Penggali kubur terpinga-pinga

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
SHAH ALAM: Seorang penggali kubur terkejut selepas diminta polis membantu pihak berkuasa mengesan anggota badan mangsa kes bunuh membabitkan empat sekeluarga di Gemencheh, Negeri Sembilan, sedangkan pemeriksaan rutin harian di tanah perkuburan itu tidak menemui tanda mencurigakan.

SHAH ALAM: Seorang penggali kubur terkejut selepas diminta polis membantu pihak berkuasa mengesan anggota badan mangsa kes bunuh membabitkan empat sekeluarga di Gemencheh, Negeri Sembilan, sedangkan pemeriksaan rutin harian di tanah perkuburan itu tidak menemui tanda mencurigakan.


Sri Mulyadi Sri Soetarmanto, 45, mendakwa dia didatangi polis kira-kira jam 9 malam kelmarin sebelum disoal berkaitan kes terbabit.


“Saya tak tahu apa-apa mengenai perkara ini. Saya terkejut selepas dipanggil polis supaya datang ke kawasan kubur semalam (kelmarin) untuk bantu siasatan.


“Saya juga ditanya beberapa soalan mengenai kepala mangsa bunuh ditanam atau melihat kelibat orang mencurigakan, tapi saya tak tahu, malah tak ada sesiapa berjumpa saya ketika itu,” katanya di sini, semalam.


Sri Mulyadi yang tinggal di Klang menjadi penjaga Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini sejak 26 tahun lalu berkata, setiap pagi dia membuat rondaan dan membersihkan kawasan itu.


“Malah sepanjang hari itu (kelmarin) saya tak lihat kelibat individu mencurigakan atau adanya benda ditanam tanpa pengetahuan.


“Rondaan biasanya dibuat di kawasan tertentu dan tidak secara menyeluruh termasuk di sekeliling pagar,” katanya yang mendakwa perkara itu pertama kali berlaku sepanjang dia bekerja di situ.


Sementara itu, tinjauan Harian Metro di lokasi kepala mayat ditemui mendapati suspek kes bunuh itu cuba menyembunyikan perbuatannya dengan menanam kepala mangsa di hujung sudut dan agak terlindung, sekali gus menyebabkan ia tidak disedari penjaga kawasan itu.


Kawasan kepala itu ditanam berada di sebelah pagar yang memisahkan kubur kanak-kanak dan kebun sayur bersebelahan.
 
Sponsored Post

miela78

Active+ Member
Joined
Dec 28, 2008
Messages
3,338
Reaction score
74
Points
30
hehehehe..kasihan kawan tu terkejut yer
 

ivy_aku

Super Active Member
Joined
Jan 7, 2009
Messages
7,088
Reaction score
20
Points
65
bagus polis skang ni cekap wat keje
 

anak_jatiperak

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2009
Messages
5,360
Reaction score
6
Points
65
Salam..kesian da..pengali kubor pulak yg dipersalahkan
 

fazarudin

Legendary Member
Joined
Jan 2, 2006
Messages
10,985
Reaction score
258
Points
136
bukan di persalahkan tapi polis kene amik kira semua aspek...semua nak kene siasat betul2...
 

irsaffy

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2007
Messages
42,957
Reaction score
268
Points
131
bukan tukang kubur dipersalahkan..cuma sesi soal siasat jer..seram gak baca berita ni..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register