BTC USD 97,059.0 Gold USD 2,902.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengerusi BERSIH letak jawatan

akecema

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,105
Paid Membership
Joined
Jan 26, 2007
Messages
34,105
Reaction score
6,684
Points
486
Awards
1

Pengerusi BERSIH letak jawatan​

Oleh Suzalina Halid - November 19, 2023 @ 4:01pm
[email protected]

Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Thomas Fann
Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Thomas Fann

KUALA LUMPUR: Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Thomas Fann mengumumkan peletakan jawatan, tidak lama selepas beliau dilantik semula ke jawatan itu.
Keputusan itu dibuat Thomas selepas 10 hari berlangsungnya pemilihan Jawatankuasa Pemandu Bersih (SC) (2023-2025) yang menyaksikan beliau menang tanpa bertanding bagi tempoh sepenggal lagi.

Thomas berkata, keputusannya itu dibuat selepas mendapati kepimpinan dan usahanya untuk membawa BERSIH menjadi institusi rakyat ditolak majoriti NGO yang menyokong Bersih
"Atas kesedaran ini, saya meletakkan jawatan dengan notis dua bulan dan untuk memastikan peralihan kepimpinan yang lancar sehingga pengerusi baharu dipilih, saya masih kekal sehingga pengerusi baharu dilantik," katanya melalui kenyataan, di sini hari ini.

Thomas memimpin BERSIH sejak lima tahun lalu selepas dilantik sebagai pengerusi gabungan itu pada Oktober 2018.
Pada masa sama, Thomas berkata, sepanjang tempoh itu, beliau tidak akan membuat sebarang keputusan berhubung dasar kewangan dan dasar utama untuk BERSIH.
Katanya, melalui pemilihan lebih seminggu lalu terdapat dua pasukan yang bersaing dengan menawarkan dua visi berbeza dalam BERSIH.
.
"Pasukan saya berkempen untuk kesinambungan bagi membawa BERSIH menjadi institusi rakyat manakala Timbalan Pengerusi, Wong Yan Ke, dan mereka yang berkempen untuk beliau, mendesak untuk mengembalikan BERSIH ke akarnya semula sebagai gerakan rakyat.
"Penolakan terhadap pasukan saya yang diketuai bekas bendahari, Ngeow Chow Ying oleh majoriti NGO dalam pemilihan dengan rekod penyertaan sebanyak 50 daripada 60 Endorsing NGO atau 83.3 peratus, adalah mesej jelas bahawa visi saya untuk BERSIH ditolak.
"Undi itu adalah undi tidak percaya," katanya.
 
Sponsored Post

48920b5185c47f66ade072e564093a01.jpg


mk-small-logo-50.png

BERITA
Bekas presiden Abim kini ketuai Bersih

Diterbitkan: Dec 15, 2023 9:46 PM

Dikemaskini: 9:46 PM


Bekas Presiden Abim Muhammad Faisal Abdul Aziz dipilih sebagai pengerusi baru untuk mengetuai kumpulan pembaharuan pilihan raya Bersih.

Menurut kenyataan jawatankuasa pemilihan organisasi itu, Faisal memenangi jawatan berkenaan dalam persaingan sengit dengan seorang lagi calon, Gopalan K Papachan hari ini.

Daripada 61 NGO yang membentuk gabungan Bersih, katanya, 45 menyertai proses pengundian dengan 23 mengundi Faisal manakala Gopalan menerima 22.

“Berdasarkan keputusan di atas, jawatankuasa pemilihan mengisytiharkan Muhammad Faisal Abdul Aziz sebagai Pengerusi Bersih yang baru bagi penggal 2023 hingga 2025.

“Jawatankuasa pemilihan mengucapkan tahniah kepada calon yang telah dipilih dan mendoakan yang terbaik untuk mereka melaksanakan tanggungjawab menerajui Bersih bagi penggal ini,” kata kenyataan itu.

Pemilihan untuk jawatan pengerusi Bersih diadakan selepas penyandangnya Thomas Fann melepaskan jawatannya pada bulan lalu.

Menurut Fann, walaupun dia mengekalkan jawatan pengerusi tanpa dicabar semasa pemilihan awal Nov lalu, kebanyakan calon lain yang ada dalam pasukannya ditolak oleh NGO yang mengambil bahagian.

Kata Fann, dia melihat pemilihan tersebut sebagai "undi tidak percaya" terhadap kepimpinannya dan dengan itu memutuskan untuk meletakkan jawatan.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register