BTC USD 47,438.3 Gold USD 1,755.82
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengetua direman bantu siasatan cabul, gangguan seksual

hiduprakyat

Super Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
5,288
Reaction score
395
Points
91
GAMBAR hiasan


Kuala Berang: Polis menahan pengetua sebuah sekolah menengah di Hulu Terengganu bagi membantu siasatan kes cabul dan gangguan seksual yang dipercayai berlaku dalam tempoh dua bulan bermula Januari lalu.

Suspek berusia 52 tahun ditahan di rumahnya di Kuala Nerus kira-kira jam 11 malam kelmarin.

Menurut sumber, suspek ditahan susulan laporan polis dibuat empat wanita yang terdiri daripada kakitangan dan pekerja kontrak kebersihan sekolah pada 8 Mac dan semalam.

Katanya, semua mangsa mendakwa suspek menghantar teks berunsur lucah melalui aplikasi WhatsApp selain ada yang dicabul ketika berada di sekolah berkenaan.

"Kejadian dikatakan berlaku daripada awal Januari hingga hujung bulan lalu," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek yang kini direman selama empat hari sehingga 12 Mac depan.

Katanya, suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK) kerana cabul dan Seksyen 509 KK kerana mengaibkan kehormatan.


== hmetro
 
Sponsored Post

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
29,903
Reaction score
2,195
Points
206
Mgkn mslh ni sbb pengetuo terlebih mkn Viagra atau minum kopi misai terlebih dos.

Ekekeke 😁
 

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #3
Joined
Jan 13, 2009
Messages
158,310
Reaction score
21,608
Points
1,671
Bekas pengetua didakwa cabul 3 staf

Kuala Berang: Bekas pengetua sebuah sekolah menengah di Hulu Terengganu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan mencabul tiga kakitangannya.

Tertuduh, Aminuddin [email protected], 53, membuat pengakuan itu ketika lima pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa yang berusia 33 tahun dengan niat untuk mencabul kehormatannya di dalam stor di sebuah sekolah menengah di Hulu Terengganu, jam 2 petang pada Januari lalu.

Tertuduh turut mengulangi kesalahan sama terhadap mangsa sama berhampiran tangga dan di dalam bilik guru di sekolah sama pada 9 pagi dan 3.30 petang, 20 Januari lalu.

Tertuduh turut didakwa melakukan kesalahan sama terhadap dua lagi mangsa 35 dan 44 tahun di sekolah sama pada Januari dan Februari lalu.

 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,287
Reaction score
4,144
Points
236
Bekas Pengetua Sekolah Hadapi 5 Pertuduhan Mencabul

26.07.2021 - Hulu Terengganu, Seorang bekas pengetua sebuah sekolah menengah di daerah ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Berang di sini hari ini atas lima pertuduhan mencabul tiga kakitangan wanitanya pada awal tahun ini. Tertuduh berusia 53 tahun yang kini bertugas di Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu membuat pengakuan tidak bersalah sebaik pertuduhan selesai dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.

Berdasarkan pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan kekerasan jenayah terhadap seorang wanita berusia 35 tahun di dalam bilik makmal bistari sebuah sekolah menengah di daerah ini pada bulan Januari lalu. Bagi pertuduhan kedua, ketiga dan keempat pula, lelaki tersebut didakwa melakukan perbuatan sama terhadap seorang wanita berusia 33 tahun.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di tiga lokasi berasingan di bilik stor, tangga koridor bilik seminar dan bilik guru sekolah terbabit pada tiga masa berlainan antara pukul 9 pagi hingga 3.30 petang sekitar bulan Januari lalu. Tertuduh juga menghadapi pertuduhan kelima mencabul seorang wanita berusia 44 tahun di bilik guru sekolah tersebut antara pukul 9 pagi hingga 10 pagi, 16 Februari lalu.

Lelaki berkenaan didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua hukuman tersebut jika sabit kesalahan. Kosmo! 10 Mac lalu melaporkan tertuduh ditahan di rumahnya di Kuala Nerus selepas mangsa-mangsa mendakwa dicabul secara fizikal oleh lelaki itu di dalam kawasan sekolah.
1627282807434.png
 

cari_makan

Active+ Member
Joined
Sep 27, 2006
Messages
4,514
Reaction score
173
Points
33
Adess pasai pa laa hang jadi lagu ni.
Huhuhu
 

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
8,754
Reaction score
850
Points
121
Pasaipa dok merapu lagu ni, buat bisnes lagi baik.
 

qubs

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2010
Messages
9,709
Reaction score
228
Points
73
Pencen ke atau diberhentikn

Tgk cikgu2 skrg pn pakai bley tahan, ketat2
Kwn pn geram jgk tgk hahaha
 

Emy_Ezra

Super Active Member
Joined
Sep 2, 2012
Messages
6,090
Reaction score
418
Points
96
Kalau marhaen, siap gambar muka, siap nama penuh.
Kalau katakkayangan, nama xde, muka xde.
 

simplest_box

Super Active Member
Joined
May 21, 2012
Messages
5,375
Reaction score
318
Points
91
Mmg berani btul la kalau skali 3 staf dia try.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,522
Reaction score
14,719
Points
1,906
53 tahun umurnya

dia cabul mcmana tu
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register