- Joined
- Jan 11, 2008
- Messages
- 25,111
- Reaction score
- 217
- Points
- 123

Pro Mahasiswa berkumpul meminta penjelasan dari Penggerak Mahasiswa dan HEP.(gambar ehsan amatur)
Kuala Lumpur, 9 Jan - Dalam kesibukan aktivis mahasiswa Universiti Malaya dari kem Pro Mahasiswa mempersiapkan persiapan untuk pilihanraya kampus akan datang, tidak lupa juga persiapan dari kem Aspirasi atau nama barunya Penggerak Mahasiswa.
Kumpulan pelajar yang dimaklumkan sebagai jentera kolej kediaman itu dilihat bersiap-siap dan bergegas berkumpul untuk menaiki bas. Mereka dipercayai akan menuju ke Pulau Tioman untuk menghadiri bengkel calon dan persiapan strategi bagi menghadapi Pilihan Raya Kampus(PRK) akan datang.
Persoalan timbul apabila bengkel calon dan jentera dilaksanakan diluar dari kampus malah diadakan di kawasan peranginan yang memakan perbelanjaan yang besar.
Seramai kira-kira 160 orang jentera dari setiap kolej itu dikejutkan dengan kedatangan aktivis-aktivis mahasiswa Pro Mahasiswa yang mempersoalkan penggunaaan wang dan tanggungan kos program yang akan mereka hadiri.
“Kami mahukan penjelasan daripada Penggerak Mahasiswa dan Hal Ehwal Pelajar berkenaan dengan penggunaan wang bagi melaksanakan program tersebut.HEP dilihat dengan sewenang-wenangnya membelanjakan duit pelajar demi melatih jentera tajaan mereka dalam memenangi pilihanraya kampus, sesuatu yang tidak adil kepada kami.Malah pelbagai lagi masalah perlu diselesaikan dengan menggunakan duit pelajar. Di mana hak kebajikan mahasiswa kampus keseluruhannya?” ujar saudara Norazali Zainuddin, pengerusi Pro Mahasiswa Universiti Malaya merangkap pengerusi Pro Mahasiswa Nasional pagi tadi.
Kumpulan Pro Mahasiswa yang datang membantah sambil membawa sepanduk tertulis “Apa dah jadi dengan RM10000 duit mahasiswa?”
Isu penggunaan dan penyalahgunaan wang mahasiswa semakin antara isu hangat dalam pilihanraya kampus kali ini. Di Universiti Malaya, dipercayai HEP menggunakan lebih RM 80 000 untuk memasang kelengkapan E- Voting, dan bengkel calon yang semestinya menelan belanja yang banyak.
Dilaporkan juga kesan PRK tahun lepas, hutang bagi setiap kolej meningkat mendadak berikutan kos PRK yang terpaksa ditanggung dan memaksa projek-projek kebajikan mahasiswa terpaksa dihentikan.