BTC USD 118,359 Gold USD 3,350.53
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penghargaan PM New Zealand, Khairul Aming Jadi Pilihan Pegang Jawatan Exco Pelancongan

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
68,970
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
68,970
Reaction score
7,499
Points
916
Awards
1
20.09.2024 - Pempengaruh media sosial, Khairul Aming sekali lagi mencuri tumpuan apabila menerima surat penghargaan daripada Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon pada Khamis. Khairul Aming atau nama sebenarnya, Khairul Amin Kamarulzaman, 32, berkongsi kegembiraan itu susulan ucapan diterima daripada Luxon yang amat mengagumi bakat dimiliki anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu.

"Terima kasih kerana meluangkan masa untuk menyediakan roti jala dan cendol serta menyajikan hidangan tempatan yang lazat. Saya dapati video sarapan kita sudah mencecah lapan juta tontonan di Instagram dalam beberapa hari. Saya tahu itu adalah pencapaian yang luar biasa. Industri pelancongan New Zealand pastinya menghargai usaha anda selepas mendengar refleksi itu secara langsung,” kata surat yang dikongsi Khairul Aming.

Rata-rata warganet memuji kejayaan dikecapi pempengaruh itu dan ada yang mencadangkan agar Khairul Aming dicalonkan sebagai Menteri Exco Pelancongan negara.

"Lets go Exco Pelancongan," kata seorang pempengaruh Azfarheri.
"Sebak dan terharu baca surat ni, tahniah dan terima kasih Khairul Aming mengharumkan nama Malaysia di mata dunia, mohon diberi pangkat Datuk lepas ni," ujar Hannydvd.
"Tahniah Khairul Aming, buat sesuatu magis penuh nostalgia untuk semua, masakan yang memukau, sentuhan rakaman dan suara latar yang sangat sempurna," tambah usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida.
"Ini memang satu perkara yang membanggakan, tahniah Khairul Aming, calon paling sesuai diangkat sebagai menteri pelancongan satu hari nanti, teruskan buat Malaysia bangga dengan apa yang anda minati," kata
Hairi Umar.

Terdahulu, Khairul Aming menyambut kedatangan Luxon di restoran Hidang Kuala Lumpur dan menyediakan hidangan sarapan popular negara iaitu roti jala air dan teh tarik pada 3 September lalu. Lebih dikenali dengan siri video memasak di bulan Ramadan berjudul '30 hari 30 resepi', Khairul Aming kini beralih ke video masakan sambil melancong ke New Zealand dan telah meraih 30 juta tontonan di platform TikTok dan Instagram setakat ini.
1726816105795.png
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register