BTC USD 42,872.9 Gold USD 1,748.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PC News Penggodam Guna Helah Terbaru Ini Bagi Sebar Ransomware

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,669
Reaction score
4,162
Points
236
Microsoft telah mengeluarkan amaran kepada para pengguna supaya berhati-hati dengan cubaan terbaru penggodam bagi mengelirukan mereka. Mirosoft menyatakan, kini penggodam menggunakan helah dengan menyamar sebagai pusat panggilan telefon awam bagi menjangkiti komputer awam dengan perisian hasad yang dikenali sebagai BazarLoader.

Pusat panggilan telefon awam yang juga dikenali dengan nama BazarCall itu kini sedang diburu pihak Microsoft kerana ia menyamar sebagai operator dan menipu pengguna supaya mereka memuat turun seterusnya memasang BazarLoader ke dalam komputer mangsanya.

Peringkat awal serangan penggodam adalah bermula dengan menghantar e-mel palsu kepada mangsanya. Mangsa yang terpedaya akan menelefon nombor yang diberikan dan dari situlah penggodam mula menipu mangsanya dengan memberikan panduan untuk memuat turun dan memasang perisian hasad BazarLoader ke dalam komputer mereka.

Kemudian apabila selesai proses memasang perisian hasad itu, penggodam akan mula menjangkiti komputer mangsa dengan ransomware. Microsoft memfokuskan kepada pengguna yang melanggan servis Office 365 di platfom sistem operasi Windows yang kini menjadi sasaran utama penyerang setakat ini.


Sumber asal https://www.zdnet.com/article/micro...tre-to-trick-you-into-downloading-ransomware/
 

CG Sponsors




Top
Log in Register