BTC USD 37,954.0 Gold USD 1,791.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penghidap diabetes berisiko tinggi dijangkiti Covid-19 teruk

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,390
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,390
Reaction score
3,213
Points
261
Awards
1
Penghidap diabetes berisiko tinggi dijangkiti Covid-19 teruk
SYAHIDATUL AKMAL DUNYA | | 30 Januari 2021
Sabtu | 30 Januari 2021
956767.jpg

Gambar kecil: Dr Noor Hisham Abdullah
SHAH ALAM - Penghidap diabetes mempunyai risiko tinggi untuk mendapat jangkitan Covid-19 ke tahap yang lebih teruk.
Menurut laporan The Star, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, namun risiko untuk dijangkiti Covid-19 dalam kalangan pesakit diabetes boleh dikurangkan jika penyakit itu dapat dikawal dengan baik.
"Strategi yang paling baik bagi menentang Covid-19 adalah pencegahan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Panduan Amalan Klinikal (CPG): Pengurusan Diabetes Mellitus Jenis 2 (Edisi Keenam) secara maya pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, perubatan moden telah berkembang sejak sekian lama seiring dengan pemahaman mengenai penyakit diabetes.
"Kemajuan demi kemajuan telah dicapai dalam menangani komplikasi penyakit ini.
"Penggunaan teknologi baharu dan beberapa penemuan juga telah mengubah kaedah klinikal dan cara diabetes mellitus jenis 2 diuruskan dan ia dijelaskan dalam panduan praktik klinikal terbaharu untuk edisi keenam ini," katanya.
Tambahnya, garis panduan itu juga memberi tumpuan untuk mencegah dan mengurangkan komplikasi yang berkaitan dengan diabetes sehingga meningkatkan hasil klinikal.
© 2018 All Rights Reserved • Karangkraf Group • © 2018 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf
 
Sponsored Post

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,390
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,390
Reaction score
3,213
Points
261
Awards
1
Kenapa Ramai Pesakit Diabetes Meningggal Dunia Akibat Covid-19? Ini Jawapannya
May 27, 2020

health-article-kenapa-banner.png

SEHINGGA hari ini jumlah kematian akibat Covid-19 adalah 157,970 orang seluruh dunia melibatkan ratusan negara di seluruh dunia (20 April 2020).

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit di Amerika Syarikat melaporkan, dari jumlah pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke hospital, 90 peratus menghidapi sekurang kurangnya satu penyakit kronik.

Di antaranya adalah darah tinggi, obesiti, diabetes mellitus, penyakit paru-paru dan penyakit jantung.

Menurut Pakar Perubatan Dalaman Hospital Columbia Asia, Puchong Dr Muhammad Shahruddin diabetes mellitus menyumbang hampir 30 peratus dalam statistik ini.

health-article-kenapa-img-01.png

Pesakit diabetes lebih berisiko tinggi berdepan dengan kematian akibat Covid-19.
"Sebahagian besar dari pesakit Covid-19 yang mengalami simptom teruk, komplikasi atau maut, dikesan menghidapi penyakit kencing manis. Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada tahap and kesan jangkitan Covid-19 adalah jumlah virus, replikasi virus di paru paru dan juga reaksi imuniti terhadap virus.

"Lapan puluh peratus dari pesakit yang dijangkiti Covid-19 akan sembuh kerana sistem imun mereka bertindak balas secara normal. Namun dalam sesetengah pesakit, sistem imuniti bertindak secara melampau atau berlebihan menyebabkan keadaan pesakit boleh merosot," jelasnya kepada mStar.

Teori saintis

Salah satu teori saintis mengapa pesakit diabetes mempunyai risiko yang lebih tinggi adalah kerana sistem imuniti yang terjejas atau tidak normal.

"Ini menyebabkan perbezaan dalam respon imun kepada jangkitan Covid-19. Masalah ini juga dilihat dalam pesakit diabetes yang dijangkiti kuman lain seperti influenza dan bakteria.

"Selain dari tindak balas imun yang tidak sempurna atau normal itu, pesakit diabetes yang dijangkiti Covid-19 juga boleh mendapat komplikasi dari penyakit diabetes itu sendiri seperti kandungan glukosa terlalu tinggi atau rendah (hipoglisemia) serta komplikasi ketoasidosis kencing manis.

health-article-kenapa-img-02.png

Warga emas yang mengalami diabetes berisiko tinggi dengan kematian sekiranya dijangkiti Covid-19.
"Oleh itu, pesakit yang menghidapi penyakit kencing manis perlu menjaga kesihatan dengan baik terutamanya dalam memastikan stok ubat mencukupi dan mengambil rawatan yang diberikan doktor untuk memastikan kandungan gula dalam badan terkawal," jelasnya.

Di samping itu juga perlu mengawal pengambilan makanan terutamanya yang mengandungi kadar gula atau karbohidrat yang tinggi. Selain itu, praktikkan juga penjarakan sosial dan penjagaan kebersihan. Ini adalah sangat penting untuk mengelak dari terkena jangkitan kerana mencegah lebih baik dari merawat.

Di Malaysia, rekod kematian sehingga 21 April adalah 92 orang dengan rekod positif keseluruhan 5,483 kes.

health-articles-dr-muhammad-shahruddin-icon.png

Dr. Muhammad Bin Shahruddin
Consultant Internal Medicine Physician
Columbia Asia Hospital - Puchong

Bachelor Of Medicine & Bachelor Of Surgery (MBBS), Doctor of Internal Medicine (UKM), CIMA (NIOSH)
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register