Penghantar barang ditahan 'carut' anggota JPJ, polis

CG Sponsors




hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,843
Reaction score
213
Points
33
GAMBAR HIASAN


Kangar: Berang disaman kerana tidak memakai tali pinggang keledar, seorang penghantar barang direman sehari selepas ditahan kerana mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Dalam kejadian jam 10 pagi semalam itu, lelaki berusia 25 tahun itu dilaporkan melalui sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Dato Wan Ahmad, di sini.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superitendan Wari Kiew berkata, SJR itu dilakukan oleh polis dan anggota JPJ sempena Op Covid-19.

"Ketika penugasan sedang dilakukan, suspek yang memandu kereta Perodua Kancil didapati tidak memakai tali pinggang keledar sebelum diarah memberhentikan kenderaannya.

"Anggota JPJ kemudian mengeluarkan notis saman atas kesalahan dilakukan suspek," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, suspek yang marah mulanya enggan menandatangani notis saman dikeluarkan itu.

"Dia kemudian mengeluarkan kata kesat terhadap anggota polis dan JPJ yang sedang bertugas. Suspek kemudian ditahan anggota polis," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM10,000, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


== hmetro
 
Sponsored Post

hellspermaster

Active+ Member
Joined
Aug 23, 2013
Messages
2,958
Reaction score
83
Points
45
Padan muka. Ketegaq x mau pakai tali pinggang. Nnti eksiden, mati mcm eksiden 2 3 hari lepas baru reti. Nanggoi.
 

nokia3210

Active Member
Joined
Sep 6, 2012
Messages
2,460
Reaction score
371
Points
46
dah terang2 buat salah, terima je la saman tu.. jenis gedebe tak bertempat..tak pasal2 tido lokap..rugi masa,tenaga dan wang..
 

redcloud

Active+ Member
Joined
Mar 13, 2009
Messages
2,510
Reaction score
220
Points
43
mulut takdak insurans macam tu la..
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,350
Reaction score
1,991
Points
201
Mintak maap je
Settle tepi senang

dato pun bole
 
Sponsored Post
Top
Log in Register