BTC USD 84,228.0 Gold USD 3,022.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengerusi komuniti kampung direman, rasuah cop dokumen di Perlis

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,861
Top Poster #1
Joined
Jun 17, 2007
Messages
58,861
Reaction score
6,840
Points
881
Awards
1
Pengerusi komuniti kampung direman, rasuah cop dokumen


Dua individu yang disyaki meminta dan menerima rasuah sebagai balasan pengesahan dokumen ditahan reman SPRM, hari ini.
KUALA LUMPUR – Pengerusi sebuah institusi komuniti kampung antara dua individu direman kerana disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak RM1,000 sebagai balasan pengesahan dokumen bagi kerja-kerja menaik taraf jalan di Perlis.

Perintah reman selama tiga hari sehingga 7 September terhadap dua suspek berusia 40-an dikeluarkan oleh Majistret Ahmad Hamdi Mustafa selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Kangar pagi tadi.

Sumber berkata, suspek pertama iaitu pengerusi sebuah institusi komuniti kampung ditahan pukul 4 petang semalam di Kangar, manakala suspek kedua ditangkap pukul 8 malam semalam ketika diminta hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Perlis.

“Siasatan awal mendapati, suspek pertama meminta RM1,000 sebagai balasan cop dan tandatangannya pada dokumen kerja-kerja menaik taraf jalan di sebuah kampung.

“Bagaimanapun, pengadu hanya menyerahkan RM500 dan wang tersebut dipercayai dibahagi dengan suspek kedua,” katanya hari ini.


Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis, Mohd. Nor Adha Ab. Gani berkata, kes disiasat di bawah seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register