BTC USD 28,251.1 Gold USD 1,941.45
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengguna CIMB Clicks Perlu Hubungi Bank Untuk 'Log In' Pertama Kali

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
41,315
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
41,315
Reaction score
5,106
Points
516
Awards
1
Pengguna CIMB Clicks Perlu Hubungi Bank Untuk 'Log In' Pertama Kali Di Telefon Baru, Kuatkuasa 26.12.2022;

Mulai hari ini iaitu 26 Disember 2022, kesemua pengguna CIMB Clicks dan CIMB OCTO yang log masuk menggunakan peranti baharu perlu mengesahkan diri melalui panggilan ke bank. Ringkasnya, jika anda tukar telefon atau guna telefon baru, maka anda akan perlu telefon pihak Bank terlebih dulu. Ia terpakai pada kedua-dua kategori iaitu pelanggan baru mahupun lama.

Ini adalah untuk memastikan bahawa pemilik akaun yang log masuk CIMB Clicks/CIMB OCTO melalui peranti baharu. Ya, ia merupakan salah satu usaha untuk membanteras kes penipuan yang semakin kerap terjadi sekarang. Apabila anda cuba log masuk, anda perlu menghubungi khidmat pelanggan CMB di talian 03-6204 7788. Selain itu, bank juga akan cuba menghubungi anda dalam masa 24 jam selepas mendapat akses.

Jika anda tidak dapat dihubungi dalam 24 jam atau proses pengesahan tertangguh, maka ID CIMB Clicks anda akan dinyahaktifkan. Sebelum Jun 2023, CIMB merancang untuk menambah baik ciri ini di mana akan mewajibkan pelanggan untuk telefon Bank untuk aktifkan akaun mereka sebelum menggunakannya.
cimb-securetac-tac-768x768.png

Terdahulu, CIMB telah melaksanakan SecureTAC menggantikan TAC melalui SMS untuk transaksi RM100 dan ke atas. Ia juga kelak akan diperluas pada kesemua transaksi di bawah RM100 juga pada masa akan datang. Dalam perkembangan lain, CIMB OCTO ialah aplikasi baharu diperkenal CIMB yang secara peribadi jauh lebih responsif dan mesra pengguna daripada Clicks. Namun, ciri-ciri ditawarkan masih terhad.​

Sumber asal https://www.cimb.com/en/newsroom/20...l-verification-for-first-time-app-logins.html
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
41,315
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
41,315
Reaction score
5,106
Points
516
Awards
1
Sebelum ..

CIMB OCTO MY Kini Sedia Di Muat-Turun, Bakal Ganti CIMBClicks

Aplikasi baharu CIMB Octo MY kini sudah boleh dimuat turun di gedung aplikasi Play Store, App Store dan App Gallery. Bagaimanapun, ini merupakan versi awal dan versi lengkap dan lebih sempurna CIMB Octo MY ini dirancang akan dilepaskan pada seawal Jun 2023. Aplikasi ini kelak akan menggantikan CIMBClicks kelak, sepertimana Maybank dengan MAE dan M2U.

Ciri yang tersedia hari ini;​
  • Akaun dan butiran
  • Pemindahan wangantara akaun sendiri
  • Pemindahan dana untuk parti ketiga
  • DuitNow, DuitNow QR
  • Bayaran pinjaman dan kad
  • JomPay
  • Tambah nilai prabayar
  • Tambah 'Favourite'
Pengguna dinasihatkan terus berkongsi maklum balas dengan pihak CIMB tentang pengalaman mereka menggunakan aplikasi baharu ini agar penambahbaikan dapat dilaksanakan. Dalam CIMB Octo ini, pengguna boleh menyelaraskan butang fungsi mengikut selera mereka pada laman utama.
cimb-octo-my-1-scaled.jpg

Ciri yang akan datang;​
  • Pemindahan wang asing
  • Insights & Recommendations
  • Widget
  • DuitNowQR antara negara
Quick Balance membenarkan sehingga 3 akaun CIMB dipaparkan. Quick Payment pula membolehkan transaksi sehingga RM500 dengan ciri keselamatan seperti biometrik dan passcode. Sejarah transaksi yang diringkaskan pula memaparkan 5 transaki terakhir. Menariknya, walaupun anda bertukar telefon kelak, kustomasi butang dan susunan yang ditetapkan tetap kekal.​
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register