BTC USD 62,076.9 Gold USD 1,807.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penggodam Kripto Di Tawar Kerja Dari Syarikat Yang Di Godamnya

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
32,210
Reaction score
4,197
Points
236
Pada minggu lalu, Poly Network telah mendedahkan bahawa laman sesawang blockchains mereka telah digodam sehingga mengakibatkan berlakunya kecurian mata wang kripto yang berjumlah USD600 juta (RM 2.54 bilion). Malah insiden itu didakwa sebagai insiden kecurian mata wang kripto terbesar dalam sejarah setakat ini. Poly Network adalah platfom yang digunakan bagi menjalankan urusan transaksi matawang kripto menerusi pelbagai blockchains yang berbeza.

Walaubagaimanapun, penggodam tersebut dilaporkan telah mengembalikan semula wang kripto yang dicurinya kepada Poly Network selepas wang kripto yang dicuri itu disekat daripada ditukar dalam bentuk matawang Dolar Amerika (USD). Menjadikan insiden ini lebih menarik, Poly Network dilaporkan telah menawarkan kerja kepada penggodam yang hanya dikenali sebagai Mr. White Hat itu untuk bekerja dengan Poly Network. Jawatan yang ditawarkan adalah Ketua Penasihat Keselamatan kepada Poly Network.

Sebelum ini Poly Network telah menawarkan ganjaran berjumlah USD500,000 kepada penggodam itu tetapi Mr. White Hat telah menolaknya. Namun begitu pihak Poly Network menyatakan mereka tetap akan memindahkan wang ganjaran tersebut kepada Mr. White Hat.


Sumber asal https://www.bbc.com/news/business-58163917
 
Sponsored Post

maxpda

Super Active Member
Joined
Jan 15, 2007
Messages
8,085
Reaction score
359
Points
91
Wang crypto tu disekat tukar kepada usd tu macam mana... Pelik tu..
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
32,210
Reaction score
4,197
Points
236
Wang crypto tu disekat tukar kepada usd tu macam mana... Pelik tu..

penggodam jenis ni buat kerja suka2, tapi syarikat tu minat "expertise" yang dimiliki penggodam tersebut, berguna untuk tahu tahap sekuriti macamana mereka ada ..
 

maxpda

Super Active Member
Joined
Jan 15, 2007
Messages
8,085
Reaction score
359
Points
91
penggodam jenis ni buat kerja suka2, tapi syarikat tu minat "expertise" yang dimiliki penggodam tersebut, berguna untuk tahu tahap sekuriti macamana mereka ada ..
Dia pulang balik sebab tak boleh tukar ke usd... Itu yg saya faham la..
Tapi kot mana pun still dapat 500k usd.. Banyak juga tu... Boleh pencen terus
 

theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
7,585
Reaction score
969
Points
121
Dia pulang balik sebab tak boleh tukar ke usd... Itu yg saya faham la..
Tapi kot mana pun still dapat 500k usd.. Banyak juga tu... Boleh pencen terus
500k usd kat amerika tu mcm 100k kat Malaysia je. Bole la hidup utk 8 tahun kalau x boros.
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
34,287
Reaction score
2,278
Points
201
penggodam jenis ni buat kerja suka2, tapi syarikat tu minat "expertise" yang dimiliki penggodam tersebut, berguna untuk tahu tahap sekuriti macamana mereka ada ..

aku rase bitcoin exhange tak berani nak handle.. sebb so sudden bitcoin masuk sekali banyak... so tak leh cairkan bitcoin tu... so dia return semula
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register