BTC USD 60,054.2 Gold USD 2,411.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

(Tips & Tricks) Pengguna PS5 Dah Boleh Muat Naik 'Screenshot' Terus Ke Aplikasi, Macam Xbox

soybean

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,223
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,223
Reaction score
4,133
Points
661
Awards
1
PS-Share.jpeg





PlayStation kini mengumumkan yang mereka memperluaskan fungsi berkongsikan media PS5 merangkumi tangkapan layar (screenshot) atau rakaman video secara terus ke awan (cloud) dan kemudian boleh diakses menerusi aplikasi PlayStation.

Fungsi tersebut terdahulu dilancarkan buat pengguna di Amerika Syarikat. Kemudian ia diperluaskan lagi ke Argentina, Bolivia, Brazil, Kanada, Chile, Colombia, Ecuador, El Salvador, Guatamela, Jepun, Mexico, Nicaragua, Panama, Paraguay, Peru dan Uruguay.

Bagaimanapun menurut PlayStation, beberapa negara lain (mungkin termasuk Malaysia) bakal menerimanya juga nanti pada bulan hadapan.

Ciri ini memang memudahkan di mana pengguna boleh terus melakukan tangkapan layar dari permainan terbaharu Horizon Forbidden West misalnya. Seterusnya, buka aplikasi PlayStation yang dimuat turun dari Play Store atau App Store dan tangkapan layar tersebut akan muncul.

Melaluinya, lebih mudah untuk anda berkongsikan detik-detik manis anda ketika memainkan permainan video eksklusif PlayStation.

Tambahan lagi, semua pengguna boleh menikmati fungsi tersebut dan tidak memerlukan langganan PlayStation Plus.

Untuk perkongsian rakaman video (video clip), ia terhad kepada resolusi 1920x1080 dan sehingga 3 minit sahaja.

Xbox-game-capture.jpeg


Sementara bagi pengguna Xbox, ciri seumpamanya telah hadir dan video clip yang dikongsikan juga menawarkan resolusi sehingga 4K HDR (30 saat).
 

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register