BTC USD 26,898.1 Gold USD 1,976.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengendali Stesen Pengecas Elektrik Perlu Ada Lesen Sebelum 31 Mac 2023

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
43,638
Joined
Nov 23, 2012
Messages
43,638
Reaction score
5,300
Points
516
Awards
1
19.12.2022 - Kuala Lumpur, Suruhanjaya Tenaga (ST) meminta pengendali pengecas kereta elektrik atau charge point operator (CPO) untuk mendapatkan lesen sah bagi pepasangan Sistem Pengecas EV (EVCS) di Malaysia, selewat-lewatnya 31 Mac 2023. Ini juga termasuklah untuk stesen pengecas yang sudah beroperasi selama ini. "Keperluan ini adalah selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 9(1)(b) Akta Bekalan Elektrik 1990 (Pindaan 2015) [Akta A1501] yang menyatakan lesen akan diberikan kepada CPO yang menjalankan aktiviti pembekalan elektrik bagi tujuan komersial mengikut lokasi pemasangan, bagi tempoh 10 tahun,” menurut kenyataan.

Skop pelesenan ST bagaimanapun hanya mengawal selia aspek keselamatan dan teknikal sahaja dan tidak melibatkan aspek kawal selia ekonomi. Pengendali yang mengoperasi pepasangan sistem pengecas kereta elektrik tanpa lesen sah dari ST adalah satu kesalahan dan boleh diambil tindakan selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 37(5) Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447]. Di bawah peruntukan itu, jika didapati bersalah CPO, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 dan denda tambahan tidak melebihi RM1,000 bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.​

shell-hpc-tangkak-station-1-768x432.jpg

Berita asal https://www.bernama.com/bm/ekonomi/news.php?id=2148369
 

CG Sponsors




Top
Log in Register