BTC USD 97,042.4 Gold USD 2,935.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengendali feri Langkawi batal naik harga tiket

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
19,291
Joined
Dec 6, 2010
Messages
19,291
Reaction score
1,342
Points
201
6266964615170738105_121.jpg


Pengendali feri Langkawi buat ‘u-turn’


Pengurus Besar Langkawi Ferry Line Ventures Sdn. Bhd., Kapten Baharin Baharom berkata, pembatalan tersebut adalah atas nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).

“Atas nasihat Kementerian Pengangkutan dan Kerajaan Negeri Kedah maka kenaikan tambang bagi warganegara Malaysia mulai 1 Januari 2025 ini dibatalkan.

“Walau bagaimanapun, kenaikan tambang bagi pelancong asing akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, akhbar melaporkan pengendali feri mengumumkan kenaikan tambang mulai 1 Januari depan bagi penumpang dewasa warganegara untuk perjalanan sehala dari Kuala Perlis ke Langkawi sebanyak RM3 iaitu daripada RM21 kepada RM24. Tiket kanak-kanak pula dinaikkan daripada RM16 kepada RM19.

Manakala untuk laluan Kuala Kedah, dari RM26.50 dinaikkan RM3.50 menjadi RM30 untuk dewasa, kanak-kanak pula RM20.50 dinaikkan dengan kadar sama menjadi RM24.-KOSMO! ONLINE

Artikel Kosmo Online
 
Back
Top
Log in Register