BTC USD 82,569.4 Gold USD 2,986.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
42,084
Joined
Apr 15, 2012
Messages
42,084
Reaction score
4,394
Points
266
Awards
1
habbatussauda-atau-jintan-hitam.jpg



Pengamalan sunnah Nabi Muhammad SAW merupakan lambang keimanan seseorang Muslim. Sunnah baginda SAW diamalkan dengan keyakinan bahawa terdapatnya keberkatan dan manfaat yang dibawa oleh sunnah itu kepada kehidupan.

Sunnah baginda SAW adalah elemen penting yang menjadi panduan dalam aspek kehidupan Muslim. Ia sesuai dengan sabda baginda SAW yang bermaksud, “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selagi mana kamu berpegang dengannya iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnah Nabi-Nya (sunnah Nabi SAW)(Riwayat Malik, Hadis 1594).”

Gaya hidup masyarakat Muslim banyak didorong oleh sunnah Nabi SAW. Sebagai contoh, ia dapat dilihat dalam aspek penjagaan kesihatan. Masyarakat Muslim banyak merujuk kepada sunnah baginda SAW dalam hal ehwal merawat penyakit kerana di samping dapat meraih pahala, ia turut membawa manfaat kesihatan.

Salah satu sunnah yang biasa dirujuk oleh masyarakat Muslim apabila mengalami masalah kesihatan ialah sunnah berkaitan habbatus sauda’. Maksud hadis berkaitan habbatus sauda’ berbunyi: “Pada habbatus sauda itu ada penawar bagi segala penyakit kecuali mati (Sahih Bukhari, Kitab al-Tibb, hadis 5688; dan Sahih Muslim, Kitab al-Salam, hadis 2215).”

Namun, kefahaman terhadap hadis tersebut perlulah melalui kaedah yang betul. Salah faham berlaku apabila masyarakat memahami secara literal terhadap terjemahan hadis. Berlaku salah faham berhubung ungkapan “penawar segala penyakit” yang digunakan dalam hadis berkenaan sehingga masyarakat beranggapan bahawa habbatus sauda’ pengubat kepada segala penyakit kecuali mati.

Hal ini menjadi lebih buruk apabila wujud pihak berkepentingan menggunakan kefahaman yang tidak tepat ini untuk melariskan penjualan habbatus sauda’. Bahkan, kerap kali berlaku dakwaan bahawa produk kesihatan yang mengandungi habbatus sauda’ berupaya mengubati segala penyakit dengan berhujahkan hadis tersebut.

Dalam isu ini, adalah penting untuk sekurang-kurangnya merujuk huraian tentang sesuatu hadis yang ditulis oleh alim ulama. Hal ini kerana keupayaan masyarakat awam untuk mentafsir sesuatu hadis dengan ruang lingkup ilmu yang dimiliki adalah terhad. Rujukan kepada huraian ulama dapat mengelakkan daripada timbul tafsiran yang tidak tepat.

Ulama menghuraikan hadis beruhubung habbatus sauda’ dengan menyatakan bahawa terdapat banyak manfaat pada habbatus sauda’ yang mampu mengubati penyakit-penyakit. Kitab Fathul Bari oleh Ibn Hajar al-Asqalani, iaitu huraian kepada Sahih Bukhari menyebutkan beberapa kegunaan habbatus sauda’ sebagai penawar.

Antaranya ialah apabila ia dihancurkan menjadi serbuk dan dibalut dengan kain, kemudian dihidu aromanya, boleh membantu orang yang mengalami selsema akibat cuaca sejuk. Selain itu, turut disebutkan bahawa sekiranya habbatus sauda’ dimasak bersama-sama cuka, kemudian digunakan untuk berkumur, ia dapat membantu melegakan sakit gigi.

Contoh-contoh kegunaan seperti dalam kitab syarah yang dinyatakan menunjukkan bahawa terdapat banyak manfaat kesihatan pada habbatus sauda’. Namun, ia tidak bermaksud habbatus sauda’ adalah ubat kepada semua penyakit di dunia ini.

Dalam hal ini, terdapat beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian. Antaranya ialah mendalami dan memahami lafaz-lafaz yang digunakan dalam hadis berkenaan habbatus sauda’ ini berpandukan ilmu usul al-fiqh.

Ibn Hajar al-Asqalani dalam Kitab Fathul Bari, syarah kepada Sahih Bukhari menukilkan bahawa Imam al-Khattabi menerangkan bahawa ungkapan “penawar segala penyakit” merupakan lafaz umum yang membawa maksud yang khusus. Penggunaan maksud yang khusus adalah tepat kerana menurut Imam al-Khattabi tidak ada satu pun tumbuhan yang diciptakan oleh Allah SWT di dunia ini yang terkumpul di dalamnya semua manfaat bagi tujuan perubatan.

Kefahaman khusus yang sepatutnya diambil ialah habbatus sauda’ bermanfaat sebagai penawar bagi segala penyakit yang dilihat sesuai diubati dengannya. Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fathul Bari dan Imam al-Nawawi dalam Syarah Al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim memperincikan dengan lebih lanjut tentang maksud “penyakit yang sesuai diubati dengannya.” Ia bermaksud bahawa habbatus sauda’ secara khususnya sesuai untuk mengubati penyakit-penyakit yang timbul kerana cuaca sejuk dan tidak berkesan untuk penyakit-penyakit yang timbul disebabkan cuaca panas, misalnya.

Pengkhususan keberkesanan habbatus sauda’ untuk penyakit-penyakit “sejuk” dan pengecualian keberkesanannya untuk penyakit-penyakit “panas” dalam penulisan ulama menunjukkan bahawa terdapat limitasi pada kegunaan habbatus sauda’. Sehubungan itu, kefahaman bahawa habbatus sauda’ adalah ubat kepada segala penyakit di dunia ini adalah tidak tepat.

Imam al-Nawawi turut menjelaskan bahawa penyakit-penyakit yang muncul akibat keadaan yang sejuk merupakan penyakit-penyakit yang biasa dalam kalangan masyarakat sekitar baginda SAW pada zaman itu. Kerana itulah hadis tentang habbatus sauda’ menggambarkan bahawa banyak manfaat boleh diperoleh daripadanya kerana ia berupaya mengubati pelbagai jenis penyakit yang biasa pada masa tersebut.

Tidak dapat dinafikan bahawa sememangnya habbatus sauda’ mempunyai faedah yang banyak. Baginda SAW menyebutkan tentang kebaikannya dalam sunnah baginda adalah untuk manfaat awam. Kajian saintifik pada masa kini juga menunjukkan terdapat potensi-potensi kegunaan habbatus sauda’ sebagai ubat untuk masalah-masalah kesihatan yang tertentu.

Meskipun banyak manfaatnya, masyarakat awam tidak boleh mengambil kefahaman bahawa habbatus sauda’ adalah ubat kepada segala macam penyakit di dunia ini secara literal kerana ia adalah kefahaman yang tidak tepat.

Masyarakat tidak dihalang daripada berikhtiar untuk berubat dengan menggunakan habbatus sauda’ terutamanya apabila mengikut kadar tertentu dan menggunakan cara tertentu bagi mengubati sesuatu penyakit tertentu seperti yang pernah diamalkan suatu masa dahulu.

Perkara yang perlu sentiasa diwaspadakan dan dielakkan ialah menggunakan sesuatu produk kesihatan di pasaran yang mengandungi habbatus sauda’ dengan harapan dapat mengubati semua jenis penyakit yang dialami. Ia merupakan suatu bentuk usaha dan tawakkal yang tidak tepat.

Usaha melalui konsultasi dan nasihat daripada ahli perubatan perlulah didahulukan kerana ilmu mereka lebih diyakini. Tawakkal yang didahului dengan usaha yang lebih diyakini adalah lebih tinggi nilainya di sisi Islam. Hal ini bertepatan dengan amalan Nabi Muhammad SAW sepertimana baginda menyerahkan urusan teknik menanam kurma kepada mereka yang berkemahiran tentangnya dengan menyatakan bahawa: “Kalian lebih mengetahui urusan dunia kalian (Sahih Muslim, Kitab Fadail, Hadis 2363).”

sumber - http://www.ikim.gov.my/new-wp/index.php/2019/07/15/habbatus-sauda-penawar-penyakit/
 
Sponsored Post

Kebaikan Habbatus Sauda. Patutlah Islam Menggalakkan Memakannya
September 22, 2019 Staf KM 1 Hiburan 0

kebaikan-habbatus-sauda-patutlah-islam-menggalakkan-memakannya_5d86fb30d2017-678x381.jpeg


Apa Itu Habbatussauda?

Di negara barat, tumbuhan ini dikenali sebagai blackseed, black caraway, natura seed, black cumin, love-in-the-mist, nutmeg flower. Di Malaysia pula ia dipanggil jintan hitam, biji bunga adas, biji bawang, ketumbar Rom dan lain-lain. Manakala di Arab Saudi, ia dikenali dengan nama habbatul barakah. Seterusnya di Turki, ia dipanggil dengan nama corek out dan di India, ia digelar kalonji.

Apa jua namanya, ia masih tetap merujuk kepada satu jenis tumbuhan herba ini iaitu habbatussauda atau nama saintifiknya, Nigella Sativa yang memiliki pelbagai khasiat. Ia banyak digunakan dalam masakan India dan Timur Tengah.

Khasiat Habbatussauda

Biji habbatussauda yang berbentuk segitiga dan berwarna hitam ini memiliki aroma yang sangat unik dan di dalamnya terdapat kandungan minyak yang berkhasiat. Antara manfaat atau kebaikan habbatussauda adalah seperti berikut:
Ia bersifat antibakteria.
Dapat mengatasi p3nyakit diabetes atau kencing manis.
Dapat menstabilkan kadar gula di dalam tubuh.
Dapat meningkatkan sistem ketahanan tubuh badan.
Dapat membantu melancarkan pembuangan angin dari dalam tubuh dan menghangatkan badan sehingga dapat mencegah kemasukan angin ke dalam tubuh.
Dapat mengatasi sakit perut, cirit-birit, sembelit, kembung perut dan melancarkan sistem pencernaan tubuh badan.
Membantu mencegah dan membunuh perkembangan sel kanser di dalam tubuh (antikanser).


kebaikan-habbatus-sauda-patutlah-islam-menggalakkan-memakannya_5d86fb314ae51.jpeg


Mampu mengurangkan tekanan darah tinggi, meningkatkan kesihatan hati dan mencegah kerosakan hati.
Membantu meningkatkan daya ingatan dan perkembangan otak.
Merawat p3nyakit asma, demam dan masalah kulit (ekzema, radang dan kemerahan).
Dan, banyak lagi khasiatnya…

Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda;

“Pada habbatussauda itu terdapat syifaa’ (penawar) bagi segala p3nyakit, melainkan as-Saam (mati).”
– Hadis Riwayat Sahih Al-Bukhari dan Muslim.

Cara Pengambilan Habbatussauda

Di pasaran, habbatussauda ini dijual dalam pelbagai bentuk sama ada berbentuk biji atau kapsul minyak. Terpulang kepada kita untuk mengambil dalam bentuk mana sekalipun kerana keduanya memiliki khasiat dan dari sumber yang sama.
Cara memakan habbatussauda pula juga mengikut tujuan, contohnya untuk melancarkan peredaran darah, kencing manis atau batu karang, biji habbatussauda itu ditumbuk dan campurkan dengan madu berserta air hangat, kemudian diminum setiap hari.

Hati-hati Penggunaan Habbatussauda Untuk Ibu Mengandung

Walaupun habbatussauda mempunyai pelbagai khasiat penting untuk tubuh dan kesihatan badan manusia, tetapi tumbuhan herba ini tidak sesuai untuk ibu yang hamil, lebih-lebih lagi pada usia kandungan yang terlalu awal kerana bimbang akan menganggu kesihatan janin yang terdapat di dalam kandungan tersebut. Ini kerana, kandungan biji jintan hitam itu akan memberi kesan panas pada tubuh.

Dan, kepada mereka yang mempunyai p3nyakit kr1t1kal sebaiknya berbincang dan mengambil nasihat doktor terlebih dahulu sebelum berhajat untuk mengamalkan pemakanan sunnah habbatussauda ini.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca semua. Wallahua’lam

sumber - https://www.khalifahmedia.bbn.my/20...sauda-patutlah-islam-menggalakkan-memakannya/
 
aku duk amal habbatussauda jenis kapsul..

cuma x semua orang serasi..
tambah² if org perempuan..

___

kesan dia cepat lapar.. 🤭
so untuk kes diet bagai.. mmg x digalakkan..

membantu dlm meningkatkan immune badan..

overall aku test.. mmg baik..
makan time malam..
teros tido.. bgun pagi cergas..

cuma tu la cepat lapar..
 
aku duk amal habbatussauda jenis kapsul..

cuma x semua orang serasi..
tambah² if org perempuan..

___

kesan dia cepat lapar.. 🤭
so untuk kes diet bagai.. mmg x digalakkan..

membantu dlm meningkatkan immune badan..

overall aku test.. mmg baik..
makan time malam..
teros tido.. bgun pagi cergas..

cuma tu la cepat lapar..

betul bro. den sblm tido mlm mkn myk zaitun, madu. habatussauda amal sbg campuran dlm mskn spt sup sayur etc.

bangun pagi2 subuh2 dah lapar terketar2... ntah2 sbb aku gemuk kot ekekekeeke
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register