BTC USD 27,825.4 Gold USD 1,959.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengguna TikTok dakwa SPRM tawar RM10 juta kepada Wan Saiful berdepan tindakan undang undang

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
130,359
Paid Membership
Top Poster #4
Joined
Jun 3, 2013
Messages
130,359
Reaction score
22,479
Points
2,866
Awards
1
885beacd463c43195ae13650aeb781f2.jpg


Wan Saiful’s alleged research officer charged
Hidir Reduan Abdul Rashid
Published: Mar 7, 2023 10:00 AM

Updated: 10:06 AM



Former Bersatu information chief Wan Saiful Wan Jan’s alleged research officer was hauled to court today over purported obstruction of MACC investigation.

Mohamad Shafiq Abdul Halim, 32, pleaded not guilty before the Kuala Lumpur Sessions Court over a charge...
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
130,359
Paid Membership
Top Poster #4
Joined
Jun 3, 2013
Messages
130,359
Reaction score
22,479
Points
2,866
Awards
1
Ia berhubung dakwaannya SPRM menawarkan RM10 juta kepada Wan Saiful sebagai pertukaran untuk menganiayai Muhyiddin Yassin. https://cstu.io/e442df

885beacd463c43195ae13650aeb781f2.jpg




Individu didakwa pegawai Wan Saiful diheret ke mahkamah


Diterbitkan: Mar 7, 2023 11:42 AM

Dikemaskini: 11:42 AM




Individu yang didakwa merupakan pegawai penyelidik untuk Wan Saiful Wan Jan diheret ke mahkamah atas dakwaan menggangu siasatan SPRM.

Mohamad Shafiq Abdul Halim, 32, mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan mengikut Seksyen 48(c) Akta SPRM 2009, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Dia sebelum ini ditahan SPRM selepas mendakwa SPRM menawarkan RM10 juta kepada Wan Saiful sebagai pertukaran untuk menganiayai bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin dalam kes rasuah

Ketika prosiding di depan hakim Suzana Hussin hari ini, Shafiq didakwa gagal mematuhi arahan untuk hadir ke pertemuan dengan Penolong Penguasa SPRM Shahidan Muhammad Saparudin agar keterangannya diambil, sebagai sebahagian daripada siasatan.




Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum denda tidak lebih RM10,000, penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Timbalan pendakwa raya Ahmad Akram Gharib memohon agar ikat jamin ditetapkan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin, dengan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah, sementara kes berjalan.



bcc8c6c74a2c8fb9984d58cf06d62351.jpg
Wan Saiful Wan Jan

Dia juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah larang suara bagi mengelakkan Shafiq daripada membuat kenyataan secara terbuka berkenaan kes itu, sementara kes berjalan.

Peguam Chetan Jethwani yang mewakili Shafiq, berkata sementara pembelaan setuju dengan ikat jamin RM10,000 dan pasport anak guamnya diserahkan kepada mahkamah, mereka membantah permohonan untuk perintah larang suara dikenakan.




Chetan berkata pihak pendakwaan sebaliknya perlu membuat permohonan bertulis rasmi berkenaan perkara itu, agar pihaknya boleh meneliti dan membalasnya.

Suzana kemudian menetapkan Shafiq dikenakan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin, serta mengarahkannya untuk menyerahkan pasport esok.

Pada 21 Februari lalu, Wan Saiful yang merupakan bekas ketua penerangan Bersatu dihadapkan dengan dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta membabitkan projek Jana Wibawa bernilai RM232 juta pada tahun lalu.
Dia yang mengaku tidak bersalah mendakwa pertuduhan itu sebagai pendakwaan terpilih dan bermotif politik.
 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
130,359
Paid Membership
Top Poster #4
Joined
Jun 3, 2013
Messages
130,359
Reaction score
22,479
Points
2,866
Awards
1
Shafiq Abdul Halim mengaku tidak bersalah atas dakwaan gagal hadir di pejabat SPRM berhubung siasatan terhadapnya.

Penyelidik Wan Saiful didakwa kerana gagal hadir ke SPRM​

Shafiq Abdul Halim mengaku tidak bersalah atas dakwaan gagal hadir di pejabat SPRM berhubung siasatan terhadapnya.

07 Mar 2023, 11:16am


9464b4ed-shafiq-abdul-halim-fb-070323-1.jpg
Shafiq Abdul Halim didakwa tidak mematuhi arahan SPRM untuk hadir ke pejabat anti rasuah bagi merakam kenyataannya. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: Seorang penyelidik bebas kepada Wan Saiful Wan Jan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan didakwa gagal hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan terhadapnya.

Shafiq Abdul Halim didakwa mengikut Seksyen 48(c) Akta SPRM, di mana dia dituduh tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pegawai SPRM, Shahidan Saparudin untuk hadir ke pejabat anti rasuah untuk direkodkan keterangannya.



Kesalahan itu didakwa berlaku pada 3 Mac.

Jika sabit kesalahan, Shafiq boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

Hakim Suzana Hussin membenarkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan Shafiq menyerahkan pasportnya kepada mahkamah sementara menunggu kes selesai.





Mahkamah menetapkan 7 April untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib menggesa mahkamah mengeluarkan perintah larangan (gag order) terhadap Shafiq, bagi menghalangnya daripada membuat sebarang kenyataan mengenai kes mahkamahnya.

Bagaimanapun, peguam Shafiq, Chetan Jetwani membantah permohonan perintah gag itu, berkata perintah yang diminta oleh pihak pendakwaan adalah terlalu kabur.

Suzana kemudiannya memberitahu pihak pendakwaan untuk memfailkan permohonan rasmi bagi perintah larangan itu.

Minggu lalu, Shafiq ditahan SPRM kerana didakwa menghalang siasatan.

Penahanan Shafiq dibuat selepas dia mendakwa dalam video Tiktok, SPRM menawarkan Wan Saiful RM10 juta untuk mengubah kenyataannya kepada pihak berkuasa dan mengaitkan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dalam kes rasuah.

Shafiq kemudiannya memohon maaf kepada SPRM, mengatakan dia telah “tersalah cakap” dan mendakwa video TikTok itu telah disunting oleh cybertroopers Pakatan Harapan.

Wan Saiful, merupakan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, dibicarakan bulan lepas atas dua pertuduhan rasuah berhubung program Jana Wibawa.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
405,489
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
405,489
Reaction score
28,236
Points
2,836
Awards
2

Pegawai penyelidik dakwa SPRM tawar RM10 juta dihadap ke mahkamah​

07 Mac 2023 12:10pm

2118039.jpg


Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Seorang pegawai penyelidik yang membuat dakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menawarkan RM10 juta kepada bekas Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa.

Mohamad Shafiq Abdul Halim, 32, yang juga pemerhati politik didakwa atas pertuduhan gagal mematuhi perintah menghadirkan diri untuk diperiksa secara lisan berhubung kes yang disiasat SPRM.

Beliau mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Mohamad Shafiq didakwa melakukan kesalahan itu di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya pada 3 Mac lepas mengikut Seksyen 48(c) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 69 akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan melaporkan diri di pejabat SPRM sebulan sekali.

"Pihak pendakwaan juga memohon mahkamah supaya mengeluarkan satu perintah larangan agar tertuduh tidak membuat sebarang komen atau ulasan bersifat subjudis terhadap pertuduhan yang dihadapi tertuduh,” katanya.

Peguam Chetan Jethwani yang mewakili tertuduh membantah permohonan pendakwaan berhubung perintah larangan tersebut dengan alasan ia agak keterlaluan kerana hanya mahkamah yang akan menentukan isu subjudis.

"Kes ini sudah mendapat perhatian media dan jika pendakwaan bercadang memohon perintah larangan itu, ia perlu dibuat secara permohonan rasmi di mahkamah,” katanya.

Suzana bersetuju dengan pembelaan supaya pihak pendakwaan memfailkan permohonan secara rasmi.

Beliau membenarkan Mohamad Shafiq diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan melaporkan diri sebulan sekali di pejabat SPRM berdekatan selain pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai dan menetapkan 7 April untuk sebutan kes.

Sebelum ini media melaporkan, seorang pegawai penyelidik ditahan SPRM dan dia dikatakan mendakwa SPRM menawarkan RM10 juta kepada Wan Saiful untuk menukar kenyataan bagi menganiayai bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebelum ini satu video berdurasi 44 saat yang tersebar di Twitter memaparkan seorang lelaki mendakwa RM10 juta ditawarkan SPRM kepada Wan Saiful. - Bernama


 
Sponsored Post

Top
Log in Register