Pengguna Grab Singapura & Filipina Boleh Menempah Di Jepun & Timur Tengah

Recommended Brokers


Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
10,191
Reaction score
2,102
Points
226
19.11.2019 - Singapura, Grab hari ini telah memperkenalkan sebuah ciri menarik untuk para pengguna mereka di negara Singapura dan Filipina, dimana mereka boleh menggunakan SuperApp tersebut untuk menempah teksi di negara-negara Jepun dan kawasan Timur Tengah.

Perkhidmatan terbaru ini adalah kerjasama terbaru diantara Grab dan Splyt yang telah membantu Grab untuk mengembangkan sayap perkhidmatan seru-pandu mereka di semua negara-negara di rantau Asia Tenggara.

Kerjasama terbaru ini membolehkan Grab Singapura dan Filipina untuk memudahkan pengguna-pengguna mereka apabila mereka mengembara ke negara-negara tersebut.

Di Jepun, Grab bekerjasama dengan JapanTaxi, manakala di Timur Tengah, pengguna boleh menyeru kenderaan seru-pandu daripada Careem. Pengguna boleh membayar untuk perkhidmatan-perkhidmatan ini menggunakan GrabPay dan mendapatkan mata ganjaran tanpa masalah.

Jika pengguna-pengguna tersebut menghadapi sebarang masalah, Grab turut berkata bahawa mereka boleh menghubungi perkhidmatan pelanggan Grab Singapura ataupun Filipina, dan mereka akan cuba sebarang isu yang mungkin dihadapi mereka.

Lokasi-lokasi dimana pengguna boleh menggunakan aplikasi tersebut boleh dilihat melalui laman web Grab. Buat masa ini, masih tiada pengumuman jika para pengguna daripada Malaysia akan menerima ciri ini.





Berita asal https://www.grab.com/sg/press/others/explore-the-sights-and-sounds-of-japan-and-the-middle-east-with-grab
 
Top
Log in Register