BTC USD 66,098.8 Gold USD 2,401.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Google Pengguna Lapor Isu Kehilangan Fail Google Drive Yang Di Simpan Berbulan-Bulan

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,784
Top Poster #8
Joined
Nov 23, 2012
Messages
58,784
Reaction score
6,532
Points
916
Awards
1
Beberapa pengguna kini melaporkan fail yang disimpan dalam Google Drive telah hilang secara tiba-tiba, secara khususnya bagi mereka yang menggunakan aplikasi Google Drive untuk desktop. Isu yang menjadi trending di forum sokongan Google sejak minggu lepas itu menggambarkan situasi di mana pengguna mendakwa mereka kehilangan data dan perubahan struktur folder. Secara khususnya, seorang pengguna melaporkan fail Google Drive hilang secara tiba-tiba dan kembali kepada keadaan pada Mei 2023. Akan tetapi, fail yang dimuat naik dan/atau selepas Mei 2023 tidak dipaparkan dalam Drive.
1701165757869.png

Log aktiviti pada akaun yang terjejas juga tidak menunjukkan sebarang perubahan terkini, mengesahkan bahawa pengguna sendiri tidak memadamkannya secara tidak sengaja. Beberapa pengguna lain turut melaporkan isu yang sama. Sebilangannya mengatakan bahawa semua fail yang dimuat naik sejak Mei 2023 telah hilang, manakala yang lain berkata masalah ini menjejaskan fail yang dimuat naik sejak setahun atau dua tahun lalu.​
 
Sponsored Post

Apa Yang Perlu Di Lakukan Jika Terjejas?

Wakil Google Drive mengatakan pihaknya sedang menyiasat laporan mengenai isu tersebut. Dalam pada itu, pengguna disarankan untuk tidak menekan "Disconnect account" dalam Google Drive untuk desktop, serta tidak membuat sebarang perubahan pada folder data Google Drive.

Google-Drive.png


Pilihan lain, pengguna juga disyorkan untuk membuat sandaran dengan menyalin (copy) folder data aplikasi di hard drive dan sebagainya.

Sumber asal
Android Authority
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register