Pengguna kesal caj parkir di Hospital PPUM ‘Cekik Darah'

CG Sponsors




kasturi

Legendary Member
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,270
Points
196
26 September 2014




KUALA LUMPUR: ‘Cekik’ darah.. Itulah gambaran yang tepat apabila kadar bayaran parkir di tempat awam di Hospital Perubatan Universiti Malaya (PPUM) didakwa mengenakan caj yang mahal dan tidak menusabah sehingga melahirkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan orang awam.

Terkini, status yang dimuat naik oleh pengguna Facebook menggunakan nama, Rusydi Akmal mula menjadi viral di laman sosial apabila beliau meluahkan perasaan marah terhadap kadar bayaran parkir di hospital terbabit.

Kenyataan Rusydi:

“Hari ini 11 jam (RM23), semalam 17 jam (RM35) dan anggaran 24 jam (RM49). Bapa aku sudah 26 hari kat wad…Kalaulah hari itu tinggal kereta direct 26 hari, sudah RM1248. Korang (Hospital PPUM) dah gila ke apa buat duit mcm ni?
Ni hospital tahu tak bukannya Pavilion.. Sedangkan parking (parkir) kat Hospital Sime Darby, Subang pun kalau tidak silap maksimum charge daily (caj sehari) RM12 je,” luahnya yang turut dipaut ke laman Facebook, Metro Parking.


Status beliau yang kini turut di muat naik di laman Facebook, Sukan Star TV telah disukai oleh ribuan pengikut laman Facebook tersebut. Rata-rata bersetuju dengan luahan Rusydi yang meyifatkan kadar bayaran dikenakan oleh pihak pengurusan di hospital PPUM membebankan orang awam yang berkunjung ke sana.

Sementara itu, salah seorang pengguna Facebook yang mendakwa beliau merupakan salah seorang kakitangan di hospital tersebut turut mengakui bahawa kadar parkir yang dikenakan tidak berbaloi dan terlalu tinggi.

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan kadar bayaran parkir di hospital PPUM telah dinaikkan kepada kadar RM2 sejam dan tiada bayaran maksimum selepas tender diambil alih oleh sebuah syarikat swasta.



 
Last edited:
Sponsored Post

magnesium

Legendary Member
Joined
Apr 18, 2010
Messages
10,544
Reaction score
308
Points
131
Da lama dah ni...

Apa boleh buat nak x nak kena parking juga
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,088
Reaction score
20,952
Points
1,661
mmg gila ah dorang ni. bole kaya jual parking je
 

xor

Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
2,408
Reaction score
100
Points
33
Haritu dtg 3 hari, parahhhhh...

Bagus org ni buat kan isu...
 

forexian

Super Active Member
Joined
Sep 28, 2008
Messages
6,034
Reaction score
61
Points
80
aku pergi dalam sebulan lepas, parking dalam 2jam lebih da kena rm5
 

jumanjimd

Active Member
Joined
May 23, 2011
Messages
1,672
Reaction score
24
Points
25
mcm ni klu, nak lepak lelama g naik cab lg bagus
 

Abdul wahob

Super Active Member
Joined
Dec 26, 2011
Messages
8,038
Reaction score
48
Points
70
bkn parking je ...cas bil ppum pun cekik darah
 
Sponsored Post
Top
Log in Register