BTC USD 50,816.5 Gold USD 1,782.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penghulu boleh pantau harga barang

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
KUALA LUMPUR: Menerusi kad kuasa yang diberikan kepada mereka, penghulu dan penggawa mempunyai kuasa untuk memantau harga barangan di tempat masing-masing.

Namun, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob, berkata kad kuasa itu tidak memberi kuasa kepada mereka untuk mengeluarkan sebarang kompaun kepada peniaga.

Katanya, apa yang perlu mereka lakukan ialah membuat aduan kepada pegawai penguatkuasa kementerian untuk tindakan lanjut.

"Kita mahu mereka menjadi mata dan telinga kementerian. Mereka boleh masuk ke premis perniagaan dan pasar malam untuk membandingkan harga barangan dan melakukan soal-siasat kepada peniaga jika ada sebarang penipuan atau penyelewengan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama penghulu di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, pemberian kad kuasa itu diharap dapat mengurangkan beban 2,000 orang pegawai penguatkuasa kementerian berkenaan di seluruh negara.

"Kementerian hanya mempunyai seramai 2,000 orang pegawai penguatkuasa dan kebiasaannya mereka hanya dapat menjalankan penguatkuasaan di bandar-bandar sahaja.

"Penghulu amat dihormati penduduk kawasan masing-masing, usaha pemantauan yang tidak dapat dapat dilaksanakan pegawai penguatkuasa di luar bandar mampu dilakukan mereka," katanya.

Seramai 248 orang penghulu dan penggawa dari Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang dan Terengganu menghadiri majlis itu.

Majlis dua hari itu yang bermula hari ini bertujuan menerangkan tentang bidang kuasa penghulu dan penggawa dari segi perundangan.
 
Sponsored Post

anak_jatiperak

Super Active Member
Messages
5,360
Joined
Sep 5, 2009
Messages
5,360
Reaction score
6
Points
65
Salam...elok ler tu baru ada keje sikit penghulu..Bukan nak kata..dari pemerhatian saya kebanyakan penghulu skrg tak mcm dulu da..semua mcm malas dan gila kuasa da.....tak tahu apa nak jadi da...Dunia2
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register