syarikat Benladin Group untuk projek udang harimau. Projek itu gagal dan petani-petani di Kerpan sekarang hilang hak mereka ke atas tanah-tanah sawah tersebut.

Di Johor pula
- Umno merampas 26,000 ekar tanah dari Tanjung Langsat hingga ke Tanjung Piai, Pontian untuk membina Bandar Baru Piai. Kampung rakyat itu diserahkan kepada Syarikat Kok Brothers dan UEM.
- yang paling teruk ialah tanah-tanah rezab Melayu dan tanah-tanah projek WPI juga telah dijual kepada Cina Singapore

Di Melaka,
- Umno mengambil tanah rakyat di Kampung Pantai Kundur dan tanah Merah untuk pembinaan Butter Zone oleh Petronas.

Di Terengganu,
- Umno menjual tanah orang ramai di Pulau Redang kepada Syarikat Berjaya Group seluas kira-kira 300 ekar dengan harga RM500.00 seekar. Ia dijual pula dengan harga RM70,000.00 seekar.

Sanusi Junid ketika menjadi MB Kedah telah memberi jawapan bertulis terhadap pertanyaan ADUN Sala, Ustaz Azizan Abdul Razak di persidangan DUN bulan Ogos 1996 menyatakan 20,677.89 hektar tanah rezab Melayu telah dijual dan pada tarikh itu kerajaan Kedah belum lagi mengganti tanah yang dijual itu.

Di Langkawi pada tahun 1990, 8 0 penduduk yang tinggal di Pantai Gelang telah diambil tanahnya untuk dirikan Pelangi Beach Resort. Di Selanggor seluas 8,299.9 hektar telah hilang statusnya.

Di Negeri Sembilan

- Seluas 930 hektar telah diambil di Mambau untuk pembangunan.


Selama 3 Dekad UMNO Memerintah, Tanah Rezab Melayu Berkurang dari 3 Juta Hektar kpd 1.7 Juta Hektar

Akibatnya jumlah keluasan tanah rezab Melayu menurun dengan drastik dalam tempoh hanya tiga dekad dari sejumlah tiga juta hektar pada tahun 1957 mengecil menjadi 1.7 juta hektar pada tahun 1995, iaitu merosot hamper 44% daripada asal bersamaan 1.2% kemerosotan setiap tahun.

Manakala jumlah yang digantikan semula mengikut kajian yang dibuat pada tahun 1995 hanya sekitar 34% sahaja. Jika pengambilan ini berterusan tanpa penggantian dibuat dengan alasan pembangunan, maka akan tinggal 14% sahaja pada tahun 2020.

Kadar Kehilangan Tanah Rezab Melayu Setelah Dijual Oleh UMNO

Pengambilan tertinggi tanah rezab Melayu yang tidak diganti berlaku di Kuala Lumpur iaitu daripada 1.067.5 hektar keluasanan sebelumnya kepada 787.1 hektar pada tahun 1995. Diikuti Kedah, 820.6 hektar pada tahun 1995 berbanding sebelumnya 964.9 hektar. Selangor memiliki 173,599.16 hektar berbanding sebelumnya sebanyak 181,658.62 hektar.Pulau Pinang pada tahun 1975 memiliki 67.410 ekar atau 34% daripada seluruh tanah yang didaftarkan menurun menjadi 31.815 ekar pada tahun 1985.

Kesan pengambilan di Kuala Lumpur lebih dashat, iaitu daripada ? hartanah di KL ini adalah hak milik Melayu pada tahun 1957 menjadi hanya 5.1 % sahaja pada sekarang sedangkan bangsa lain memiliki 94.9 % hartanah.Pemimpin-pemimpin Umno ini kianat terhadap bangsanya sendiri. Pengambilan tanah-tanah ini dibayar pampasan tidak mengikut harga pasaran semasa kerana status tanah ini masih dalam status pertanian belum lagi ditukar status. Sebaik sahaja pengambilan tanah-tanah ini selesai dibuat, maka status tanah-tanah ditukar ke status kormesial dan dijual kepada tokoh-tokoh korporat bukan Melayu dengan nilai berjuta ringgit.Mereka menjadi kaya raya sekelip mata, buat untung atas angin. Begitulah cerdiknya pemimpin-pemimpin Umno.


Apa Akan Jadi Dgn 16, 997 Hektar Tanah Rezab Melayu Di WPI?

WPI akan melibatkan 16,997 hektar Tanah Rezab Melayu (TRM) yang mana sebahagiannya adalah tanah Felda. Apakah nasib TRM ini? Pada masa sekarang banyak TRM yang diambil balik oleh kerajaan tidak digantikan semula. Dalam Pelan Pembangunan Komprehensif WPI tidak dinyatakan bagaimanakah kaedah untuk mengekalkan pemilikan TRM.

WPI juga akan melibatkan tanah-tanah milik orang Bumiputera/Melayu yang bukan berstatus TRM. Bagaimanakah nasib tanah-tanah ini? Setelah isu ini diketengahkan, Menteri Besar Johor pada 14 April, 2007 menyatakan kerajaan bercadang untuk menubuhan Amanah Hartanah (Property Trust) bagi membolehkan masyarakat bumiputera bersama-sama menyertai pemilikan harta di WPI walaupun pada nilai yang rendah. Modul operandi Amanah Harta ini sehingga sekarang tidak dijelaskan secara terperinci. Kita tidak mahu melihat nasib orang Melayu/Bumiputera di WPI akan menerima nasib seperti orang Melayu/Bumiputera di Pulau Pinang dan Pulau Langkawi yang terpinggir dan terkorban atas nama pembangunan. Kita mahu melihat pegangan pemilikan hartanah oleh Melayu/bumiputera akan terus kekal walaupun tanah-tanah mereka dibangunkan.

Pemilikan Tanah WPI Oleh Singapura

Pemilikan tanah oleh pelabut-pelabur dan syarikat-syarikat dari Singapura akhirnya akan menjadikan Singapura memiliki kuasa perundingan yang significant (significant bargaining power) ke atas Malaysia. Dengan kata lain dalam perundingan selepas dari ini khususnya berkaitan dengan WPI, suara, pandangan serta persetujuan daripada Singapura hendaklah diperolehi. Secara tidak langsung Singapura boleh "memandrumkan" Malaysia supaya tunduk kepada pelbagai tuntutan daripada Singapura di masa hadapan. Ini adalah antara risiko yang perlu ditanggung apabila kerajaan mengambil tindakan "menjual" negara kepada warga asing. Singapura selepas dari ini tidak berlu lagi menggunakan pendekatan berkonfrantasi dengan Malaysia tetapi memadai dengan ugutan untuk menarik balik pelaburan daripada WPI sekiranya tuntutan mereka tidak dipenuhi oleh Malaysia. Akhirnya Malaysia akan menjadi barua kepada Singapura.



p/s : mari sokong UMNO!!!


http://www.youtube.com/watch?v=_5iuni845ko
 
Sponsored Post

yinbyungheon

CG Top Poster Club
Joined
Jul 12, 2006
Messages
36,821
Reaction score
856
Points
161
Laaa...Rupanya UMNO Juga Yg Bagi 90% Tanah Kg. Baru Perak Kat Cina


PR = PR Hanya Serahkan 14, 145

UMNO = Bagi 52, 855


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manong, Datuk Ramly Zahari dalam kenyataanya di sini menjelaskan :

Pemberian geran hak pemilikan kekal kepada penduduk kampung baru dan kampung tersusun adalah di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan dan bukan kerajaan negeri. Pemberian geran berkenaan bagaimanapun tertakluk kepada syarat yang ditetapkan di bawah Peraturan Tanah Negeri Perak dan Kanun Tanah Negara. Kuasa kerajaan negeri hanya tertakluk dari segi kutipan hak milik tanah sementara (TOL), bayaran premium dan cukai tanah.

Terdapat sebanyak 134 kampung baru di Perak dengan setiap kampung mempunyai penduduk kira-kira 500 orang dengan majoriti iaitu hampir 85 peratus kaum Cina manakala selebihnya iaitu kira-kira 15 peratus Melayu dan India.

Bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini telah berusaha memastikan penduduk di 134 kampung baru di Perak memiliki suratan hak milik secara sah.

Semasa BN dahulu kita telah berjaya mengeluarkan sebanyak 48,183 hak milik mukim dan 4,672 hak milik berdaftar.

Tidak sampai 10 peratus daripada jumlah lot kampung baru yang belum memiliki suratan hak milik. 10 peratus ini pun sebenarnya hanya tinggal di peringkat untuk membuat pendaftaran sahaja.

Kenyataan Ramly jelas mengakui bahawa hanya sebanyak 48,183 hak milik mukim dan 4,672 hak milik berdaftar yang telah dikeluarkan semasa BN dahulu; bermakna jumlah keseluruhannya hak milik yang di keluarkan ialah 52,855 daripada 67,000.

Ini bermaka masih ada lagi 14,145 penduduk yang belum mendapat hak milik; lebih 21% (bukan 10% sebagaimana dakwaan Ramly) daripada jumlah keseluruhan dengan mengambil kira bilangan 134 buah kampung dengan purata penduduk 500 orang.

Saya yakin apa yang dimaksudkan oleh Nizar disini ialah membantu untuk memperolehi hak milik tanah berkenaan.

Jadi, dimana silapnya? Media perdana memang pandai kelentong. Sikit saja dia spin, kita semua boleh jauh tersasarnya jauh perginya kalau tidak diteliti.
 

nazim5123

Active+ Member
Joined
Apr 9, 2007
Messages
4,698
Reaction score
41
Points
30
isu yang benar benar menyedihkan kita bumiputera semoga tuhan melaknat mereka yang telah melakukan pecah amanah ini di dunia dan di akhirat marilah wahai saudara kita sama sama berdoa

YA ALLAH KAU LAH TUHAN TIADA TUHAN HANYA KAU SESUNGGUHNYA KAMI ADALAH GOLONGAN YANG DI ZALIMI TANAH KAMI TELAH DIRAMPAS DENGAN TIPU HELAH YANG NYATA

KAMI MEMOHON KAU LAKNATLAH MEREKA YANG TELAH MENGANIAYAI KAMI INI

SESUNGGUHNYA KAMI TIDAK BERDAYA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK KAMI KERANA MEREKA SANGAT BERKUASA DAN MEREKA SANGAT ZALIM

HANYA KEPADA MU SAHAJA KAMI BERSERAH SETELAH TERANIAYA DAN MAQBULKANLAH DOA KAMI YANG TERANIAYA INI

AMIN...........
 

abahmu

Legendary Member
Joined
Feb 21, 2007
Messages
17,951
Reaction score
124
Points
123
di kelantan di zaman BN..umno telah menjual tanah rezab melayu di kubang kerian kepada syarikat cina kasjaria kim huat sdn bhd..luasnya aku x pasti tp telah memuatkan rumah teres mewah beribu unit.dan hampir 70% pemilik rumah tersebut adalah cina kerana tanah tersebut telah di tukar status di zaman BN dulu...disebabkan isu tu la salah satu punca kenapa kerajaan BN kalah di kelantan tahun 1990 dulu...
 

SOUL86F

Legendary Member
Joined
Jan 22, 2008
Messages
10,969
Reaction score
115
Points
123
huhu bezanya kualiti thread yg dibuka oleh penyokong PR n totok2 tong najis....xpa umno kan maksum..depa wat apa pun x salah..hatta sapa yg join group ngan Umno (bN) dah dikira bersih suci n meyucikan :eek::eek::eek:
tunggu komen dr org berprinsip selaku politsn ameno bahagian penang tuh....:eek::eek::eek:
 

watakutama

Banned
Joined
Oct 29, 2007
Messages
5,895
Reaction score
19
Points
65
aku dah kata orang2 UMNO ni syaitan yang nyata..iblis..laknat betul mereka2 ini...

tgk cth Datuk Z..mati pun org duk caci lagi..
 

yinbyungheon

CG Top Poster Club
Joined
Jul 12, 2006
Messages
36,821
Reaction score
856
Points
161
di kelantan di zaman BN..umno telah menjual tanah rezab melayu di kubang kerian kepada syarikat cina kasjaria kim huat sdn bhd..luasnya aku x pasti tp telah memuatkan rumah teres mewah beribu unit.dan hampir 70% pemilik rumah tersebut adalah cina kerana tanah tersebut telah di tukar status di zaman BN dulu...disebabkan isu tu la salah satu punca kenapa kerajaan BN kalah di kelantan tahun 1990 dulu...
Di Perak, zaman paling haram duk kuat jual tanah org melayu pd cine ialah pd zaman Ramli Ngah Talib jd MB. :(scam
 

puyong

Super Active Member
Joined
Jan 29, 2007
Messages
6,474
Reaction score
15
Points
65
UMNO...UMNO...UMNO..

HIDUP UMNO....HIDUP UMNO.....

ye tak miDOL???
 
Sponsored Post
Top
Log in Register