• Forum search currently under maintenance...

Pengiring jemaah haji tidak layak dapat subsidi

Recommended Brokers


akecema

Legendary Member
Joined
Jan 26, 2007
Messages
18,665
Reaction score
1,039
Points
196


KUALA LUMPUR 15 Feb. - Pengiring jemaah haji yang menunaikan haji lebih awal daripada tahun peruntukan tidak layak mendapat subsidi haji yang disediakan.

Pentadbir akaun Facebook Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) berkata, subsidi haji hanya diberikan kepada bakal jemaah yang terpilih bagi tahun semasa.


“Untuk makluman subsidi haji hanya diberikan kepada Bakal Haji yang Terpilih bagi tahun semasa di mana tahun peruntukan adalah tahun 1440H/2019M dan yang menunaikan haji buat kali pertama secara Muassasah.

“Bagi pengiringatau yang merayu dan berjaya, ini bermakna mereka pergi menunaikan haji lebih awal dari tahun peruntukan dan tidak layak mendapat subsidi haji,” katanya yang membalas komen seorang pengguna Facebook dalam satu hantaran.

Utusan Malaysia sedang cuba mendapatkan maklum balas serta penerangan lebih lanjut tentang perkara berkenaan dengan Tabung Haji. - UTUSAN ONLINE


 

Attachments

Last edited:
  • Like
Reactions: TT
Sponsored Post

akecema

Legendary Member
Joined
Jan 26, 2007
Messages
18,665
Reaction score
1,039
Points
196
Salah satu usaha kerajaan kita untuk menjimatkan kewangan negara
Terima kasih
 

kainlangsir

Legendary Member
Joined
Jul 24, 2006
Messages
12,389
Reaction score
230
Points
133
Ada baca jugak..ingatkan palsu...dalam hati aku, takkan la smp jahat gitu sekali kerajaan PH ni...rupa2nya betul daaa.....
 

akecema

Legendary Member
Joined
Jan 26, 2007
Messages
18,665
Reaction score
1,039
Points
196
Ada baca jugak..ingatkan palsu...dalam hati aku, takkan la smp jahat gitu sekali kerajaan PH ni...rupa2nya betul daaa.....
Bab ni kite boleh tanya pendapat mujahid
Jgn die ckp muqasid syariah pulak
 

SMI6

Active Member
Joined
Jan 3, 2016
Messages
2,048
Reaction score
352
Points
46
Buat F1 balik Kos 200-300 juta ad duit

Nak bg sikit bantuan pada pengiring jemaah haji full charges kene.

Mmg tgh tenat gov skg ni.
 
Last edited:

hellspermaster

Active+ Member
Joined
Aug 23, 2013
Messages
2,943
Reaction score
75
Points
45
Kredibiliti fail. Org2 tua perempuan nk pegi ngan sape klau bukan dengan mahram. Kena pulak yg miskin. Yg miskin semakin miskin.
 

pemain

Active Member
Joined
Jul 10, 2008
Messages
1,805
Reaction score
186
Points
33
Kalau lah para pendeposit TH MOGOK dgn mengeluarkan simpanan dan hanya kekalkan jumlah minimum sahaja baru padan muka pak menteri..

Come on org Melayu bangkit dan bersuara lah..
 

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
10,013
Reaction score
1,447
Points
191
boleh jimat brapa juta nih ?

jumlah subsidi tahun lepas 400 juta..
 

TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
149,839
Reaction score
20,714
Points
1,661
Dasar baru tunai haji membebankan

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dan Tabung Haji digesa mempertimbangkan semula pelaksanaan dasar baharu subsidi haji terutamanya kepada mereka yang merayu kali pertama menunaikan haji mengikut pakej muasasah.


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau dimaklumkan menerusi dasar baharu itu, golongan tersebut tetap dikenakan bayaran penuh tanpa subsidi berjumlah RM22,900.

“Hakikatnya Dasar baharu itu begitu membebankan dan menyusahkan rakyat yang ingin menunaikan kewajipan rukun Islam ke-5,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut Asyraf, dasar tersebut berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu yang menyarankan Tabung Haji tetap memberikan subsidi kepada jemaah yang berjaya dalam rayuan mereka dengan hanya membayar RM9,980 seorang (subsidi RM12,920).

“Adalah tidak wajar dikenakan caj penuh kepada jemaah yang berjaya dalam rayuan sedangkan kebanyakan mereka bukanlah dari kalangan orang yang berada,” katanya.

Mengulas lanjut, Asyraf berkata, berdasarkan pengalamannya, sekitar 20 hingga 25 peratus kekosongan setiap tahun daripada jumlah kuota yang ditetapkan.

Ini, katanya, berikutan kematian, keuzuran dan pelbagai faktor lain yang menyebabkan jemaah yang sepatutnya dijadualkan mengerjakan haji pada tahun tersebut menarik diri. Kekosongan inilah yang biasanya diisi oleh mereka yang merayu.

Jika mengikut dasar lama Tabung Haji, keutamaan pertimbangan rayuan akan diberikan kepada mereka yang perlukan mahram, mengiringi ibu atau bapa yang uzur dan mereka yang mencecah umur melebihi 60-70 tahun.

Justeru, katanya, adalah tidak wajar dan tidak munasabah jika menteri dan pihak pengurusan baru Tabung Haji mengenakan caj penuh kepada mereka yang hakikatnya kali pertama menunaikan haji dan rata-rata bukanlah dari kalangan orang yang senang dan mewah.

“Pemuda UMNO menggesa agar YB Menteri dan pihak Pengurusan Tabung Haji untuk mempertimbangkan kembali dasar baru ini kerana hakikatnya begitu membebankan dan menyusahkan rakyat yang ingin menunaikan kewajipan rukun Islam kelima,” katanya. – MalaysiaGazette


Peraturan baharu yang disifatkan sebagai membebankan golongan yang mahu menunaikan ibadah haji.
 

kiddd2

CG Top Poster Club
Joined
Jun 7, 2011
Messages
22,029
Reaction score
2,417
Points
191
tahniah mahacai ph..

comfirm masuk dalam tanah terus mahacai..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register