BTC USD 60,213.6 Gold USD 2,411.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apple Android Google Pengguna Premium Kini Boleh Cuba Satu Lagi Ciri Baharu Di YouTube

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,593
Joined
Nov 23, 2012
Messages
58,593
Reaction score
6,519
Points
916
Awards
1
YouTube kini menguji satu lagi ciri baharu yang lebih memudahkan pengguna untuk memainkan video pada kelajuan 2x. Ketika ini, di peranti mudah alih, untuk menetapkan kelajuan main balik (playback speed), ianya perlu dilakukan melalui pilihan tetapan yang tersedia di bahagian penjuru kanan. Terbaharu, YouTube menguji cara baharu untuk memainkan video pada kelajuan 2x, terutamanya ketika menonton Podcast dan sebagainya.

Pengguna hanya perlu tekan lama (long press) pada mana-mana bahagian pemain semasa menonton video. Seterusnya, kelajuan main balik video akan ditingkatkan kepada 2x secara automatik, sehingga jari dilepaskan daripada skrin.

Bagaimanapun, jika kelajuan main balik ingin ditingkatkan sepanjang video dimainkan, menetapkannya di bahagian tetapan video adalah lebih baik. Ciri ini sudah pun boleh diuji oleh pengguna Premium sehingga 13 Ogos 2023. Caranya, klik pada bahagian profil, pilih "Your Premium benefits" dan tekan "Try new features". Kemudian klik pada ciri yang ingin diuji. Selain ciri ini, YouTube juga sedang menguji ciri "Lock Screen" dalam tempoh yang sama. Akan tetapi, perlu diketahui, anda hanya boleh mencuba satu ciri dalam satu masa.

1689666528801.png
 

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register