BTC USD 27,825.6 Gold USD 1,960.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengguna TikTok dakwa SPRM tawar RM10 juta kepada Wan Saiful berdepan tindakan undang undang

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
130,359
Paid Membership
Top Poster #4
Joined
Jun 3, 2013
Messages
130,359
Reaction score
22,479
Points
2,866
Awards
1

21 Feb 2023, 9:56pm

Pengguna TikTok dakwa SPRM tawar RM10 juta kepada Wan Saiful berdepan tindakan undang undang​

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan seorang pengguna TikTok bahawa ia menawarkan RM10 juta kepada Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, untuk menjadi saksi bagi mendakwa presidennya, Muhyiddin Yassin.
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
130,359
Paid Membership
Top Poster #4
Joined
Jun 3, 2013
Messages
130,359
Reaction score
22,479
Points
2,866
Awards
1

Dakwaan tawar RM10 juta kepada Wan Saiful, pengguna TikTok mohon maaf kepada SPRM​

Mohamad Shafiq Abdul Halim membuat tuduhan itu dalam satu video ringkas di TikTok selepas Wan Saiful pagi tadi didakwa di mahkamah atas tuduhan menerima rasuah berkaitan inisiatif Jana Wibawa.

FMT Reporters - 22 Feb 2023, 12:25am


e22fb608-wan-saiful-wan-jan-210223-9.jpg
Wan Saiful Wan Jan didakwa di mahkamah atas tuduhan menerima rasuah hampir RM7 juta berkaitan inisiatif Jana Wibawa.

PETALING JAYA: Seorang pengguna TikTok memohon maaf kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan ia menawarkan RM10 juta kepada Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, untuk menjadi saksi bagi mendakwa presidennya, Muhyiddin Yassin.

Dakwaan itu dalam satu video ringkas di TikTok hari ini. Wan Saiful pagi tadi didakwa di mahkamah atas tuduhan menerima rasuah berkaitan inisiatif Jana Wibawa.



Mohamad Shafiq Abdul Halim dalam kenyataan di Facebook berkata dakwaan itu hanyalah berdasarkan khabar angin semasa di mahkamah, bahawa SPRM menawarkan RM10 juta kepada Wan Saiful untuk menukar kenyataan bagi menganiayai Muhyiddin.

Kata Shafiq, video itu juga sudah disunting dan disebarkan untuk menunjukkan dia hanya menyebut hanya SPRM menawarkan RM10 juta kepada Wan Saiful.

“Saya tidak berniat menuduh mana-mana pihak termasuk Azam Baki (ketua pesuruhjaya SPRM).




“Live di TikTok Mohamad Shafiq petang tadi adalah reaksi kepada fitnah jahat yang dibuat oleh cyber troopers Pakatan Harapan seperti lampiran yang seolah-olah menjadi hakim dalam mengesahkan Wan Saiful meminta dan menerima rasuah,” katanya.

Terdahulu Azam menafikan dakwaan seorang pengguna TikTok bahawa SPRM menawarkan RM10 juta kepada Wan Saiful untuk menjadi saksi bagi mendakwa Muhyiddin.

Beliau berkata dakwaan itu sebagai fitnah dan tindakan undang-undang akan diambil.

Azam ketika dihubungi FMT memaklumkan SPRM tetap akan meneruskan laporan polis kepada individu tersebut.
“Pihak kami akan teruskan (lapor polis),” katanya ringkas.

Terdahulu, Wan Saiful minta dibicarakan selepas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan menerima rasuah hampir RM7 juta berkaitan inisiatif Jana Wibawa.

Beliau juga mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan meminta suapan melibatkan projek bernilai RM232 juta berkait inisiatif berkenaan.
 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
130,359
Paid Membership
Top Poster #4
Joined
Jun 3, 2013
Messages
130,359
Reaction score
22,479
Points
2,866
Awards
1
730eb4633feac88e1933f09d60c9ffa4.jpg




Fitnah - SPRM nafi tawar Wan Saiful RM10 juta untuk aniaya Muhyiddin

Diterbitkan: Feb 21, 2023 10:02 PM

Dikemaskini: Feb 22, 2023 12:03 AM



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan menawarkan RM10 juta kepada Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan sebagai pertukaran untuk menganiayai bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin dalam kes rasuah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengecam seorang individu, yang mendakwa dirinya penyelidik bebas untuk Wan Saiful, membuat tuduhan itu melalui klip video 44 saat yang dimuat naik ke TikTok.

“Manusia beginilah yang merosakkan kepercayaan masyarakat kepada SPRM,” katanya seperti dipetik FMT.
Azam berkata tindakan undang-undang akan diambil ke atas individu terbabit kerana memfitnah.




Minta sahkan khabar angin
Dalam perkembangan berkaitan, seorang individu Mohamad Shafiq Abdul Halim menulis permohonan maaf kepada SPRM.

Menurutnya, dia telah tersilap cakap selepas laskar siber Pakatan Harapan memprovokasinya dengan meninggalkan komen semasa strim langsung TikToknya, dan video yang dihasilkan telah diedit untuk membuatkan seolah-olah dia membuat dakwaan terhadap SPRM.

Dakwaan itu hanyalah khabar angin yang ingin disahkannya kepada Wan Saiful.


ea4e0b52741fa54756cca3d43f7003dd.jpg

"Saya tidak berniat menuduh mana-mana pihak termasuk Tan Sri Azam Baki dimana video tersebut telah dipotong oleh cyber troopers Pakatan Harapan dan disebarkan seolah-olah saya hanya menyebut SPRM menawarkan RM10 juta kepada Datuk Wan Saiful Wan Jan," tulis Mohamad Shafiq pada satu hantaran di Facebook.

Awal hari ini, Wan Saiful didakwa dengan dua pertuduhan rasuah berhubung program Jana Wibawa; pertama kerana meminta rasuah dalam jumlah yang tidak ditentukan dan kedua kerana menerima rasuah RM6.96 juta antara 8 Julai 2022 dan 30 Sept 2022.

Bagaimanapun, Wan Saiful melahirkan rasa kesal terhadap dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah RM6.9 juta terhadapnya, berkata pertuduhan itu tidak sepatutnya difailkan.
 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
130,359
Paid Membership
Top Poster #4
Joined
Jun 3, 2013
Messages
130,359
Reaction score
22,479
Points
2,866
Awards
1
ni dari RPK

Peguam Negara Menghadapi Kesukaran Nak Charge Muhyiddin​



By Raja Petra Kamarudin On Feb 21, 2023




Muhyiddin-1.jpg

Peguam Negara menghadapi kesukaran nak charge Muhyiddin







JKMC


· 13j ·

SPRM kena jawab adakah benar dakwaan ini? Ini amat membimbangkan dan mendedahkan SPRM kepada persepsi yang tidak baik. Ia juga menguatkan andaian sesetengah pihak bahawa tindakan pendakwaan terpilih yang bermotif politik.

332296746_2347072532135610_4981117771463332056_n.jpg
 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
130,359
Paid Membership
Top Poster #4
Joined
Jun 3, 2013
Messages
130,359
Reaction score
22,479
Points
2,866
Awards
1
berita sekerat

Tawar RM10 juta: SPRM akan panggil Mohamad Syafiq​

SPRM-UiTM-resize-scaled.jpg



  • 22 Februari 2023, 12:53 pm


PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil pemerhati politik, Mohamad Shafiq Abdul Halim berhubung tuduhan yang dilemparkannya terhadap suruhanjaya itu yang kononnya menawarkan RM10 juta kepada Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan. Mengesahkan perkara itu kepada Utusan Malaysia, Tan Sri Azam Baki berkata, SPRM akan meneruskan siasatan terhadap Mohamad Syafiq meskipun permohonan…
 
Sponsored Post

Top
Log in Register